in , ,

Astro Arena Terbitkan Dokumentari Lagenda Bola Sepak Safee Sali ‘SEPULUH’

Dokumentari Safee Sali “SEPULUH” adalah penghormatan kepada kerjayanya sebagai legenda bola sepak. Enam siri dokumentari Safee Sali diterbitkan oleh Astro Arena dengan kerjasama Prime Sports International (PSI).

Buat peminat sukan negara dan pecinta wayang inilah masa yang dinanti-nantikan apabila dokumentari siri bertajuk SEPULUH akan disiarkan di Astro Arena (Saluran 801) setiap hari Jumaat pada jam 9.00mlm bermula 24 November 2023 nanti.

Enam siri dokumentari yang dihasilkan ini nanti akan membawa anda menyusuri  perjalanan suka duka, jatuh bangun yang ditempuhi Safee dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak selama hampir dua dekad. 

Astro Arena Terbitkan Dokumentari Safee Sali ‘SEPULUH’ Tribute Buat Legenda Bola Sepak

Selain temubual bersama watak-watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bekas bintang bola sepak ini terdapat juga rakaman dan momen-momen menarik yang tidak pernah dilihat dalam meneroka usahanya yang tidak henti untuk mencapai kejayaan. 

Astro Arena Terbitkan Dokumentari Safee Sali ‘SEPULUH’ Tribute Buat Legenda Bola Sepak

“Ini adalah bukti bahawa setiap kerja keras dan keazaman yang tinggi akan membuatkan segala impian menjadi kenyataan.
Saya berharap kisah perjalanan kehidupan saya ini  akan menjadi satu cerita yang akan memberi inspirasi dan menambat hati semua orang bukan hanya untuk peminat sukan sahaja,”

– Safee
Astro Arena Terbitkan Dokumentari Safee Sali ‘SEPULUH’ Tribute Buat Legenda Bola Sepak

Penonton akan menyaksikan perjalanan awal Safee yang baru mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehingga menjadi bintang dan diangkat sebagai ikon negara  termasuk perjuangannya membantu skuad Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010. 

Turut menambah kehangatan siri dokumentari ini apabila syarikat telekomunikasi, redONE tampil sebagai penaja utama dalam meningkatkan lagi mutu penerbitan dokumentari ini ketahap yang lebih tinggi.

Astro Arena Terbitkan Dokumentari Safee Sali ‘SEPULUH’ Tribute Buat Legenda Bola Sepak

Ketua Pengawai Eksklusif redONE Network Sdn Bhd, Farid Yunus berkata, pihaknya berkongsi rasa teruja dan berbangga dengan kolaborasi yang terjalin dalam penghasilan dokumentari yang disifatkan bukan hanya sekadar kisah kejayaan Safee malah bukti kegigihan dan semangat kental rakyat Malaysia.

“Kami percaya melalui penceritaan sejarah perjalanan Safee yang menarik ini serta sokongan yang diberikan ini, kami telah berhasrat  untuk memberikan sumbangan keatas pencapainya yang gemilang dan penuh keazamanan yang jitu ini. Selain untuk memasarkan jenama kami, salah satu misi adalah untuk sentiasa menjadi syarikat telekomunikasi yang sentiasa memberi kembali kepada masyarakat dan itulah sebabnya redONE menyediakan pelan pascabayar mampu milik dan termurah dari serendah RM8 sebulan”, katanya.

Astro Arena Terbitkan Dokumentari Safee Sali ‘SEPULUH’ Tribute Buat Legenda Bola Sepak

“Kami di Astro Arena sentiasa menyokong perjuangan dan mengikuti perjalanan bintang bola sepak ini sejak dari awal kariernya lagi dan kami teruja menjadi saksi dan merakam detik-detik penting dalam sejarah kehidupannya.
Tidak terhenti disitu sahaja, Safee turut diberi peluang untuk melebarkan sayapnya dalam dunia penyiaran sukan sebagai tetamu pakar bola sepak di Astro Arena,”

– Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh inspirasi dari pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ini menerusi enam siri dokumentari sukan yang akan disiarkan di Astro Arena.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR 90 LITE 5G

Honor Malaysia Bagi Pakej 5G RAHMAH Untuk Beli HONOR 90 Lite 5G

Strategi Think City Dalam Melestari Bandar Perkasa Potensi Warisan