in

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Sengit memang sengit, tapi rezeki dan tuah berpihak kepada kumpulan penari Tunas Tari Warisan, Sekolah Kebangsaan Tangga Batu (Melaka) apabila dinobatkan sebagai juara Lantai Cilik musim kedua yang disiarkan secara langsung di TVi (Astro 180) 8 Mac lalu.

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

[pullquote]Bersiaran secara langsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, pertandingan cetusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menyaksikan kumpulan berkenaan pulang dengan wang tunai RM50,000 diiringi sijil dan trofi.[/pullquote]

Ia sekali gus membenamkan lagi harapan lima lagi kumpulan yang bertanding. Naib Juara menjadi milik Sekolah Kebangsaan Sri Amar Kota Tinggi (Johor) dan tempat ketiga berpihak kepada Elok Lenggok, Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Naib Johan bakal memperoleh wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga pula wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi dan sijil. Tiga lagi kumpulan pulang dengan hadiah sagu hati bernilai RM5,000, trofi dan sijil dan mewakili dua sekolah dari Sabah dan Selangor.

Bagi guru pengiring kumpulan Tunas Tari Warisan, Wan Kamzaman Mohd Saidi, kejayaan penari ciliknya cukup mengejutkan apatah lagi persaingan kali ini cukup sengit. Cuma tuah dan rezeki saja ternyata menyebelahi kumpulan berkenaan apabila dipilih juri sebagai juara keseluruhan.

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

“Saya mewakili kumpulan Tunas Tari Warisan cukup amat bersyukur dengan kejayaan ini. Penat lelah berlatih sejak tiga bulan lalu melepasi peringkat suku akhir, separuh akhir dan seterusnya akhir ternyata berbaloi. Insya-Allah kami merancang mengadakan majlis kesyukuran untuk meraikan kejayaan ini. Seperti yang dirancang, RM10,000 daripada ganjaran kemenangan akan disalurkan kepada Kelab Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Tangga Batu (Melaka) dan selebihnya akan diagihkan kepada kumpulan termasuk jurulatih terbabit.”

Menurut Wan Kamzaman, penari Tunas Tari Warisan sudah menjalani latihan fizikal dan mental di bawah Kelab Tunas Budaya, JKKN Melaka.

“Ada modul dan program intensif yang mereka ikuti sejak tiga tahun lalu. Malah dalam itu mereka didedahkan dari tarian tradisional hingga ke moden sejak usia lapan tahun lagi. Penari yang bertanding di Lantai Cilik 2 dalam lingkungan usia 10 hingga 11 tahun. Selepas ini seperti biasa penari Tunas Tari Warisan akan terus aktif dalam memartabatkan tarian sekali gus memenuhi undangan membuat persembahan.”

Pada malam kemuncak, acara itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Mohd Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Zainuddin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Dr Ong Hong Peng.

Lantai Cilik 2 dihoskan Fimie Don dan Seri Nabilla serta menampilkan adik Nik Nur Amalin sebagai juri culik. Malah Jihan Raja Lawak yang juga calon Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2013 turut muncul sebagai pengacara sampingan di sisi adik Rykarl Iskandar.

Sementara itu, Norliza pula beranggapan pengalaman JKKN dalam bidang tarian kanak-kanak hasil kerjasama dengan RTM dan Kementerian Pendidikan yang menyokong penuh usaha JKKN untuk terus melatih Kumpulan Tunas Budaya selaku katalis dalam menyediakan generasi akan datang yang celik seni dan budaya terus dipertingkatkan.

“Kami terus komited untuk membimbing dan menggalakkan generasi muda Malaysia untuk mencintai seni dan budaya. Penggalakkan program berteraskan Pembangunan Modal Insan /Kelab Asuhan Seni seperti Kelab Asuhan Seni, Kelab Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat Budaya (KGB), Bimbingan Seni Budaya Rakyat (BSBR), Kelab Siswa Budaya (KSB), Sekolah Seni dan Jurulatih Seni Budaya Negara terus dipertingkatkan. Begitu juga dengan program PERMATA Seni Koir dan PERMATA Seni Tari yang merupakan program di bawah naungan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melalui PERMATA Seni serta diselaraskan urusannya oleh JKKN bagi membimbing kanak-kanak yang berbakat cemerlang dalam bidang seni tari dan koir di bawah lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.

“Jadi usaha ini tak akan pernah putus. Kerjasama strategik JKKN dengan RTM serta sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menguatkan lagi apa yang mahu diperjuangkan. Tahniah kepada pemenang.”

Lantai Cilik 2 (LC2) menjadi manifesto berterusan dalam mencari bakat luar biasa menerusi cabang tarian tradisional dan kontemporari. Kerjasama strategik dan berterusan antara RTM dan JKKN serta dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pertandingan tarian itu membuktikan kesungguhan ejen kerajaan itu memartabatkan kreativiti bakat muda di negara ini.

Program ini bukan sekadar mencari sang juara sebaliknya dalam perjalanan ke arah itu ia turut menonjolkan beberapa nilai positif dalam usaha mengembangkan kebolehan bakat muda terutama dalam tarian. Di samping itu ia dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja pasukan serta daya saing yang boleh dicontohi generasi muda.

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Tunas Tari Warisan Juara Lantai Cilik 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 10 Most Streamed Female Artists From Malaysia

Gambar Sekitar Konsert Teaterikal Suara Kita Bahagian Kedua