in

Ustazah Pilihan Astro Oasis

Selepas berjaya melahirkan sebuah program format asal bercorak keagamaan kontemporari yang mendapat liputan meluas dari media antarabangsa; Imam Muda, pihak Astro Oasis kini sedia untuk melancarkan sebuah lagi bercorak keagamaan kontemporari tetapi menumpukan kepada kaum Hawa pula yang diberi nama Ustazah Pilihan.

ustazah pilihan astro oasis 2

Budiey mendapat tahu, konsep program akan diumumkan di majlis pelancaran yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 Jun ini. Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Haji Izelan Basar juga kan bersama-sama berkongsi maklumat tentang program terbaru Ustazah Pilihan.

Jadi kali ini ASTRO OASIS akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

Adakah “Astro : Ustazah Pilihan” ini akan berjaya? Apa pendapat anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Andi A.Merican Ditahan & Dilokap?

Fiq Lancar Muzik Video Terbaru TRAGIS