in

Cara Terbaik Untuk Melembapkan & Mencantikkan Kulit

Jimat Masa Buat Sarapan Sambil Menyuburkan Kulit Anda. Tiada masa untuk sarapan pagi? Rendam oat dalam susu kegemaran anda semalaman, dan tambahkan potongan buah-buahan segar, kekacang atau buah-buahan kering. Bukan sahaja anda dapat bersarapan dengan cepat, Oat juga meningkatkan kelembapan kulit, dan memperbaiki rona kulit. Berikan kulit (dan tubuh) anda khasiat dalam beberapa saat!

Lembapkan Kulit Tanpa Menunggu
Rasa cergas setelah bersenam di gim tetapi leceh nak tergesa-gesa bersiap selepas tu? Lembapkan kulit dengan NIVEA In-Shower Body Lotion! Semasa mandi, sapukannya ke seluruh badan dan bilaskan. Anda tidak perlu tunggu ia kering seperti losen badan yang lain. Mudah saje untuk dapatkan kulit yang lembut berkilau, tanpa rasa melekit!

Manjakan diri dengan ‘dark chocolate’.
Inginkan makanan ringan yang manis tetapi anda takut dengan kandungan gula yang berlebihan? Usah khuatir. Ambillah coklat gelap atau ‘dark chocolate’ yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko. Ia dapat memenuhi kehendak anda dan anti-oksida yang terdapat dalamnya akan membantu membuatkan kulit anda lebih lembut dan terhidrat.

Ceriakan hari anda dengan kulit yang lembut
Ingin mulakan hari anda dengan ceria? Menyanyi di dalam bilik mandi. Sekarang anda boleh menyanyi sambil menggunakan NIVEA In-Shower Body Lotion. Tahukah anda apabila anda menyanyi, otak anda akan mengeluarkan hormon Endorphins yang mencetuskan perasaan gembira.

Tarik nafas, Hembus nafas
Rasa agak gemuruh? Cuba menarik nafas yang mendalam. Tarik nafas dan hitung sampai 5 semasa anda menghela udara melalui hidung dan terus ke paru-paru. Tahan selama 3 saat dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan melalui mulut. Bernafas dengan mendalam mampu membantu untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan peredaran, menjadikan kulit anda lebih sihat dan berseri.

Jimat untuk cukur
Adakah anda tahu, selain menjadi losyen badan yang bagus, NIVEA In-Shower Body Lotion mampu bertindak sebagai krim pencukur? Dalam sesi mandian anda, sapukan NIVEA In-Shower Body Lotion pada kulit basah anda. Sebelum bilas, lalukan pencukur menurut arah pertumbuhan rambut di tempat yang memerlukan perhatian anda. Anda boleh berjimat dari segi masa dan wang, ditambah pula mendapatkan kulit yang lembap dan lembut tanpa rasa melekit!

Penawar untuk kulit cantik
Tahukah anda bahawa kandungan toksin yang terdapat dalam tubuh boleh membuatkan kulit anda jadi kusam? Cara yang pantas dan berkesan adalah mencampurkan ’apple cider vinegar‘ dalam air dan minumnya sebelum makan untuk menjalani proses detoks dan sekaligus meningkatkan kejelasan kulit anda.

Skrub untuk penyerapan yang lebih baik
Inginkan menyerap lembapan daripada NIVEA In-Shower Body Lotion dengan lebih baik? Cuba buat skrub sendiri dengan mencampurkan 2 sudu besar gula perang ke dalam ½ cawan minyak kelapa. Sapukannya pada tubuh secara putaran. Kemudian bilas dan sapukan NIVEA In-Shower Body Lotion. Anda akan merasai kulit yang halus dan lembut dalam beberapa saat!

Tiada lagi kesan gigitan nyamuk
Cara untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk dengan pantas! Panaskan sudu dalam air panas beberapa minit. Tekan sudu yang suam pada kesan gigitan dengan serta-merta. Haba daripada sudu akan menghentikan tindak balas dan rasa gatal serta menghalang calar yang merosakan kulit.

