Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila



Dengarnya…: Scha di sisi aktor Indonesia

MURAH betul rezeki pelakon muda, Scha Alyahya. Ini kerana Cik Normah dapat tahu tawaran yang kunjung tiba dalam kerjaya seninya tak henti-henti. Scha baru saja selesai menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif Rosli dengan pelakonnya seperti Rosyam Nor dan Beego. Filem Libas itu kalau tak silap Cik Normah berkaitan permainan sepak takraw.

Baru-baru ini kumpulan Hujan menawarkan peluang kepada Scha untuk muncul dalam klip video mereka. Cik Normah kurang pasti lagu apa. Ada kemungkinan lagu baru kumpulan itu. Khabarnya, klip video itu akan menjalani penggambaran di Bandung, Indonesia.

Cik Normah dapat tahu aktor Indonesia, Fauzi Baadila yang pernah berlakon 9 Naga, Love dan Tentang Dia dilaporkan menjadi hero untuk beraksi di sisi Scha dalam klip video itu nanti. Veejay Channel (V), Nicholas Saputra pun akan membuat liputan di sebalik pembikinan klip video itu.    

Namun, hingga saat ini, Cik Normah belum pasti bila Scha akan ke Bandung. Mungkin dalam masa terdekat ini kot! Cik Normah rasa projek ini mungkin seperti yang pernah dilakukan Channel (V) terhadap kumpulan Bunkface apabila ketika menghasilkan klip video lagu Bunk Anthem. Kalau bukan, mungkin juga itu adalah sebahagian daripada perancangan kumpulan Hujan sendiri.

Cik Normah juga diberitahu yang Scha akan menjadi semakin sibuk apabila ada laporan mengatakan penggambaran drama bersiri Awan Dania musim kedua bermula tidak lama lagi.

Dalam sibuk bekerja, Cik Normah tertanya-tanya, macam mana hubungan Scha dengan Fahrin:? Betul ke, sudah ada perancangan untuk ‘mendirikan masjid’? Kalau betul, Cik Normah teringin nak merasai nasi minyak Scha dan Fahrin. Jangan lupa jemput Cik Normah!

Dipetik dari Berita Harian

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Scha Alyahya di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Scha Alyahya di Anugerah Skrin 2010
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seoraksan National Park
  • Gambar Pra Perkahwinan Scha Alyahya & Awal Ashaari
  • EKSKLUSIF: Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Gambar Terkini Scha Alyahya & Awal Ashaari di Korea
  • Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010



  • 4 Komen untuk entri “Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila”

    1. nebeng kata:

      HUHUHU….. NAPE AMBIK ORG INDON ORANG MALAYSIA DAH TAK DE KER??? MUNGKIN STRATEGI KOT UJAN NAK MASUK KE INDON…. AKU YANG TANYA AKU YANG JAWAB…. BAGUS BAGUS…. HAHAHA…

    2. Orng baik kata:

      Bandung adl pencipta band terbest(kren) d Indo jga video klip, lihat video klip kesemua dri Peterpan jadi pasti bestlah

    3. Bugis kata:

      Fauzi Baadila adl sala satu dri skian bnyak aktor trbaik dIndo jg suami dri Senk Lotta model cantik asal Uzbekistan

    4. faza kata:

      Nebeng? bahasa indonesia ke? nebeng, you indonesian?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK