in

Syada Amzah & Zaidi Omar Dilantik Duta Produk Kaisar ND Lala

Pada jam 3 petang semalam, telah berlangsung Majlis Pra Pelancaran Kaisar N.D. Lala beserta jamuan sempena sambutan Aidilfitri di ibu cawangan syarikat itu di Sri Manja Square II, Petaling Jaya, Selangor. Budiey sempat bergegas ke majlis yang dihadiri oleh ramai peminat ini untuk menemubual dengan penyanyi Mat Tahir Mata Air dan duta yang dilantik ini. Menurut N.D Lala, syarikat ini yang ditubuhkan ini berfungsi sebagai ejen menjual produk kesihatan dan diusahakan bersama kenalannya iaitu Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim yang bertindak sebagai Pengarah Urusan. Syabas atas pelancaran ini.

Shila Amzah ND Lala Syada

[pullquote align=”right”]Di majlis pelancaran ini juga, syarikat Kaisar ND Lala juga turut mengumumkan pelakon Zaidi Omar dan penyanyi Syada Amzah sebagai duta produk Kaisar ND Lala ini.[/pullquote]

Menurut ND Lala sebagai Pengasas Formula dan Pengarah Pemasaran, syarikat ini ditubuhkan pada Februari 2009 dan 100% milik bumiputera dan menjadi pengeluar produk syarikat dan kecantikan. Antara produk yang dikeluarkan ialah Kaisar Kopi Delima Kolagen, Kaisar White Coffee Mix, Kaisar Angelicasis Plus, Kaisar Herba Plus, Kaisar Toniq dan banyak lagi.

Budiey sempat bertemu dan berborak dengan Syada Amzah di majlis ini dan beliau rasa sangat teruja dengan pelantikan sebagai duta untuk produk Kaisar Toniq. Walaupun beberapa minggu lagu nak menjalani peperiksaan PMR, namun Syada Amzah harus melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis. Menurut Syada, produk Kaisar Toniq sangat baik untuk semua peringkat umur dan ianya dapat meningkatkan daya ingatan dan mempertajamkan lagi ingatan. Jadi, sesuailah bagi seorang pelajar yang mahu menghadapi peperiksaan tak lama lagi. Semoga Syada sukses dan dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan baik ya. Good luck & do the best.

Manakala pelakon Zaidi Omar pula dilantik menjadi duta produk Kaisar Herba Plus. Tahniah abang Zaidi. Menurut beliau, produk Kaisar Herba Plus ini memang sesuai untuk lelaki dan ianya sangat hebat kesannya. Kombinasi herba terbaik ini sangat berkesan untuk mengekalkan keadaan badan supaya terus bertenaga dan ada stamina. Patutlah, walaupun dah berumur, abang Zaidi Omar nampak muda dan bertenaga.

Syada juga turut menghiburkan hadirin dengan rangkaian lagu-lagu bersama dengan abangnya, Shahir. Majlis juga turut meraikan anak-anak yatim dan peminat.

Penyanyi Shila Amzah juga turut hadir dengan busana rekaan Raffiey Nassier.

Anda yang mahu join perniagaan ini, bolehlah pergi ke laman sesawang: www.kaisarvenus2u.com

Shila Amzah ND Lala Syada

Shila Amzah ND Lala Syada

Shila Amzah ND Lala Syada

Shila Amzah ND Lala Syada

Shila Amzah ND Lala Syada

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Hip Hop Di Penjara 20 Tahun Rogol Anak Tiri

Bapa Tidak Halang Shila Amzah Pilih Teman Lelaki