in , ,

50 Megumi Men Lancar Rangkaian Produk Bantu Atasi Masalah Rambut Gugur

Kembalikan Keyakinan Anda: Penyelesaian Rambut Gugur yang Terkemuka di Jepun Lancar Rangkaian 50 Megumi Men Baharu bagi Membantu Lelaki Memerangi Keguguran

  • Rangkaian 50 Megumi Men diperkenalkan untuk membantu menangani masalah rambut gugur di kalangan kaum lelaki.
  • Rangkaian produk terdiri daripada Anti-Hair Loss Treatment Essence, Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo.
  • Produk utama, Anti-Hair Loss Treatment Essence, membantu mengurangkan keguguran rambut sebanyak 45% dalam masa empat bulan sahaja
  • Keseluruhan rangkaian 50 Megumi Men khas diformulasikan dengan 50 bahan terpilih yang kaya dengan nutrien, antioksidan, vitamin, mineral dan minyak pati untuk membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan rambut.

Kuala Lumpur, 5 September 2023 – Menurut laporan terkini, seramai  50% lelaki berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah keguguran rambut. Selain itu, juga terdapat peningkatan dari segi jumlah kes lelaki yang mula mengalami masalah ramut gugur pada usia yang muda. Lebih membimbangkan lagi, 25% mengakui masalah keguguran rambut telah memberikan impak ketara kepada keyakinan diri mereka, sekali gus menjejaskan perhubungan dan kerjaya mereka sebelum mencapai umur 21 tahun.

50 Megumi Men Anti-Hair Loss Series

Atasi Keguguran Untuk Kembalikan Keyakinan

Menyedari betapa penting isu ini, 50 Megumi telah memperkenalkan rangkaian produk 50 Megumi Men baharu yang khas diformulasi untuk menangani keguguran rambut di kalangan kaum lelaki. 50 Megumi merupakan jenama penyelesaian keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dengan lebih 10 juta produk terjual di seluruh dunia.

Opening Speech by Senior Brand Manager - Mr Aaron Wong -02

Berbekalkan kepakaran jenama tersebut dalam keguguran rambut, rangkaian baharu ini menampilkan dua produk syampu dan satu esen rawatan rambut yang direka khas untuk menyuburkan kulit kepala, meningkatkan pengaliran darah, menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut, di samping memberi pengalaman yang menyegarkan.

Launching by Nurul Asyikin (Merchandising Executive from Guardian), Aaron Wong (Senior Brand Manager), Kenny Lee (National Sales Manager)
Pelancaran oleh Nurul Asyikin (Merchandising Executive from Guardian), Aaron Wong (Senior Brand Manager), Kenny Lee (National Sales Manager)

“Keguguran rambut bukan sahaja menjejaskan paras rupa kita, malah ia turut mengubah persepsi kita terhadap diri sendiri dan identiti kita. Ini dapat mengundang keresahan dan kemurungan, khususnya di kalangan lelaki yang bergelut dengan impak sosial dan emosi akibat keguguran rambut. Itulah sebabnya kami menghasilkan rangkaian 50 Megumi Men baharu— satu penyelesaian yang membantu mengembalikan semula rambut dan keyakinan diri anda,” menurut Aaron Wong, Pengurus Jenama Kanan 50 Megumi. 

Medical Sharing Section by Dr Shazril

Manfaat rangkaian 50 Megumi Men dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Dengan penggunaan harian yang konsisten, pengguna boleh mencapai pengurangan keguguran rambut sebanyak 45% dalam tempoh empat bulan.  Sebotol esen dapat bertahan sehingga 40 hari jika digunakan sebanyak 2 kali sehari, menjadikannya satu penyelesaian yang mudah dan menjimat kos untuk pengurusan keguguran rambut di kalangan lelaki.

Medical Sharing by Dr. Koh Ming Zhi, Medical Director of Lumi Clinic _ Kelvin Yap (叶医生),天生父子中医诊所

Baru-baru ini, rangkaian 50 Megumi Men baharu telah dilancarkan pada satu majlis di Cohiba Atmosphere, Kuala Lumpur, di mana terdapatnya perkongsian daripada pakar-pakar perubatan mengenai masalah keguguran dan penjagaan rambut. 

(L-R) Marcus, Thomas, Dr Dr. Koh Ming Zhi, Medical Director of Lumi Clinic _ Kelvin Yap (叶医生),天生父子中医诊所, Kenny Lee (National Sales Manager), Aaron Wong (Senior Brand Manager)

Doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin menegaskan bahawa pemahaman terhadap faktor penyumbang keguguran rambut amatlah penting. “Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut pramatang di kalangan kaum lelaki. Walaupun sebahagiannya adalah genetik, namun ada juga faktor-faktor lain yang berkait rapat dengan gaya hidup dan tabiat kita, seperti tekanan, tidur, senaman serta tabiat pemakanan. Mengetahui faktor-faktor ini serta cara pengendalian rambut gugur secara berkesan turut memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lebat.”

(L-R) Naufal Haiz, Dr Dr Shazril, Mr Kenny Lee (National Sales Manager_ Nurul Asyikin (Merchandising Executive), Mr Aaron Wong (Senior Brand Manager), Kael

Produk utama dalam rangkaian 50 Megumi Men baharu adalah 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence. Esen rambut ini hanya perlu diaplikasikan secara langsung pada kulit kepala .Ia membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit kepala, dan mewujudkan persekitaran yang optimum untuk rambut yang sihat. Teksturnya yang ringan dan tidak melekit menjadikannya sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup sibuk, kerana ia tidak menjejaskan penggayaan rambut serta tidak perlu dibilas dengan air. 

Rangkaian 50 Megumi Men juga menampilkan dua pilihan syampu, iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo. 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh membersihkan kulit kepala dan rambut dengan wangian pudina menyegarkan bagi menghilangkan minyak rambut berlebihan dan memberi kesegaran kepada akar rambut. 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo pula mengandungi Hinokitiol, bahan anti-kelemumur berasaskan tumbuhan yang dapat menangani  kelemumur secara berkesan.

50 Megumi Men Anti-Hair Loss Series Ingredient
Siri 50 Megumi Men Anti-Hair Loss

Setiap produk dalam rangkaian 50 Megumi Men dirumus khas dengan 50 bahan terpilih yang merangkumi kosmetik moden, herba tradisional dan bahan semula jadi yang sesuai dengan keperluan unik lelaki untuk mencegah keguguran rambut.

“Di 50 Megumi, kami percaya alam semula jadi menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah rambut. Itulah sebabnya kami menggunakan bahan-bahan herba semula jadi yang telah terbukti dapat membantu menyuburkan, menguatkan, dan mengalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Semua bahan herba ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral, dan minyak pati yang membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan rambut anda,” kata Aaron.

Rangkaian 50 Megumi Men baharu kini boleh didapati di cawangan-cawangan peruncit terpilih di seluruh negara, termasuk Guardian dan platform atas talian iaitu Shopee, Lazada. Rangkaian baharu itu berada dalam julat harga dari RM50 hingga RM150. Untuk maklumat lanjut tentang 50 Megumi, sila layari https://50megumi.com.my/.

Tentang 50 Megumi 

50 Megumi merupakan produk anti-keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dan Hong Kong dengan lebih 10 juta produk terjual. Rangkaian Anti-Hair Loss jenama ini dirumus dengan 50 bahan semula jadi yang dipilih khas bagi mengurangkan keguguran rambut dengan berkesan, meningkatkan jumlah rambut dan menguatkan akar rambut. Pengguna dapat melihat hasil yang ketara dengan penggunaan konsisten selama 4 bulan. 50 Megumi percaya bahawa kekuatan dan keyakinan diri datang daripada rambut yang sihat. Justeru itu, misi mereka adalah untuk membantu wanita and lelaki dari semua peringkat umur mencapai rambut yang lebat dan cantik bagi menghadapi rintangan yang paling mencabar dalam kehidupan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Jenama HONOR Menang 36 Anugerah Media di IFA 2023

“Perangai Tu Elok Sikit Cb” – Ben Amir Tiba-Tiba Mengamuk?