in ,

Uqasha Enggan Panjang Isu Nama, Muka Pada Novel

Baru-Baru ini pelakon, Uqasha Senrose ada mempersoalkan tindakan penulis dan penerbit, Maria Isabella yang didakwa menggunakan nama dan ilustrasi seperti mukanya sebagai kulit tanpa sebarang kebenaran.

Pun begitu, pelakon cantik itu memberitahu bahawa dia enggan memanjangkan isu berhubung salah faham tersebut.

Sebaliknya, Uqasha berkata dia berpuas hati dengan penjelasan penulis novel berkenaan bahawa kulit muka novel itu bukan wajahnya.

“Dia ada menjelaskan, wajah di kulit muka depan novel tersebut diinspirasi daripada anak patung bukan muka saya,” katanya dipetik sebuah portal online

Jelas Uqasha lagi, dia juga tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penulis tersebut.

“Saya pun malas nak panjangkan isu dan berpuas hati dengan penjelasan dia. Saya pun tak berhasrat hendak ambil tindakan undang-undang terhadap dia,” jelas pelakon wanita tersebut.

Dalam pada itu, meskipun penjelasan telah dibuat namun Uqasha mengakui dia terus dihambat dengan pelbagai kecaman masyarakat yang menganggapnya perasan.

“Bukan saya nak perasan. Sudah memang itu nama saya dan penulis itu pun ada memberitahu dia suka dengan nama Uqasha. Cuma kebetulan ia sama. Tapi tidak mengapalah, rezeki masing-masing,” ujar Uqasha lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam karier, Uqasha dikatakan akan terlibat dengan beberapa drama bersiri dan telemovie yang bakal memulakan sesi penggambaran tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nelydia Senrose Tayang Cincin Dapat Perhatian Netizen

Emmy®-Winning Drama Series WESTWORLD Returns For Its Second Season