in

Ujibakat The Perfect Gentleman NTV7

SIRI JELAJAH PENCARIAN
THE PERFECT GENTLEMAN AKAN KE KL DAN KUCHING!

Mencari bakat, mencipta sejarah!

Jika anda tinggi, bergaya dan masih bujang, ntv7, Saluran Ceria Anda, sedang mencari jejaka berbangsa Cina di seluruh pelosok negara untuk mengambil bahagian dalam rancangan pencarian jejaka sejati: The Perfect Gentleman.

Buat pertama kalinya dalam sejarah televisyen Malaysia, penonton berpeluang menyaksikan sebuah rancangan peragaan yang menampilkan jejaka Cina tempatan yang tampan dan berbakat. The Perfect Gentleman 2011 yang dijadualkan untuk keudara setiap Ahad jam 6 petang, bermula 17hb Julai 2011, adalah satu-satunya pertandingan bagi mengiktiraf jejaka-jejaka ini dari segi personaliti, bakat dan stail. Mereka yang layak akan berentap untuk merangkul gelaran berprestij itu.

TPG audition underway

261 orang jejaka telah mencuba nasib di sesi ujibakat yang diadakan di Johor Bahru dan Penang baru-baru ini. Peserta-peserta ini diuji dari pelbagai segi bermula dengan temuramah hinggalah ke cabaran seperti lakonan, nyanyian dan catwalk.

Umur peserta yang layak untuk mendaftar adalah 18 – 45 tahun. Peserta dikehendaki membawa satu salinan kad pengenalan, gambar 4R separuh badan, dan borang pendaftaran yang lengkap dengan butir-butir ke ujibakat berikut:

Lokasi: SJK(C) Kheo Bin, Batu Caves
Tarikh: 7hb Mei 2011
Masa: 12 tengah hari – 4 petang

Lokasi: Prince Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh: 8hb Mei 2011
Masa: 10 pagi – 6 petang.

Lokasi: Kuching
Tarikh: 15hb Mei 2011
Masa: 10 pagi – 6 petang

Peserta akan melalui sesi penyingkiran yang ketat. Pertama sekali, hanya 30 orang sahaja yang akan dipilih dalam ujibakat. Kemudiannya, hanya 16 terbaik sahaja yang akan mara ke peringkat seterusnya, 16 peserta ini berpeluang mendapat bimbingan peribadi daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada stailis, pereka fesyen, dan sebagainya.

Untuk melayakkan diri mereka bagi merebut gelaran berprestij itu, peserta akan diadili dari segi personaliti, stamina, dan kesungguhan mereka untuk berjaya, selain aspek fizikal, stail, dan persembahan mereka sepanjang 12 episod yang menampilkan tema berlainan setiap minggu. Kemampuan mereka akan diuji sepenuhnya dalam pelbagai cabaran dan proses penyingkiran bagi melahirkan 6 peserta akhir yang terbaik.

Syarat kemasukan umum:

1. Peserta adalah seorang warganegara Malaysia atau penduduk tetap, dan tiada rekod jenayah.
2. Peserta mestilah berbangsa Cina
3. Peserta mestilah berupaya berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau Kantonis. Kelebihan untuk berbicara dalam dialek atau bahasa amat dialu-alukan.
4. Peserta mestilah berumur antara 18 tahun hingga 45 tahun pada 1hb Januari 2011 (berdasarkan kad pengenalan).
5. Peserta mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 170cm atau lebih.

Pengundian The Perfect Gentleman Melalui Internet

Orang ramai juga boleh menyertai peraduan The Perfect Gentleman melalui Internet dengan menghantar gambar kekasih/rakan/sepupu/abang/adik atau sesiapa sahaja yang mereka berpendapat layak untuk digelar The Perfect Gentleman atau jejaka sempurna. Hantarkan gambar dan biar rakyat Malaysia undi siapakah pemegang gelaran itu. Siapakah yang bakal mendapat undian terbanyak?

Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara penyertaan dan muat-turun borang pendaftaran, sila layari laman web rasmi The Perfect Gentleman di www.ntv7.com.my/theperfectgentleman atau laman Facebook rasmi (www.facebook.com/ntv7.perfectgentleman).

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my.

Participants have to be articulate in addition to having looks

TPG Participants signing up at Penang roadshow

Part of the challenges

Participant showcasing his talent

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Kompilasi D’lloyd

Gambar Amber Chia di Pelancaran The Twelve