in ,

AirAsia Tawar Tiket Terbang Ke Phuket dengan Harga Hanya RM189

Berikutan pengumuman pembukaan semula program Phuket Sandbox kepada para pelancong yang telah divaksin sepenuhnya dari mana-mana negara, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Phuket dengan empat (4) penerbangan mingguan bermula 5 November 2021.

Bermula dari sekarang hingga 31 Oktober 2021, para tetamu boleh menempah penerbangan ke Phuket melalui ikon ‘Flights’ pada airasia Super App daripada hanya RM189 sehala untuk tempoh perjalanan antara 5 November dan 30 Mac 2022.

Para tetamu juga boleh mendapatkan nilai terbaik dengan pakej penerbangan dan penginapan melalui ikon ‘SNAP’ di airasia Super App bermula RM549 untuk perjalanan pada tempoh yang sama.

Para tetamu yang ingin menempah penginapan secara berasingan juga boleh menempah melalui ikon ‘Hotels’ di airasia Super App bagi penginapan yang disediakan oleh SHA Plus dan nikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi, AAHOTEL10. 

Rakyat Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya dan ingin bercuti melalui Program Phuket Sandbox perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Thailand dan telah menerima Sijil Kemasukan yang boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke Thailand sebelum menempah tiket penerbangan mereka.

Jom ke Phuket!

“Dari segi operasi, kami telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerbangan dan memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang. Sejak pelancaran gelembung perjalanan Langkawi dan pembukaan semula perjalanan antara negeri di Malaysia, kami telah menjual lebih 1 juta tempat duduk domestik. Kami juga mencatatkan muatan penumpang tinggi dan tempahan kukuh pada masa akan datang yang melambangkan pemulihan sektor pelancongan.” 

Para tetamu AirAsia juga sentiasa dijamin dengan protokol kesihatan dan keselamatan ketat yang dikuatkuasakan dalam semua penerbangan kami dengan kru kabin terlatih yang terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia dalam masa pandemik ini.

Jom ke Phuket!

Puan Nongyao Jirundorn, Pengarah Malaysia & Brunei, Lembaga Pelancongan Thailand berkata:

“Thailand sedang bekerja keras untuk pembukaan semula sempadannya. Pada masa ini, rakyat Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya boleh bercuti ke Phuket dan Samui tanpa kuarantin. Thailand merupakan destinasi pelancongan nombor satu bagi Malaysia dan kami teruja untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia ke bandar-bandar lain yang akan dibuka tidak lama lagi.”

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama satu tahun setengah untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya. Demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya, AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 

Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang telah diintegrasikan dengan status vaksinasi melalui MySejahtera, dan bakal melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi – menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital tanpa kertas untuk meminimumkan sentuhan antara para tetamu dan kakitangannya.

Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan AirAsia dan SOP perjalanan, sila klik nasihat perjalanan terkini di sini. Untuk SOP Phuket Sandbox dan Senarai penginapan oleh SHA Plus di Phuket, sila klik di sini.  

Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fauzi Nawawi Mengaku Salah & Mohon Maaf Cerita Babak Rogol Raja Farah dalam ANAK HALAL

Liyana Jasmay Masih Mahu Berlakon Walaupun Sibuk Jadi Pengarah Kreatif