Zombi Kampung Pisang - Gimik, Komedi & Keseronokan
Hari ini 19 April, pastinya tarikh yang mungkin menimbulkan debaran kencang pada Abang Mat & juga semua pelakon filem Zombi Kampung Pisang. Tayangan pembukaannya akan bermula pada hari ini. Moh le kite..
Pada 22 April yang lalu, Zombi Kampung Pisang telah menyerang Planet Hollywood. Gempak dan havoc juga bila sekali sekala Planet Hollywood didatangi serombolan Zombi. Hehe, jangan terkejut. Itu hanyalah gimik sahaja. Pada saya, showcase Zombi Kampung Pisang adalah sebagai satu kelainan dan ‘pemanas’ bagi mempromosikan filem komedi - seram ini. Terima kasih kepada Tayangan Unggul kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.
Antara pelakon yang datang Ezlynn, Awie, Nadia Mustafar, AC Mizal dan Mamat Khalid selaku pengarah. Diorang ni memang kelakar habislah. Nak-nak bila Awie dan AC Mizal yang dulu pernah berlakon dalam Baik Punya Cilok tu bergabung. Fuh! Nak pecah pentas jadinya. Penonton pula bukan main tak ingat dunia lagi ketawa. Memang nak pecah perut ketawa tengok gelagat diorang nih. Awal Ashaari pun ada jadi pengacara pada malam tu.
Dalam filem ini, anda akan saksikan komedi ringan, bermesej dan masih boleh memberi anda ruang yang luas untuk ketawa. Pada anda yang inginkan keceriaan, apa kata tonton filem ini. Anda boleh ketawa sepuas-puasnya tanpa henti melihat gelagat penduduk Kampung Pisang apabila diserang hantu zombi. Pernah tonton filem Zombi yang lain seperti filem Land of the Dead & Dawn of the Dead? Tapi filem Zombi Kampung Pisang ni lain sikit sebab ada lelucon orang Malaysia. Jarang kita lihat filem zombi spoof di Malaysia, dan saya percaya Abang Mat telah mencipta satu sejarah di mana lahirnya sebuah filem yang lain dari yang lain. Tidak percaya korang boleh ke pawagam…
Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd ini katanya telah menelan belanja dengan bajet RM1.2 juta itu. Satu jumlah yang bukan sedikit. Saya pasti akan ketawa melihat solekan yang dikenakan pada hantu zombi.
Paling kelakar bila tengok lakonan Que Haidar yang pertama kali membawa watak budak Kelantan yang berlagak berani tapi sebenarnya pengecut. Kira OK lah tengok Que bercakap dalam loghat Kelantan. Biasalah, kan Que tu rasa saya ramai kawan dari Kelantan. Tahniah buat Que sebab melakukan satu anjakan perubahan dari gaya yang biasa kita pernah tengok.
Selain chemistry gandingan Awie sebagai Hussin dan AC Mizal memegang watak Mat Karan, saya kira pelakon pembantu yang lain banyak memberi satu suasana meriah untuk filem ini. Karakter penduduk Kampung Pisang yang macam-macam ada, buat anda tidak bosan memaku punggung di kerusi.
Banyak juga lagu-lagu yang dapat mengimbas kembali memori anda terutama lagu dari kumpulan Wings dan Search. Ternyata Abang Mat masih lagi tegar dengan imej rock kapak. Antaranya lagu Itu pun diselitkan juga lawak-lawak spontan oleh Abang Mat. Cayolah bro!
Ezlynn yang memegang watak sebagai cikgu Maimon boleh dikatakan sebagai penyeri dalam filem ini selain dari Nadia Mustafar. Ye lah, kalau takde artis atau penyanyi perempuan macam tak sah pulak. Pada malam yang menampilkan Awal sebagai pengacara itu, Ezlynn memilih lagu Sesalanku, Bersamamu, I Will Survive, Irreplaceable, Hi Hi Bye Bye dan Sweet Child of Mine. Memang power giler suara Ezlynn.
Lagu tema Zombifikasi juga dinyanyikan sebagai penutup pada malam itu. Sensasi Selebriti dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelakon, pengarah dan juga Tayangan Unggul Sdn Bhd.
Kepada pembaca setia, ada sesiapa nak cadangkan untuk kita buat Gathering Reader ToGether Gather sambil menonton filem ini? Boleh beri saranan anda di ruang komen.
Oh ya, makluman terkini… ada berita yang mengembira untuk korang… Budiey telah pun mendapatkan penaja untuk hadiah bagi Peraduan Jom Menonton SUMOLAH & goodie bags untuk Reader’s ToGether Gather yang kedua pada 19 Mei ini. Tempatnya belum dapat diketahui lagi. Sila cadangkan lokasi yang bersesuaian untuk tayangan SUMOLAH.
Sila tunggu makluman lanjut pasal SUMOLAH Gathering ni nanti ya.
Berikut foto-foto ketika pembikinan filem ini.
Technorati Tags: Filem, Zombie Kampung Pisang, Awie, Ezlynn, AC Mizal, Que Haidar, Planet Hollywood, Sumolah, gathering










Baca artikel lain yang berkaitan:









April 19th, 2007 at 12:39 pm
wah! syok! kali ni nak ikot tau!!! =p.. 19 mei eyh? nak ikottttt!!=p. neway, bang budiey, ok ke cte ni? saye bace ulasan saudara roslen kat akhbar bintang populer tu katenye, tak best? urm, susah ni… dlm dilema..=(
April 19th, 2007 at 12:46 pm
Affanazami, ekceli untuk tempoh tayangan sepatutnya filem ini dipromosikan bukan diceritakan tentang keburukan dia. After, tempoh tayangan barulah nak cerita apa-apa pun… Memang betul, filem Malaysia boleh berkembang dengan adanya kritikan tersebut tapi sejauh mana kritikan tersebut akan mengajak penonton ke pawagam.
