in ,

Astro Prima Bakal Meletop Dengan Program DANGDUT STAR

Tahun 2016 menyaksikan kelahiran program baharu yang lebih menarik. Antara program yang akan bersiaran nanti ialah DANGDUT STAR. Budiey dah tengok sekilas lalu beberapa persiapan yang dibuat oleh peserta DANGDUT STAR musim pertama ini di laman sosial. Mungkin dah tiba masa irama dangdut kembali menghangatkan senario seni muzik tanahair selepas beberapa tahun ini kemarau, ye dok?

Astro Prima Bakal Meletop Dengan Program DANGDUT STAR

Bagi memeriahkan lagi industri hiburan tanah air selain memberi lebih pilihan kepada para penggemar muzik di negara ini, Astro Prima dengan kerjasama pihak penaja Jamu Mak Dara tidak mahu ketinggalan untuk mencipta sebuah lagi fenomena baharu yang mengangkat irama dangdut dalam program realiti terbaharu yang berkonsepkan pertandingan nyanyian berjudul Dangdut Star.

Menarik lagi, Dangdut Star juga bakal menyaksikan gabungan mantap pelawak popular Tauke Jambu serta kumpulan De Fam sebagai hos program.

Satu sidang media akan diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan program terbaharu ini seterusnya akan mengumumkan juga senarai selebriti yang menjadi para peserta program DANGDUT STAR.

Manakala komposer dan penulis lirik terkenal, Pak Ngah serta Mas Idayu pula telah dilantik sebagai juri tetap. Siapakah yang bakal bersaing di atas pentas Dangdut Star untuk musim yang percama? Sama-sama kita ketahui kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Sebalik 1001 Manfaat Habbatus Sauda

10 Tips Cipta Produk Jadi Jutawan