in

Malam Cipta Ekpres 2008, Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza & Barisan Nasional

Walaupun popular, Siti Nurhaliza masih belum bersedia untuk bergelar orang politik. Malah, dia memang tak terlintas pun untuk menjadi wakil rakyat. Siti masih tidak mahu menggunakan pengaruh hasil dari sedekad dalam bidang seni suara untuk menjadi orang politik. Dunia Siti lebih kepada dunia nyanyian. Akan tetapi, apabila ditanya tentang politik, Siti Nurhaliza menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Siti Nurhaliza telah menubuhkan Yayasan Nurjiwa untuk membantu Siti Nurhaliza mendekati masyarakat. Itu satu usaha yang harus kita puji dan dicontohi oleh semua artis.

Pada 14 Januari lalu, Malam Cipta Ekpres 2008 telah berlangsung selama 3 hari di Port Dickson. Dianjurkan oleh badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP), majlis itu telah berjaya menghasilkan lagu-lagu untuk album tradisional Siti. Sebanyak 12 lagu telah pun dihasilkan setelah 3 tahun mencari lagu tradisional yang bermutu. Diilhamkan oleh komposer dan penulis lirik kreatif dan menghasilakan lagu bermutu.

Nampaknya tahun 2008, satu lagi album akan dilahirkan oleh Siti Nurhaliza. Namun, bolehkah dengan penciptaan lagu yang singkat itu dapat memberikan impak kepada album tersebut? Sama-samalah kita tunggu hasilnya.

Saksikan Siti Nurhaliza di Anugerah Juara Lagu dan undilah Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007.

[tags]Datin Seri Siti Nurhaliza, wallpaper, screensaver free, Sokong Barisan Nasional, parti malaysia, gambar siti nurhaliza, yayasan nurjiwa, Malam Cipta Ekpres 2008, dunia siti, profile abdullah ahmad badawi, meninggal, cinta siti, history siti[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tan Sri Megat Junid Megat Ayub Meninggal Dunia

OIAM: Pre-Record, Iz Tersingkir & Nasib Top 7