in ,

Di Sebalik Think Blue. – Volkswagen

[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini, ada beberapa orang selebriti yang Budiey dengar, mereka sangat berminat untuk membeli kereta Volkswagen. Baguslah, orang kata, bila ada kereta ni, senang sikit untuk ke mana saje.

Budiey sempat bertanya, sebab-sebab mengapa mereka suka sangat memandu kereta Volkswagen ni. Kata mereka sebab mereka suka dengan falsafah Think Blue. yang diketengahkan. Jadi, persoalan yang bermain di minda Budiey sekarang ini, apa itu Think Blue.?

Think Blue. Volkswagen

Think Blue., sebenarnya bukan sekadar falsafah Volkswagen malah ia mewakili kemampanan. Volkswagen yang menggabungkan perlindungan alam sekitar dan kemajuan automatif. Ia melangkau teknologi yang semua dari kita tahu, akan sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Think Blue. – National Challenge 2013

thinkblue

[dropcap]D[/dropcap]alam pada Budiey duk cari info tentang Think Blue. ni, Budiey terjumpa satu info menarik di mana Volkswagen sedang mengadakan satu peraduan iaitu Think Blue. – National Challenge 2013. Wow! Budiey sangat excited bila dapat tahu hadiah menarik yang menanti pemenang peraduan ini. Siapa tak nak kalau hadiahnya menawarkan percutian yang sangat ohsem di Jerman. Budiey pun nak join peraduan ni. Budiey kira, peraduan ini kira berjaya menyebarkan pasal Think Blue. dan betapa pentingnya kita menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan minyak.

[pullquote align=”right”]Peraduan Think Blue. – National Challenge 2013 ini sudah pun bermula dari 1 hingga 21 Julai 2013. Budiey rasa, walaupun masih ada banyak masa lagi, tapi Budiey tak nak bertangguh lagi. Kalau boleh hari ni jugak Budiey akan sertai cabaran ini.[/pullquote]

Budiey dapat tahu, ada 2 langkah untuk menyertainya iaitu, dengan mendaftar di mana-mana cawangan Volkswagen seluruh Malaysia. Kedua, kita kenalah bermain secara online menerusi Facebook di www.facebook.com/VolkswagenMalaysia.

Seperti peraduan lain, peraduan ini ada syarat yang ditetapkan iaitu kita kenalah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai lesen memandu yang sah di Malaysia.

Jika nama kita berjaya disenarai-pendekkan, semua peserta yang terpilih akan dikumpulkan di Think Blue. – National Challenge 2013 yang akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos ini. Di situ, semua peserta akan bertarung sesama sendiri untuk memandu kereta Volkswagen yang sebenar untuk dinobatkan sebagai pemandu Malaysia paling efisen.

Bagi Budiey, bila baca beberapa artikel di akhbar baru-baru ini, Think Blue. bukan hanya sekadar menghasilkan kenderaan yang mesra-alam. Think Blue. juga merangkumi matlamat Volkswagen untuk mencipta produk serta penyelesaian yang mesra-alam. Pendek kata, ia menggalakkan kita semua lebih peka terhadap alam sekitar, dan menyumbangkan kepada masa hadapan yang lebih lestari.

Bagus sangat la tu kan? Budiey rasa patutnya ada ramai dan banyak lagi produk yang mengetengahkan konsep alam sekitar seperti Volkswagen. Satu usaha yang harus kita puji.

Think Blue. Volkswagen

[dropcap]S[/dropcap]ekurangnya, Volkswagen ada tanggungjawab dan peranan, bukan sahaja kepada pengguna tapi juga kepada alam sekitar yang serius dan berterusan. Kalau kita tengok dengan keadaan pencemaran udara zaman sekarang ni, Budiey rasa ia bertambah teruk. Udara dah tak berkualiti dan sentiasa dicemari dengan bahan-bahan beracun. Tambahan lagi, bila tinggal di ibu kota metropolitan yang sentiasa sesak dengan kenderaan ni. Memang lemas sebab asap banyak.

Jadi, Think Blue. dilaksanakan atas dasar mahu melestarikan alam sekitar melalui penggunaan petrol secara ekonomi dan perendahan karbon untuk masa depan yang lebih harmoni dengan udara yang lebih segar.

Anda semua sedia maklum, Karbon Dioksida ni memang berbahaya kepada alam sekitar. Suhu bumi kita akan jadi lebih panas bila gas ini terlalu banyak dilepaskan. Jadi, Think Blue. dicanang untuk mengurangkan pelepasan gas merbahaya seperti Karbon Dioksida ini. Budiey senang untuk memberi contoh kepada kereta Volkswagen Golf 1.4 TSI yang hanya melepaskan kandungan Karbon Dioksida yang cukup rendah iaitu sebanyak 116/km dan menggunakan bahan api yang rendah iaitu sebanyak 5.0 liter / 100km.

Think Blue. Volkswagen

[dropcap]T[/dropcap]eknologi teras yang telah dijana di bawah payungan “Think Blue.” terdiri daripada rangkaian produk TSI dan DSG yang menampilkan strategi “downsizing” melalui penawaran kuasa yang maksima dan pengunaan bahan api serta penghasilan bahan buangan yang minima.

Resipi untuk kejayaan enjin TSI Volkswagen ini telah dianugerahkan Engine of the Year Award selama 8 tahun berturut-turut. Pengurangan saiz enjin telah membawa kecekapan yang lebih baik, kerana di situ kurang kehilangan kuasa akibat geseran. Enjin yang lebih kecil juga mempunyai kelebihan kerana ia lebih ringan.

Kecanggihan teknologi yang sangat inovatif ini dilihat dapat memelihara alam sekitar ini. Setelah diamati betul-betul, Budiey kira, memang kena dengan konsep Think Blue di mana konsep ini sesuai untuk semua orang tahu dan amalkan. Ye lah, kita nak duduk di bumi ini bukan untuk sehari dua. Kita juga perlu ingat, ini semua untuk generasi yang akan datang. Jadi, konsep Think Blue ini patut diamalkan dan diterapkan dalam setiap gaya hidup kita. Sekurang-kurangnya kita tahu, betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Tengoklah yang berlalu beberapa minggu yang lalu semasa negara kita dilanda jerebu. Haa, memang ada yang insaf sekejap sebab bila udara kita kotor sikit je, kita akan ditimpa banyak penyakit dan ini semua akan menjejaskan kehidupan seharian kita.

Masa depan cemerlang menanti usaha-usaha Volkswagen dengan Think Blue. Think Blue. merupakan tingkah laku yang merentasi produk dan teknologi. Ia adalah etos Volkswagen yang menyeru terhadap pengunaan bahan api serta penghasilan bahan buangan yang minima. Selain ia menjimatkan penggunaaan minyak petrol, seruan Think Blue. ini juga dapat mengurangkan pembaziran wang saku kita.

Inilah peluang untuk anda menjadi pemandu paling efisen Malaysia. Sertailah peraduan Think Blue. – National Challenge sebelum 21 Julai 2013 untuk memenangi peluang ke Germany.

Nak info lanjut lagi, boleh layari: thinkblue.volkswagen.com.my

Think Blue. Volkswagen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari & Scha Alyahya Tangguh Tunai Umrah Gara-Gara Visa?

Ana Dahlia Bawa Watak Wanita Cacat Dalam Drama Cinta Yang Satu