Terlalu subjektif sebenarnya. Menonton filem sebenarnya bergantung pada diri kita. Kalau kita rasa enjoy dan happy, maknanya filem tu kira berjaya menepati citarasa kita. Kalau tak… mmm rasa nak ambik balik RM10 yg diberikan pada pawagam.
April 19th, 2007 at 1:29 pm
kan? tak beik tul wat reviu awal2 ni.. mcm mane keje wartawan malaysia erk? I never rase puas ati ngan keje dorg ni.. tak de etiquette! ha, sensentap da ni!
April 19th, 2007 at 1:51 pm
Affanazami, jangan sentap… rileks hehehe… tarik nafas… hembuss….
tak tau la jugak. May be depa nak kasi kesedaran kat penonton tentang realiti sebenar ke… bergantung pada niat dia…
April 19th, 2007 at 2:02 pm
mazen tak kisah yg penting klu korang p tgk mazen pun nak ikut…
April 19th, 2007 at 2:12 pm
cik mazen, kite g bdue eyh? hari tu tak dpt jumpe (ptyaan ala2 tak malu, pipi tersorong2)..=p
bang budiey, tak kire la, wartawan mesia tak beik la! dorg tak pk yg ntah la! i pun taktau nak ckp camne.. sedeih tgk wartawan mesia
April 19th, 2007 at 2:16 pm
Mazen, jom la belanja Budiey… kekeke
Affanazami, mazen tu suara di husky macam penyanyi dari Sabah tu, apa dah nama dia… oengurus dia Zulfekar.
I no komen la pasal depa. Sabar… hehehe… apa-apa pun diorang ni kira OK la jugek… mesra sebenarnya diorang ni. Kalau jumpa depa, budiey siap salam… lepas tu kantoi hari tu pasal depa dah kenal I sebab digosipkan dengan Ella… aiyo malu giler…
April 19th, 2007 at 2:36 pm
haah kan, pnah tgk gamba bang budiey kat warta perdana yg daring tu.. wartawan die daring gle. tak gune fakta. trus story je.. dorg ni sme patot tgk cte SHATTERED GLASS. biar diorg inspired sket.. hayden christensen blakon ngan chloe sevigny.. bagus cite ni. saye tujukn pade semua wartawan di mesia! huhu..
yeke? sore cam azharina la maknenye? mesti sedap nyanyi.. cantek tak cik mazen ni? haha. ade can tak?=p
April 19th, 2007 at 2:38 pm
affanazami, haaa cam Azaharina…. baru teringat nama tuh. Lebih kurang la, tapi may be Azaharina lebih sedap sikit kot. Ops! Mazen, jgn mare haaa.
April 19th, 2007 at 2:44 pm
haha, ni insurens ke tak mulut ni?! (mewakili cik mazen) =p
April 19th, 2007 at 2:45 pm
Insurance dah expired… LOL!
April 19th, 2007 at 3:31 pm
Saya maybe nak pegi tengok la kot malam ni.. zombi kg pisang
April 19th, 2007 at 3:47 pm
Izham, ok… selamat menonton la. Jangan lupa rebiu kat your blog ya. & lagi satu… jangan lupa bawak sweater atau selimut sekali (tips diambil dari Mazen, apabila tgk filem seram)…
Mazen, tak gituh?
April 19th, 2007 at 4:16 pm
kah kah kah… amboi10x…
bukan main lagi kutuk mazen ek. mazen tak marah pun. mazen rindu la nak jumpa korang lagi. rasa lambat sgt 19 mei tu.
affanazami, nanti 19 mei kita jumpa ek. mazen blanja popcorn. he he he…
tak la secantik mana. cume klu b’tanding utk miss world tu aishwaryarai tu gerenti tak dapat cari mkn. hiks hiks hiks….(prasan…)
April 20th, 2007 at 12:46 am
wah! ini suda baek! =p
April 20th, 2007 at 8:11 am
Hi, Budiey!
Spt yg dijanjikan, i singgah bagi komen.
Hmmm….teruja nak tonton ZKP ni sebab tengok promo tu mcm kelakar giler. Then nak tgk lakonan Que Haidar kecek klate…hehehe… Filem Rock buah tgn Abg Mat sblm ni tak mengecewakan. Harap ZKP dpt sambutan lebih hebat.
April 20th, 2007 at 9:07 am
Citer ni kalau nak enjoy2 ok lah. kalau nak pk logik atau nak ke cannes takde lah.. hehehe utu je pesanan saya. Paling tak suka tembakan CGI tu. Drama melayu pun boleh buat tembakan ‘original’ (tertengok CID - TV9)
April 20th, 2007 at 6:00 pm
amboi mazen… siap bagi tips ek?, selimut buat tutup muka sebenarnya kan, hahaha…
apa2 pun…
NAK ITUTTTT….
huhuhu…..
April 23rd, 2007 at 10:51 am
mazen dah tgk filem nie. lawak jgk. boleh tahan la. suka dgn lakonan ac mizal n Que haidar kat dlm citer nie. yg mazen paling tak tahan bila nyanyi lagu negaraku zombi tu semua pun ikut berdiri tegak. mangkuk btul. gelak memanjang tgk filem ni tau. tu blum lagi ac nyanyi lagu seroja. awie plak tengah zombi kepung dia dan ezlyn, awie boleh ckp kat zombi siti ada kat belakang. semua zombi pusing belakang nak tgk siti. kah kah kah…tak tahan wei… tengok la utk lepas tension. he he he…