in

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Satu berita mengejutkan dunia seni tanahair apabila pelakon Maimon Mutalib yang berusia 54 tahun, yang mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) telah meninggal dunia pada pukul 2.20 petang tadi (Sabtu, 7 September) di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam. Berita menyedihkan telah disahkan Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi. Allahyarham Maimon Talib telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Jumaat lalu namun pihak keluarga membawa pulang Allahyarham pada Sabtu pukul 12 tengah hari tadi.

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Jenazah akan dikebumikan di Kg. Sialang, Tangkak Johor. Menurut anaknya Nadia:

“Sudah empat hari lalu ibu dimasukkan wad dan dia sudah mula tenat sejak semalam (Jumaat). Kemudian pada tengah hari tadi (Sabtu), doktor meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang.

Tambah Nadia, dia turut memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan pemergian ibunya itu kerana sibuk menguruskan jenazah.

[pullquote align=”right”]Jenazah Maimun Mutalin dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor.[/pullquote]

Maimon yang juga merupakan ibu tunggal mempunyai lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Keristifa dan Abdul Rahman Keristifa, 16.

Maimon pernah berlakon dalam filem Budak Pailang, Chantek, Hantu dalam Botol Kicap, Sumpahan Kum Kum dan banyak lagi. Kebanyakan watak yang dipegang adalah watak ibu dan janda. Budiey pasti ramai peminat setia beliau menangisi pemergian dan bagi Budiey ia satu kehilangan yang besar juga dalam industri hiburan.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga ruh allahyarham dicucuri rahmat.

Salam takziah dari kami, Budiey.com!

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Tidak Halang Shila Amzah Pilih Teman Lelaki

Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh di Sandakan Sabah