in ,

Apa Sebab BUNTAT Jadi Trending di Laman Sosial Twitter?

Apa kes tetiba je perkataan BUNTAT menjadi trending di laman sosial khususnya di Twitter. Perkataan Buntat bermaksud bulat atau dalam perkataan lain adalah gemuk atau berisi jikalau dikaitkan dengan saiz badan. Bagi yang tidak mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku, pasti hairan dan tertanya-tanya, kenapa semua orang mengemaskini status di Facebook dan Twitter dengan perkataan Buntat. Budiey berpeluang menonton drama ini dan agak terkilan apabila watak Buntat dimatikan. Ye lah, memang kalau korang baca novel 7 Hari Mencintaiku sememangnya watak ini akan mati pun.

Buntat

Tahniah buat adik Muhammad Ariff Abdullah yang berasal dari Kedah di atas lakonan yang berjaya menyentuh hati penonton. Ramai yang mengalirkan air mata apabila babak semasa Buntat menyelamatkan Mia dari dipukul. Tak sangka seorang budak yang naif berjaya mempertahankan wanita. Bravo!

Budiey dengar ada penerbit ada buat filem Buntat The Movie. Wah, ini satu content yang bagus sebab lakonan budak comel ni memang nampak natural dan spontan.

Budiey suka petik status dari kawan-kawan kat Facebook:

“Bagi yang tertanya2 dan tak tengok…buntat ni watak dalam drama bersiri 7 hari mencintaiku lakonan budak chub berasal dari jitra, kedah…buntat ni budaknya manja dan penyayang…dia datang dari keluarga yang kurang berkemampuan tapi agak rapat dengan keluarga khuzairi (watak utama drama bersiri tu) buntat nampak macam kurang upaya tapi sebenarnya tak…kisahnya first time jumpa mia…mia jijik dengan c buntat ni…kemudian mia mula lembut hati dan bersetuju nak biaya pembelajaran buntat…telepas episod yang dia stay dgn c adi tu…so nak jadi cerita…c buntat ni demam sbb didera dgn c adi ni…pastu sophie dtg nak tgk n ajak mia tgk skali…tup2 c khalil setan babi tu dtg n nak cuba culik c mia…mulalah pegelutan…buntat terdengar suara mia…dia trus bingkas keluar utk slamatkan mia…tp buntat terbunuh masa c khalil nak pukul mia…itulah alkisahnya.” – Deeny

Kesian #buntat diperbodohkan di media sosial. Budak lagi tu. Cari makan dgn berlakon. Walau sekadar gurauan, put urself in his dad or mom shoe’s. Jika anak you jd bahan gurau #satumalaysia, hoe u felt? What goes around comes around ye kakak, abg. Satu Malaysia sebut #buntat sbb acting bagus dia, come on guys, give him a break. Jgn jd pengecut nak lawak bodoh buntat. – Sulu

Harian Metro online hari ni juga menyiarkan tentang watak Buntat:

Penerbit drama 7 Hari Mencintaiku Datuk Ziela Jalil terharu apabila watak Buntat menjadi ‘trending’ di laman sosial sejak petang semalam.

Ziela menyifatkan watak Buntat lakonan Adik Muhammad Ariff Abdullah, 12, semula jadi dan tidak dibuat-buat.

“Alhamdulillah saya seronok apabila mendapat tahu penonton tersentuh dan menyukai watak Buntat. Sebagai penerbit saya mengagumi lakonan Adik Ariff kerana dia kelihatan sangat semula jadi apabila berlakon.

“Apabila ada drama kekeluargaan seperti ini iaitu sedih, sebenarnya ia secara tak langsung dapat melembutkan hati penonton. Apa tidaknya mereka turut sama merasai apa yang disampaikan dalam drama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ziela yang juga pelakon drama Tuan Anas Mikael tidak keberatan untuk menawarkan drama lain kepada Ariff selepas ini.

Bagi Ziela bakat yang ada dalam diri pelakon kanak-kanak itu wajar untuk diketengahkan.

“Walaupun pada awal episod banyak yang mengkritik drama ini yang mengatakan mengajar golongan wanita derhaka pada suami dan mak mentua, tapi sebenarnya banyak pengajaran yang disampaikan di sebalik jalan ceritanya.

“Apabila setiap watak membuka hati dan minda, pasti saja banyak iktibar yang boleh diambil. Contoh terdekat watak Buntat,” katanya.

Ziela berkata, drama itu adalah lakonan pertama Ariff di bawah produksi miliknya.

Difahamkan Ariff bakal muncul dalam filem Jibam pada Julai tahun hadapan yang mana diangkat daripada siri komik popular Ujang.

Terdahulu watak Buntat menjadi bualan pengguna laman sosial apabila watak itu meninggal dunia.

Rata-rata komen yang ditulis sedih dengan babak itu dan memuji lakonan Ariff.

Pada masa sama, banyak juga yang tertanya-tanya apa dan siapa itu Buntat selepas peminat siri ini menulis di laman sosial masing-masing.

Drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 ini menampilkan pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai watak utama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Nak Bayar Guna Samsung Pay Dengan Maybank

Senarai Enam Peserta Tersingkir dari Program 3 Juara