in

The Twilight Saga Movie Marathon di Cathay Cineleisure

The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 akan menemui penonton tak lama lagi. Ya, mulai tanggal 22 November nanti, semua peminat setia filem ini akan mengetahui kisah dan menonton lakonan hebat pelakon Twilight di pawagam.

Bersempena dengan tayangan filem penamat siri Twilight ini, Budiey dengan kerjasama Cathay Cineleisure dan Nusantara Edaran Filem Sdn Bhd akan mengadakan Twilight Movie Marathon pada 23 November, hari Jumaat bermula dari jam 8 malam sehingga 8 pagi.

The Twilight Saga Movie Marathon di Cathay Cineleisure

Event Movie Marathon ini akan diisi dengan cabutan bertuah dan juga macam-macam games yang akan dikendalikan oleh penyampai Red FM & NEF.

Ini bermakna selama 12 jam anda akan dihidangkan kesemua filem The Twilight. Sanggupkah anda?

Budiey yakin seyakinnya, ramai peminat setia siri ini teruja dan super duper excited untuk join Movie Marathon ini. Namun, Budiey hanya ada 20 tempat duduk untuk diberikan kepada pembaca setia budiey.com.

Kepada yang terpilih nanti, jangan lupa pakai baju tema Twilight untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. Anda bebas untuk memilih watak yang anda suka.

Bagaimana untuk mendapatkan tiket untuk mengikuti Movie Marathon ini, akan Budiey ceritakan pada entri yang akan datang. Yang pasti pemilihan pembaca adalah melalui satu peraduan yang akan Budiey adakan tak lama lagi. Korang nantikan ya.

Terima kasih Cathay Cineleisure & NEF atas kesudian menjemput pembaca budiey.com

Cathay Logo
Sedikit aturcara yang akan berlangsung 23 November ini:

8:00pm Registration / Ticket Redemption ( handle by respective media )
9:00pm to 11:10pm The Twilight Saga
11:20pm to 01:30am The Twilight Saga New Moon
01:40am to 03:45am The Twilight Saga Eclipse
03:55am to 05:55am The Twilight Saga Breaking Dawn Part 1
06:05am to 08:05am The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

LIKE entri ini jika anda mahu menyertai Movie Marathon ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen.

The Twilight Saga Breaking Dawn part 2

The Twilight Saga Breaking Dawn part 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Animasi Menghiburkan Dalam Slot Fuyoo Cuti Sekolah

Senarai Presenters & Persembahan Artis di Shout! Awards 2012