Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Tan Sri Megat Junid Megat Ayub Meninggal Dunia



Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tan Sri Megat Junid Megat Ayub , 65, telah meninggal dunia pada 5.25 pagi ini di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, akibat kanser tulang. Megat Junid yang memulakan karier politiknya pada 1972, pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri selama 13 tahun dan empat tahun sebagai menteri penuh. Allahyarham juga pernah menjadi Ketua Penerangan Umno dari tahun 2000 hingga 2003.

Ramai pemimpin negara dan orang kenamaan menziarahi untuk mengucapkan salam takziah, antaranya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Khalid Yunus. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai pada 5.25 pagi ini di sisi kedua-dua isterinya Puan Sri Faizah Shuaib dan Norzilah Jalil dan anak-anaknya, kata anaknya Megat Firdouz.

Jenazah allahyarham kemudian dibawa ke kediamannya di No.2, Jalan SS7/3 Kelana Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur. Anaknya Megat Firdouz berkata bapanya dapat tidur lena malam tadi berbanding sebelum ini. Katanya kanser prostat yang dihidapi bapanya bermula 16 bulan lepas dan semasa dikesan sudah berada pada peringkat keempat.

Megat Junid dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 19 Nov 2007 bagi mengeluarkan darah beku dari dalam perut. Allahyarham pernah menjalani rawatan membuang ketumbuhan pada kelenjar prostat di Singapura. Megat Firdouz berkata doktor memberitahu bahawa bahawa badan bapanya menjadi lemah disebabkan kanser yang dihidapinya sudah menjangkiti buah pinggang, hati dan paru-paru dan otak.

“Tidak ada apa-apa yang dapat kami lalukan sebab tekanan darahnya dan degupan jantungnya turun dan beliau sudah empat kali dimasukkan ke ICU,” katanya.

Megat Firdouz berkata bahawa pada pukul 4 pagi tadi, bapanya memberikan respons dengan menggenggam tangan beliau. Megat Junid dilahirkan di Kampung Bandar, Teluk Intan, Perak, pada 8 Dis 1942, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Mati, Teluk Intan pada tahun 1949 hingga 1953, sebelum melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, pada 1954. Sumber: BERNAMA

Salam takziah dari kami di Sensasi Selebriti kepada semua famili allahyarham termasuk isterinya… Ziela Jalil.

[tags]Bekas Menteri, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, menter meninggal dunia, tan sri megat junid passed away, death, dead megat junid, kanser tulang, senarai nama menteri[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak Ziela Jalil
  • Zed Zaidi, Fiz Fairuz, Zaryn Minn Dalam Drama Anum
  • BAND SWEET CHARITY – MALAY ROCK ICON HISTORY
  • Zaryn Minn Zed Zaidi Fizz Fairuz Drama Bersiri Anum
  • Drama Festival: Jangan Lupa Lakonan Ashraf Muslim di NTV7
  • Gambar Megat Evan Raez Anak Intan Sarafina
  • Kecoh Petang Raya… Lagi Lakonan Ogy Ahmad Daud, Adibah Nor
  • Drama Selamat Tinggal Sayang
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Sinopsis & Jalan Cerita Filem Libas



    • http://chuanling616.blogspot.com chuanling616

      hi..i know that u also got selected as top 100 bloggers by nuffnang on traffic jam…i wish to exchange blog link with u…i already add ur link in mine blog…

    • http://afham.blogmas.com afham

      al fatihah…

    • http://www.syamsulariff.com syamsulariff.com

      salam takziah buat keluarga allahyarham

    • Roshen

      Mudah-mudahan rohnya di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
      Amin



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK