in , , ,

Gambar Ina Naim dan Suhaimi di Majlis Pertunangan

Selamat bertunang Ina Naim dan Suhaimi. Semoga ikatan pertunangan bikin kalian bahagia selamanya. Amin.

Bertempat di kediaman Ina Naim di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Baharu, 6 Jun lalu, penyanyi Nor Diana Mohd Naim, 23, atau Ina Naim menerima kehadiran bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 27, yang kini penyanyi nasyid solo sebagai teman hidupnya. Suhaimi kini menjadi tenaga pengajar tetap di Sekolah Agama Al-Irsyad, Kuantan Pahang

Ina yang putus tunang dengan Mawi hampir 11 bulan lalu iaitu 8 Julai 2006, tidak mahu bercerita secara terperinci berkaitan majlis pernikahan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi kerana ia terlalu awal.

Sementara itu, Suhaimi yang berasal dari Felda Tementi Triang, Pahang berkata, perkenalan mereka mula serius ketika mengadakan persembahan Hits 1 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laman Sesawang Buat Peminat Drama EMIL EMILDA, Siap Boleh Baca Skrip & Jalan Cerita

Sinopsis Filem HEART 2: LOVE IS CINTA Lakonan Acha Septriasa & Irwansyah