in

Ariel Bebas, Luna Maya & Cut Tari Jadi Pengganti di Penjara?

Vokalis kumpulan popular Indonesia, Peterpan, Ariel yang dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan, akhirnya hari ini sudah boleh menghirup udara diluar jeriji besi sekaligus kembali menjalani kehidupan seperti kebanyakan orang.

Melangkah keluarnya dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Ariel tidak keseorangan. Sebaliknya pemilik nama sebenar Narzril Irham ni di sambut oleh kedua orang tuanya, anggota Peterpan yang lain, penyanyi Momo Geisha juga yang paling istimewa para peminat setianya yang digelar Sahabat Peterpan.

Ariel Bebas, Luna Maya & Cut Tari

Bagaimana laporan media Indonesia menyebut, dua selebriti iaitu Luna Maya dan Cut Tari yang didakwa turut terlibat dengan kes yang disabitkan kesalahan ke atas Ariel itu berkemungkinan akan turut menjalani hukuman penjara tidak lama lagi.

“Cerita ini memang belum selesai. Kes yang yang membabitkan Luna Maya dan Cut Tari itu sampai saat ini masih dalam proses siasatan. Bahkan, pihak kepolisian masih diminta untuk melengkapi data-data”, ungkap pegawai polis Jakarta, Agus Rianto.

Fakta tersebut pun seperti menimbulkan tanda tanya, apakah Luna dan Tari akan ‘menggantikan’ Ariel di penjara? Yang jelas, siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, Ariel yang bersyukur di bebaskan telah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dengan pihak media dan Sahabat Peterpan di Hotel Grand Serela, Bandung.

Difahamkan, seramai 250 ahli Sahabat Peterpan dijangka menyertai majlis berbuka puasa itu.

Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita, Luna Maya dan Cut Tari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KOSE Save the Blue Project

Pembaharuan dalam Program Singgah Sahur