in ,

Nelydia Senrose Tayang Cincin Dapat Perhatian Netizen

TINDAKAN pelakon, Nelydia Senrose memuat naik foto memaparkan cincin di jari manisnya di akaun sosial Twitter miliknya baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Perkara itu sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen yang tidak henti-henti ingin tahu mengenai status aktres berkenaan.

Nelydia Senrose

Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 23 tahun yang kini sedang bercuti di luar negara itu menulis status menggambarkan dirinya kini sedang bahagia.

“Happiest day of my life. Dreams do come true (Hari paling gembira dalam hidup saya, impian jadi kenyataan),” tulis Nelydia.

Dalam pada itu menerusi entri yang berlainan, Nelydia turut mencatatkan tanggal 10 April dengan kapsyen yang ditulis yang dilihat menarik perhatian netizen.

“10 April 2018 – my heart bloom like these flowers (hati saya mekar seperti bunga-bunga ini)“ ujar pelakon drama, Lafazkan Kalimah Cintamu itu.

Nelydia Senrose

Pun begitu, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Nelydia berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa Nelydia kini sudah mempunyai teman lelaki yang merupakan seorang jutawan muda dikenali sebagai Mr. H.

Berita mengenai Nelydia menjalin kasih dengan jejaka berkenaan mula menjadi bualan hangat apabila sekeping gambar memaparkan dirinya berpelukan sambil tangan di dada lelaki terbabit bertebaran di media sosial.

Nelydia Senrose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Enam Bulan Job Melayang, Raja Afiq Kini Lebih Matang

Uqasha Enggan Panjang Isu Nama, Muka Pada Novel