in ,

Watie Sadali dalam Drama Nur Ar Rahman Di TV2

Mualaf Bimbing Remaja Kembali Insaf Dalam Drama Nur Ar-Rahman Di TV2

KUALA LUMPUR, 08 Ogos – Dilahirkan sebagai Islam bukanlah jaminan kepada seseorang itu untuk membentuk keperibadian Islam yang sempurna. Jika si ayah atau si ibu yang melahirkan seorang yang berpegang kuat kepada agama tidak semestinya si anak turut sama mewarisi kuat pegangan agamanya. Keimanan seseorang itu terletak dalam hati masing-masing yang dibentuk daripada jiwa yang suci menjunjung pengertian Islam sebenar.

Namun hakikatnya usah terkejut sekiranya seseorang saudara baru itu ternyata miliki iman yang lebih sempurna berbanding individu yang dilahirkan sebagai Islam oleh ibu bapanya. Ini kerana mereka yang bergelar saudara baru ini menemui hidayah dalam diri setelah diberikan cahaya oleh Allah dalam hati mereka yang dikategorikan sebagai insan terpilih ini.

Mengisi slot Pilihan Jumaat sempena Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi sebuah drama menarik bertajuk Nur Ar-Rahman pada 19 Ogos 2011, jam 1.30 petang di TV2 yang disampaikan pembawaan ceritanya dengan menampilkan dua watak besar membabitkan seorang remaja Islam yang telah tersasar daripada landasan agama yang sebenar dan seorang lagi watak lelaki mualaf yang berperanan memimpin remaja tersebut daripada terus bergelumang dengan dosa.

Dibintangi pelakon berbakat besar bernama Hishamuddin Ahmad sebagai Rahman; Harlym Yeo sebagai Rahim Lee; Corinne Adrienne sebagai Siti Khadijah Wong dan Watie Sadali sebagai Saerah, drama sarat pengajaran menyumbang keinsafan ini bermula kisahnya dengan memaparkan plot di mana kehidupan Rahman penuh pancaroba. Ketandusan kasih sayang keluarga. Kekusutan jalinan kekeluargaan. Tiada bimbingan agama. Pergaulan bebas dengan rakan di kalangan mereka yang jahat. Pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.

Sementara itu satu hari Rahman yang terlibat dalam pergaduhan tertikam Kamal, melarikan diri sehingga bertemu dengan Rahim Lee. Rahim Lee seorang saudara baru Muslim atau Mualaf mengambil Rahman untuk tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.

Rahim Lee pula menghadapi dilema dalam memilih Siti Khatijah (saudara baru Muslim) dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya. Antara dua watak si jelita, siapa pilihan si jejaka? Siti Khatijah terserlah kejelitaannya berlandaskan keagamaan. Manakala Saerah pula terpancar keayuannya bercirikan kesantunan dalam kemodenan.

Rahim Lee yang terjerat untuk memilih antara satu? Atau dia akan memilih kedua-duanya sekali kerana Islam menghalalkan empat selagi mampu asalkan berlaku adil? Atau pun, Rahim Lee akan membiarkan kedua-duanya bebas tanpa ikatan dan dia kembali kepada keluarga Lee nya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Winner PUMA FAAS TEST Challenge

Selebriti Raikan Anak Yatim di Hotel Coronode KL