Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Ungu, Meet Uncle Hussain di Konsert Big Jam Hot FM

Dua tahun yang lalu, Media Prima Berhad telah pun berjaya melahirkan sebuah lagi radio stesen yang mensasarkan pasaran Melayu yang berusia di antara 15-30 tahun iaitu HOT FM. Tanggal 06 Februari 2006, HOT FM dilancarkan dengan rasminya dan sehingga kini kami terus berusaha memberikan yang terbaik untuk pendengar setia kami.

Berjaya mengukir kejayaan sebagai radio No: 2 negara dengan hampir 4 juta pendengar, kini dengan kerjasama TM Streamyx, sekali lagi membawakan BIG JAM, sebuah konsert percuma yang ditujukan khas buat pendengar setia HOT FM. Acara yang bertempat di Dataran Petaling Jaya pada Februari 23, 2008 bakal bermula seawal jam 10 pagi dan hanya akan berakhir pada jam 12 tengah malam nanti. Konsert besar-besaran ini juga merupakan sambutan ulang tahun kedua HOT FM.                                    

Merupakan kali kedua penglibatan TM sebagai penaja utama dalam acara ini dan kali ini diterajui oleh STREAMYX. Perkhidmatan Streamyx dan produk TM juga akan dipamerkan di sepanjang hari itu nanti. Pengunjung akan dapat mengetahui secara mendalam tentang perkhidmatan yang disediakan oleh TM STREAMYX.

ATURCARA KONSERT BIG JAM
10.00 pagi 
Acara bersantai dan permainan bersama Zoomerz dan penyampai HOT FM

12.00 tengahari  
Acara beramah mesra dengan artis

12.00 - 4ptg  
OB (Siaran luar Hot FM)

4.00 ptg - 12 mlm 
Konsert BIG JAM bermula

Sambutan ulang tahun ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada pelbagai artis, kumpulan serta artis tempatan yang terkenal seperti Meet Uncle Hussain, Hujan, Mila, SOFAZ, Newboyz, Liza Hanim, Nurul, Jaclyn Victor, Elyana, Jinbara, Kristal, Aliff Aziz, Imran Ajmain, Dayang Nurfaizah, Flop Poppy, Fiq, Aku, Adam, Misha Omar, Adibah Noor dan Ramlah Ram yang pasti menghiburkan. Turut diterbangkan khas, sebuah kumpulan yang tidak asing lagi dari Indonesia iaitu UNGU, juga akan beraksi pada hari tersebut.

Nantikan juga kemunculan para penyampai HOT FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, Tini, Azura, Leya, AG, Ikhwan, Anne dan Fiqrie yang akan turut berada di sana sepanjang upacara majlis untuk memeriahkan lagi acara tersebut. Saksikan aksi mereka yang spontan dan mencuit hati pada hari itu nanti.

Kemasukan adalah PERCUMA dan semua orang dijemput untuk turut sama menjadi sebahagian daripada sambutan itu nanti. Ada lagi!! Kami juga ini memberi peluang kepada semua pendengar HOT FM yang bertuah untuk menikmati acara tersebut dengan memiliki pass belakang pentas dan VIP dengan mendengarkan HOT FM sepanjang minggu ini.

Bagi mereka yang berada di luar kawasan Lembah Kelang, acara ini juga dapat anda saksikan menerusi “live streaming” di laman web kami, www.hotfm.com.my, dan juga konsert yang ini dirakamkan secara langsung ini akan dapat anda tonton menerusi saluran TV9 tidak lama lagi.

FREKUENSI HOT FM
Lembah Kelang 97.6 FM, Penang 88.2 FM, Ipoh 104.5 FM, Seremban, 99.5 FM, Malacca 104.0 FM, Johor Bahru 90.1 FM, K.Terengganu 105.0 FM, Kuantan 92.4 FM, Alor Setar 88.2 FM Kota Kinabalu 87.7 FM Kuching 94.3 FM

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Meet Uncle Hussain @ Pra Kemuncak ABP-BH
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood
  • Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08
  • Republic Of Brickfields, The Pilgrims di Konsert KAMI THE MOVIE
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan
  • Gambar Sekitar Party Anniversary Lee Cooper ke 100
  • SHOWCASE MADE IN MALAYSIA @ STADIUM LARKIN



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET