in , ,

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mahu Bina Masjid

PASANGAN artis suami isteri popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengajak orang ramai bersama-sama mengumpul saham akhirat dengan pembelian set produk kecantikan terbaharu mereka, ‘Bukhary’ dan ‘Muslim’. Ini kerana setiap keuntungan daripada hasil kutipan jualan akan digunakan untuk mengubah suai sebuah masjid lama sedia ada di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menyuarakan harapan itu, Aeril, 31, dan Wawa, 29, berharap mampu menghabiskan kesemua 80,000 unit bagi pengeluaran produk ‘Bukhary’ dan ‘Muslim’ edisi terhad, keluaran syarikat mereka, Wawa Cosmetic Sdn Bhd.

Bina Masjid

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan membina sebuah masjid di kampung halaman aktor itu di Johor, tidak lama lagi.

Menurut Aeril atau Suhairil Sunari,33, berkata masjid yang boleh memuatkan 700 jemaah tersebut akan dibina menggunakan hasil keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari keluaran syarikat milik mereka Wawa Cosmetic.

“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad. Salah satu inti pati ceramah tersebut yang mengesankan berbunyi, jika ingin menempa nama di syurga dan jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung saya di Rengit, Johor. 

Insya-Allah, kami akan telah bersetuju untuk menyumbang dana sekitar RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan jualan produk Muslim Bukhari nanti,” katanya

– Aeril Zafrel

Aeril Zafrel ditemui selepas majlis pelancaran edisi Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, hari ini.

Tambah Aeril, dia tidak berniat untuk menunjuk atau riak berhubung perancangan tersebut tetapi sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.

“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.

– Aeril Zafrel

Edisi Muslim Bukhari mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set. 

Bercerita lanjut, pemilik nama sebenar, Suhairil Sunari ini memberitahu, cetusnya idea untuk melabur kepada pembinaan masjid disuarakan oleh Wawa setelah isterinya itu mendengar syarahan pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad yang menyebut mengenai ganjaran di akhirat bagi seseorang individu yang membina masjid jika mempunyai wang yang lebih.

“Terkesan dengan ceramah itulah yang membuatkan Wawa mencadangkan kepada saya untuk membina masjid sebagai saham akhirat kami sekeluarga,”

– Aeril Zafrel

Aeril berharap netizen jangan pula anggap mereka riak apabila mendedahkan jumlah pelaburan yang perlu dikumpul bagi  pembinaan masjid yang mampu memuatkan lebih kurang 700 orang jemaah itu.

Menyambung lanjut, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin memberitahu, pada asalnya mereka merancang untuk membina sebuah banglo di Bangi, tetapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan dahulu demi memberi laluan kepada kehendak membina masjid.

Sehubungan itu, kata Wawa, segala perancangan telah pun dibincang oleh Aeril dengan ketua kampungnya  dan pengubahsuaian masjid yang tersedia dijangka akan bermula awal tahun hadapan.

Jika perlu, masjid lama yang sudah usang akan dirobohkan sama sekali untuk membina yang baru, tambah Aeril.

“Tetapi masjid berkenaan akan terus kekal dengan namanya, saya tidak akan menukarkannya,” ujar Aeril yang mahu berkongsi kerja amalnya itu bersama sokongan  orang ramai.

“Marilah kita sama-sama mengumpul saham akhirat,” seru Aeril sambil berpaling ke arah isteri tercinta. 

– Aeril Zafrel

Set kosmetik, Edisi Glam Raya yang terdapat dalam dua versi, ‘Bukhary’ dan ‘Muslim’ dijual pada harga RM79 seunit mengandungi 2 produk pengilat bibir (lip matte), 2 jenis minyak wangi dan  satu set ‘makeup’.

“Beza antara dua versi terletak pada warna dan bau pewanginya,”

– Wawa

Sementara itu, beralih ke bidang seni lakonan, Wawa dan Aeril memberitahu yang kedua-dua mereka baru sahaja habis penggambaran telemovie di bawah produksi sendiri yang diberi judul ‘Sabda Kekasih’.

“Setelah 4 tahun tidak berlakon, ini dikira ‘comeback’ Wawa dalam industri,” akui Wawa sambil mendapat usikan dari Aeril yang memberitahu ‘Wawa nak jadi penyanyi pula’.

Biar betul? Korang pernah ke dengar Wawa menyanyi? 

“Mungkin untuk lagu OST telemovie je,” jawab Wawa diringi ketawa namun mengakui beliau minat dalam menghasilkan lagu.

Pun begitu, bila telemovie berkenaan dapat disiarkan dan di kaca TV mana pula ia akan ditayangkan, belum dikenal pasti.

“Segalanya masih dalam perbincangan dengan pihak stesen TV,” akhiri pasangan romantis ini.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bernikah secara rahsia pada 2013 dikurniakan tiga cahaya mata, seorang lelaki berusia  7 tahun dan dua orang perempuan 5 tahun dan 7 bulan.

Sumber: KitaReporters

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jamal Abdillah Pilih Nama El Isaac Yamani Untuk Anak

Miera Leyana Sah Jadi Isteri Rosland dengan Sekali Lafaz