Penjagaan segera untuk selaran matahari
Baru pulang dari bercuti dan kulit terkena selaran matahari? Mahukan penyelesaian cepat? Bru 5-6 uncang Teh Earl Grey dan rendamkan tuala ke dalamnya. Tetapkannya padan kesan selaran matahari selama 30 minit. Cubalah! Ia meredakan kesan selaran matahari dengan serta-merta!

Bertindak sebagai ‘body bronzer’ di rumah
Ketika mandi, sapukan NIVEA In-Shower Body Lotion pada kulit basah anda dan bilas lalu keringkan badan anda. Kemudian, campurkan adunan dibawah:

● 1 sudu besar serbuk bunga cengkih
● 2 sudu teh tepung jagung
● 1 sudu teh serbuk pegaga dan
● 1 sudu teh serbuk koko

 Photo Nivea In-Shower Intensive.jpg

Dengan menggunakan berus solek, secara ringan, lalukan adunan tersebut di badan yang tempat anda inginkan kelihatan berseri. Lakukan ini sebelum pergi ke parti, untuk memberikan kulit yang berseri dan wangian yang membangkitkan.

Menghilangkan kulit mati di tumit kaki
Semua orang tahu bahawa ia adalah sukar untuk kita menahan diri daripada membeli-belah dengan berjalan berjam-jam, ini boleh meninggalkan anda dengan kulit tumit kaki yang kasar. Campurkan 1/4 cawan pencuci mulut dengan 1/4 cawan cuka dan ½ cawan air suam. Rendam kaki selama 10 minit. Ia akan mengangkat sel kulit mati dan kaki anda akan terasa lembut semasa anda keluarkannya!

Mudahnya mulakan hari dengan kulit yang lembut
Tiada masa untuk penjagaan kulit kerana mengejar masa untuk mengelak kesesakan lalulintas di pagi hari? Dengan NIVEA In-Shower Body Lotion, anda boleh melembapkan seluruh tubuh tanpa perlu terburu-buru. Sapukannya pada kulit basah anda semasa mandi dan bilaskan dengan segera. Kulit anda akan terasa lembut berkilau dengan serta-merta, tanpa meninggalkan rasa melekit yang tidak selesa pada kulit anda.

(Tip: Dengan NIVEA In-Shower Body Lotion menjimatkan masa untuk melembapkan kulit, sekarang anda boleh dapat beberapa minit untuk tidur lagi, dan masih memulakan hari anda dengan kulit yang lembut berkilau!)

Ucapkan Selamat Tinggal kepada jerawat tubuh!
Ingin menggayakan tubuh anda tetapi malu dengan jerawat tubuh? Usah khuatir lagi. Madu merupakan ramuan asli yang banyak manfaatnya. Antaranya ialah membunuh bakteria dan mengekalkan kulit steril. Letakkan beberapa titik madu di permukaan band-aid dan tampalnya di tempat yang diingini semalaman. Cara ini mempercepatkan penyembuhan jerawat tubuh!

Menghilangkan parut jerawat
Berjaya untuk merawat jerawat di bahagian belakang anda tetapi tidak dapat menghilangkan parut tersebut? Campurkan 4 sudu teh jus lemon, 3 sudu teh yogurt, 4 sudu teh madu dan 1 biji putih telur. Lumurkan pada kawasan parut jerawat dan biarkan ia selama 15 minit kemudian bilas dengan air. Anda akan mempunyai kulit yang mulus lagi dalam masa yang singkat.

Selamat mencuba!

 Photo Nivea In-Shower Hydrating.jpg

 Photo Nivea In-Shower Whitening.jpg

 Photo Smooth Milk.jpg

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cyrill Hassan

Fattah Amin Mahu Isteri Sempurna dalam HELLO, MR PERFECT!

Program 4 PENJURU Kupas Isu Pelaburan Emas, Gores & Menang