in , ,

Almy Nadia & Fizz Fairuz Kembali Bercinta

Syukur, Budiey sokong dan sambut baik berita Almy Nadia kembali semula bercinta dengan bekas kekasihnya, Fizz Fairuz. Ramai yang tak sangka cinta Almy Nadia dan Fizz Fairuz kembali bertaut dan dengar khabarnya akan kahwin tahun depan. Itulah, kita kena tahu, hakikatnya, jika Tuhan nak satukan mereka, itu takdir namanya. Dah jodoh mereka kot. Lagi pun, bak kata seorang kawan, hati manusia boleh berubah 360 darjah dalam masa 1 saat je. Itu betul! Orang boleh sayang kita atau benci kita bila-bila masa sahaja.

Selepas Fizz putus tunang dengan ‘isteri orang’ pada bulan Februari lalu, hubungan Almy Nadia dan Fizz sebenarnya masih baik seperti biasa. Kemudian, mereka mengaku bersahabat baik. Kemudian, hubungan mereka nampak jelas begitu intim apabila Fizz dilihat menemani Almy Nadia semasa rakaman program Super Spontan 2013 baru-baru ini. Almy juga dilihat menemani Fizz semasa pelakon lelaki itu terlibat dengan perlawanan bola sepak sempena Fiesta Bola dan Muzik ERAvaganza baru-baru ini di Melaka.

Fizz Fairuz Rancang Nikah Dengan Almy Nadia Tahun Depan

[dropcap]P[/dropcap]ada petang kelmarin, semasa program anjuran TV3 untuk rancangan terbaru, Bootcamp Liga Lawak Superstar 101 di Lembah Pangsung, Hulu Langat, ramai media bertanyakan tentang hubungan guru seni persembahan Akademi Fantasia 2013 itu dengan Almy.

“Hubungan saya mesra semula seperti dahulu dengan Almy. Ya, kami bercinta semula. Saya tak nak tunggu lama-lama. Saya rasakan jodoh saya dengan dia kuat. Almy mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai dijadikan seorang isteri. Dia cukup semuanya. Kami pun sudah berkawan selama tujuh tahun, jadi kami telah mengenali diri masing-masing dengan baik.”

“Saya tak nak meletakkan harapan terlalu tinggi dan tak mahu paksa Almy untuk terima diri saya. Tapi saya akui Almy ni seorang wanita yang sempurna di mata saya.”

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan beritahu secepat mungkin. Mungkin tahun depan saya akan berkahwin dengan dia, Insya-Allah. Tapi saya mahu lepaskan dahulu majlis adik saya.

Sebelum tu, saya perlulah berjumpa dengan keluarganya dulu dan berbincang. Setakat ini tiada apa-apa lagi. Saya belum berjumpa dengan keluarga Almy. Kalau boleh, saya tak nak bertunang, nak terus nikah.”

“Saya belum lagi bertemu dengan keluarganya. Tapi saya sudah terangkan apa yang sebenarnya berlaku kepada Almy. Lagipun, semua orang sudah tahu apa sebenarnya yang terjadi dan apa punca sehingga tercetusnya perkara itu. Saya tak pernah paksa Almy untuk kembali kepada saya. Kalau dia okay dengan hubungan ini, dia teruskan. Nampaknya dia okay sahaja.”

Mengulas mengenai apakah tindakan yang bakal Fizz ambil untuk mengekalkan hubungan mereka agar tidak lagi putus atau diganggu seperti dahulu, Fizz menyatakan yang dia akan segera berkahwin dengan Almy.

“Macam saya cakap tadi, saya akan berkahwin dengan dia, kalau boleh secepat mungkin. Saya sudah berbincang dengan dia. Kami kenal pun dah lama jadi elok kiranya saya bawa hubungan kami ke peringkat seterusnya.”

“Lepas apa yang jadi, bukan dia saja yang percaya pada saya malah ramai orang masih percaya saya. Malah ada juga wanita lain cuba mendekati saya. Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Sebelum ini pun kami dah kenal antara satu sama lain selama tujuh tahun. Dia dah tahu saya macam mana, saya dah tahu dia macam mana.”

Jodoh tu semua ketentuan Allah, Iyalah, siapa yang nak kan ‘duda’ macam saya ni.

Apa yang Budiey harapkan, semoga hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia berjaya ke jinjang pelamin dan takde apa-apa isu kontroversi lepas ni. Sumber & Gambar: Portal GUA & MalaysianDigest

Almy Nadia & Fizz Fairuz Kembali Bercinta

Almy Nadia & Fizz Fairuz Kembali Bercinta

Almy Nadia & Fizz Fairuz Kembali Bercinta

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Kini fizz fairuz lebih popular dari dulu sejak tercetus peristiwa hitam yang dilaluinya sebelum ini. Semenjak itu ramai orang suka bercakap-cakap tentangnya. Ada yang terkejut, ada yang nak tergelak mengingat kelucuanya dan paling penting, ia menjadi satu pengajaran kepada yang nak bertunang atau berkahwin kelak untuk betul2 selidik latar belakang bakal isteri atau suami yang ingin dikahwini nanti. Kira satu hikmah disebalik upacara tu sehingga membuat nama fizz fairuz dan kekasih nya, yang lembut lagi cantik manis bernama almy nadia, kini lebih ‘meletop’ sekarang. Ramai berdoa dan kini menunggu agar dua selebriti sensasi ini akan selamat dijodohkan dengan ikatan kasih yang berpanjangan tidak lama lagi. Amin.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maxis Lancar Plan Baru Internet Percuma Hotlink

Peraduan Insidious TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon