Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Featured Video di BUDIEY.COM
Shila Amzah - Rolling In The Deep by Adele di #PartyBudiey



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Rahsia Payudara Gebu & Anjal!
www.payudara2u.com

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, Pavilion

July 28th, 2008 | Category: Erin Malek |
1,532 Comments »


Pada 19 Julai lalu, Budiey dijemput oleh ibu kepada pelakon yang semakin bersinar bakatnya, Erin Malek ke Parti Sambutan Hari Jadi Erin Malek yang ke-14. Dilangsungkan di Pusat Karaoke Red Box Plus, Pavilion, parti itu turut meriah kerana diraikan bersama dengan rakan-rakan Erin Malek antaranya Errynne Erynna, pelakon Ariel dan ramai lagi termasuk juga sanak saudara serta kenalan dari produksi filem.

Tidak terlewat untuk Budiey ucapkan selamat hari jadi yang ke 14 kepada Erin Malek. Semoga bintangmu semakin bersinar dan terus mengecapi kejayaan dalam bidang lakonan di masa akan datang.

Malam itu, katanya mereka berkaraoke sambil meraikan befday Erin sampai jam 3 pagi. Mesti seronokkan? Tapi Budiey terpaksa pulang awal sebab nak kena attend Voting Party MTV Asia Awards di Zouk KL.

Kepada ibu Erin, Puan Harryzah Abu Hassan… Budiey ucap terima kasih kerana sudi menjemput dan sudi kasi bahan eksklusif untuk Sensasi Selebriti. Juga terima kasih kerana sudi melawat blog ini setiap hari… mesti akak selalu baca komen daripada peminat Erin kat sini kan?

Budiey sempat juga berbual seketika dengan pelakon genit ini. Sebenarnya gadis yang mempunyai nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini mula berjinak dalam bidang lakonan sejak empat tahun lalu menerusi filem Bilut.

Erin Malek bersama seorang kawannya yang juga seorang model iklan. Jangan gossip mereka berdua ya. Mereka hanya kawan. Peminat Erin jangan gigit jari lak ya.

Bersama Errynne Errynna, rakan artis yang paling rapat dengan Erin yang juga pelakon Congkak.

“Happy Birthday to Erin!”

Erin begitu minat dalam bidang lakonan sebab selalu mengikut ayahnya yang bekerja sebagai jurukamera ke set pengambaran drama dan filem. Dari situ timbul nalurinya ingin menjadi pelakon dan mengimpikan untuk menjadi bintang dan ratu drama dan filem suatu hari nanti.

Watak paling mencabar bagi Erin adalah watak dia dirasuk dalam filem Congkak. Melihat kepada jadualnya yang begitu ketat, sehingga kadang-kadang Erin terpaksa mengambil cuti tetapi masih lagi belajar di set pengambaran, tidak terganggu ke pelajaran Erin? Katanya, itulah satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Erin. Yang penting Erin terpaksa membahagikan masa dan menggunakan konsentrasi serta fokus kepada apa yang ingin dibuatnya.

Tahun depan, Erin mahu berehat dari dunia lakonan untuk bersiap sedia menghadapi PMR. Erin tidak punyai ramai kawan dan selalu sahaja menghabiskan masa luangnya di rumah di samping ada private tutor di rumah.

Keesokannya, Erin khabarnya terpaksa ke Ipoh untuk satu pengambaran drama dan akan berada di sana selama seminggu.

Buat Erin, semoga segalanya baik-baik sahaja. Selamat hari jadimu yang ke-14 dari kami.

[tags]body kit, car, gambar, getz, hyundai, kereta, modified, myvi, perodua, suzuki, tara stiles videos, tight baby top, tight tara stiles, video klip, masalah, nadia mustafa, raja azmi, budiey.com, blogspot, renew roadtax[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Happy Birthday Erin Malek
  • Gambar Erin Malek di Malam Penghargaan Metrowealth
  • Erin Malek Dapat Hadiah iPhone 3GS & Beg GUCCI
  • Erin Malek Histeria Gara-Gara Durja Ningsun
  • Eksklusif Gambar Terbaru Keluarga Erin Malek
  • Erin Malek Berjaya Lulus Lesen Menyelam
  • Selamat Hari Jadi Erin Malek ke-16
  • Telemovie Lari Sayang Lari
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Gambar Bittersweet & One Buck Short @ Voting Party MTV Asia Awards












  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK