Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Website Buat Peminat Drama Emil Emilda

Nampaknya, satu Malaysia dah jadi ‘gila’ dengan drama Emil Emilda di slot Samarinda di TV3. Agak-agak korang, mengapa drama ini begitu diminati. Adakah kerana jalan ceritanya? Atau kerana pelakonnya? Atau sebab anda ini peminat Sharifah Amani atau Aaron Aziz? Atau kerana kelainan montaj nya? Kerana kesederhanaan sinematografi atau kerana lokasi pengambarannnya terutama penthouse Emilda di LOFT itu? Kerana lagu-lagu tema drama ini; lagu Dayang Nurfaizah – Inginku Miliki atau lagu Jaclyn Victor – Cinta Tiada Akhirnya? Saya rasa semua yang saya sebut ni, memang X-factor yang menarik ramai peminat menanti setia depan TV setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Kepada peminat siri drama arahan Sharulezad Mohameddin ini, saya mahu mengajak anda untuk melayari laman website ini. Terdapat ruang forum untuk peminat drama ini berdiskusi. Isma Yusoof, pelakon watak Mac pun tidak ketinggalan membalas pertanyaan peminatnya. Glamour dah Isma sekarang ni nampaknya. Watak selamba yang ‘ala-ala’ dipegang oleh Isma memang punya impak besar dalam karier beliau sebagai pelakon. Anda juga boleh memuaturun poster eksklusif di laman tersebut. Bukan itu sahaja. Segala kandungan nampak fresh. Terutama sekali kepada anda yang ingin membaca skrip drama ini. Jarang sekali saya lihat produksi drama memberikan skrip untuk dibaca oleh peminat. Memang seronok membaca skrip sebenarnya. Ramai yang ingin mengetahui kisah selanjutnya dan ramai juga yang bertanyakan kepada saya tentang ending drama Emil Emilda ini. Manalah saya tau… hahahaha. Layan je la sampai habis. Samada sad ending atau happy ending, semua tu saya kira satu kejutan akan menanti anda. Belum pun drama ini tamat, sudah ada peminat yang menyarankan kepada pengarah drama ini supaya Emil Emilda musim ke-2 dibuat. Camna tu?

Saya sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dengan drama ini. Anda semua memang happening!

Antara dialog skrip yang saya suka baca masa Emil dan Emilda bertengkar…

EMILDA: Pergi jahanam dengan kerja awak tu!! Awak dengar sini Emil!! Jangan fikir awak boleh tipu saya!! Kalau Nisa bolehlah awak tipu! Tapi bukan saya!!! Saya tak termakan dengan semua tipu helah awak tu!! Dasar lelaki buaya!!

Emil tersentap mendengar nama Nisa disebut. Dia tak pedulik terus memegang bahu Emilda.

EMIL: Mana awak tahu pasal Nisa ni!!? Emilda menepis tangan Emil kasar.

EMILDA: Mana saya tahu tu bukan persoalannya… Soalnya sekarang awak jangan main mainkan perasaan saya lagi!! Saya tak suka awak faham tak!!?

Emil semakin tercabar egonya. Sikapnya yang sacarstic dan bermulut celupar semakin menjadi.

EMIL: Main mainkan perasaan kau!!? Hei perempuan!! bila masa aku main mainkan perasaan kau!!! Aku cuma jalankan tugas aku sama macam dalam kontrak tu!!! Yang kau nak perasan lebih lebih ni apahal!! Kau ingat aku hadap sangat ker perempuan macam kau ni!!

Meanwhile Sunarti terperanjat lagi bila mendengar perkataan kontrak itu disebut.

Anda pula suka part yang mana pulak?

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela
  • Lirik Ingin Ku Miliki – Dayang Nurfaizah 2007
  • Fahrin & Linda Onn Bertunang?
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?
  • Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu Emil Emilda
  • Sharifah Amani & Que Haidar Bercinta?
  • Nantikan Siri Drama Samarinda Emil Emilda
  • Isma Yusoof dan Impak Maksima Emil Emilda
  • Chat Shawal & Heliza: Antara Teruja & Teruji



  • 5 Komen untuk entri “Website Buat Peminat Drama Emil Emilda”

    1. iffah kata:

      i suka pat yg dia kata hai nama i emil then emilda kata tak tanya pun mcm touching gitu hahhaha the story pun tak macam citer slot cinta2 yg meleret

    2. syuk91 kata:

      aku suke part emilda menari dlm office die tu…
      lawak giler….!!!
      ape2 pn citer nie mmg best giler r…
      dgr2 citer nie nk smbung…
      x tau r….
      syok r kalo btl2 ade smbungan…!!!

    3. mar kata:

      walaupun citer ni dah lama …. tapi aku tetap suke giler citer ni…. part yang paling aku suke waktu emil cuba nak mendapatkan balik cinta emilda semula he…he…padan muka emil siapa suruh dia sakitkan hati emilda , elok-elok emilda sukakan dia! emil buat hal, apa lagi mestilah emilda buat tak peduli ,bukan setakat emilda aje yang sakit hati malah sesiapa yang beada ditempat emilda mesti aku pun merajuk , apa pun semua part adalah yang the best bagi aku ! he…he… panjanglah pula komen aku ni.

    4. aziah bte abd jabar kata:

      I suka cerita emilemilda. Ya, sangat suka. Ada jual tak DVD atau VCD cerita ni. Kalau ada bagaimana cara sata nak membelinye.

    5. ayda kata:

      sye pon ske gilee citer emil emilda ni……. sy harap sgt ade vcd or dvd emil emilda ni ……

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!