in

10 Tips Cipta Produk Jadi Jutawan

Jika anda untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut adalah 10 tips yang boleh anda cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian dan siapa tahu produk anda bakal meletup dan bergelar jutawan segera.

1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti akan mudah lupa.

2. Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus anda edit. Tulis sahaja,
kemudian barulah anda fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’
dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.

3. Mulakan mencari idea berdasarkan hobi anda. Ada kebarangkalian yang tinggi
untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada
salah-satu daripada hobi anda.

4. Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman anda yang silam. Mungkin anda
mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana
perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain.
Anda boleh mencipta produk informasi berkaitan bidang pekerjaan anda yang lalu.

5. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik
perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya
dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan
masalah masyarakat di sekeliling.

6. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat
pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan
mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika
terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau bidang itu, ada kemungkinan besar
yang niche tersebut menguntungkan atau profitable.

Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam
sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang
yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya ada lah proses
jual beli di situ.

7. Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin anda akan
idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan
oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh
atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang
berkaitan.

Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche
dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan
dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan
wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya
menyiarkan iklan mereka.

8. Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh
niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda anda sikit.
Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya
fikirkan niche buat duit.

9. Pastikan idea produk yang bakal anda cipta tu menyelesaikan masalah
orang lain. Tak guna kalau buat produk yang anda syok sendiri. Tanya diri anda,
adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

10. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut : Produk anda mengenai apa?
Siapakah yang bakal membeli produk anda? Mengapa mereka harus beli produk
anda dan bukan produk orang lain? Bila pada kebiasaannya produk tersebut
akan dibeli? Bagaimana para pelanggan anda boleh membeli produk anda dengan
cara semudah yang boleh?

Baiklah, semoga dengan tips-tips yang telah saya kongsikan di atas,
boleh memberi idea kepada anda dalam mencipta produk informasi anda sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Prima Bakal Meletop Dengan Program DANGDUT STAR

DINNER IN THE SKY Bakal Singgah di Johor