in , ,

BIKERS KENTAL 2 Kini Mula Menjelajah Seluruh Malaysia!

Pengembaraan di lebuh raya selepas tayangan perdana pada 14 Mac 2019

Masanya telah tiba! Pakai helmet, jaket kulit dan sut lumba anda kerana Bikers Kental 2 sedang meluncur laju ke pawagam di seluruh negara pada 14 Mac 2019!

Sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai ikatan persaudaraan serta kisah cinta yang tidak pernah luput ditelan zaman, ikuti Bidin al-Zaifa (lakonan Zizan Razak) di dalam perjalanannya menuju ke Thailand bagi meminang kekasih idamannya, Cherry Porntit (lakonan Meau Jullangtip). Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Alburque D Al Capon (lakonan Ameerul Affendi) dan abang kandung Cherry, Ananda (lakonan Pont Cranium) seorang juara Muay Thai yang sentiasa mencurigai cinta adiknya.

Filem BIKERS KENTAL 2

Tayangan filem ini bakal disertai oleh siri jelajah yang diatur khas bagi menggalakkan interaksi antara para peminat dengan bintang-bintang filem berkenaan dan diadakan di lokasi berikut:

TARIKHLOKASIWAKTU KEMUNCULAN
15 Mac 2019  JohorTGV Tebrau CityTGV Bukit IndahMBO Batu Pahat 2:30 petang – 3:30 petang4:30 petang – 5:30 petang8:00 malam – 9:00 malam
16 Mac 2019MelakaGSC Dataran PahlawanGSC AEON Bandaraya Melaka Negeri SembilanTGV Seremban Dua 2:00 petang – 3:00 petang4:00 petang – 5:00 petang   8:00 malam – 9:00 malam
17 Mac 2019  Kuala LumpurTGV Wangsa WalkTGV AU2MMC eCurve  PutrajayaGSC IOI City Mall 2:00 petang – 3:00 petang4:00 petang – 5:00 petang6:00 petang – 7:00 petang   8:00 malam – 9:00 malam
21 Mac 2019SelangorGSC Setia City Mall 7:30 petang – 9:00 malam
22 Mac 2019KedahGSC AmanJaya, Sungai PetaniMBO Central Square, Sungai Petani 4:00 petang – 5:00 petang 6:00 petang – 7:00 petang
23 Mac 2019  KedahGSC Aman Sentral, Alor SetarKedah Bike Week, Alor Setar 2:00 petang – 3:00 petang 5:00 petang – 6:00 petang
24 Mac 2019  Pulau PinangGSC Queensbay Mall2.     TGV First AvenueGSC Sunway Carnival 2:00 petang – 3:00 petang4:00 petang – 5:00 petang7:00 petang – 9:00 malam

*Nota: Masa kemunculan para pelakon di setiap lokasi mungkin berbeza. 

Siri jelajah ini bakal disempurnakan oleh pelakon-pelakon utama berserta dengan kemunculan istimewa bagi menyertai aktiviti dan pameran di Kedah Bike Week.

BIKERS KENTAL 2

Filem BIKERS KENTAL 2 ditayangkan di 136 pawagam seluruh Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Soul Sisters 2019 Umum Barisan Penaja

Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface