in ,

COVID-19: Selebriti Lega Tiada Sekatan Aktiviti Pemasaran & Jual Beli Secara Dalam Talian

Rata-rata selebriti yang sedang aktif menjual barangan dalam talian menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan perniagaan dalam talian atau e-dagang dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

Aktiviti pembekalan makanan dan e-dagang dibenarkan untuk terus beroperasi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran serta e-dagang bagi pembekalan bahan makanan dan barang keperluan turut dibenarkan beroperasi.Jelasnya, syarikat-syarikat ini dibenarkan beroperasi dengan jumlah pekerja minimum dan mematuhi langkah-langkah pengawalan COVID-19 seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tiada sekatan aktiviti pemasaran dan e-dagang sepanjang tempoh PKP

Dalam pada itu katanya, pihak industri juga diingatkan agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan COVID-19 semasa aktiviti urus niaga berjalan.

“Kebenaran beroperasi adalah selaras dengan takrif sektor yang kritikal seperti yang telah diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam perutusan beliau pada 21 Mac.

“Ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan rangkaian pengedaran peruncitan tidak terjejas sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat,”

“Antara langkah yang perlu diambil adalah memastikan hanya pekerja bebas-gejala dibenarkan memasuki premis, amalkan penjarakan sosial, pencucian tangan yang kerap serta amalan-amalan lain seperti garis panduan KKM.

“Syarikat yang dibenarkan beroperasi turut diarahkan untuk beroperasi pada kadar paling minimum atau menutup perkhidmatan non-essential,”

– Datuk Alexander Nanta Linggi

Katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap syarikat yang telah diberi kebenaran mematuhi arahan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Tambahnya, majikan juga perlu menyediakan surat pengesahan kepada setiap pekerja untuk rujukan dan ditunjukkan kepada anggota penguatkuasa apabila diminta.

“Sehubungan itu, rakyat dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian kerana ia dijamin mencukupi.

“Adalah penting supaya rakyat tidak melakukan pembelian panik atau berlebihan. Adalah wajar agar pengguna mengamalkan ciri-ciri pengguna bestari dan melaksanakan pembelian terancang,”

Sudah tentu perkara ini bagus dan memberi kebaikan kepada pengguna yang tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan asasi. Barang juga selamat mengikut garis panduan untuk sampai ke pintu rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Pecah Rekod! ICSYVMY3 Episod 6 Cecah 5.5 Juta Penonton

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April Ini