in

ETCM Lancar Stesen Pengecasan EV di Bangsar Shopping Centre

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan First Energy Networks Sdn Bhd (FEN) telah bekerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membina stesen pengecasan dengan peralatannya dibekalkan oleh pihak General Electric (GE).

Usaha ini dibuat selepas pembinaan dua buah Stesen Pengecasan EV FEN yang pertama di Bukit Bintang, KLCC dan pusat membeli-belah Lot 10 pada tahun lalu. Selain stesen pengecasan ketiga di Petronas Solaris, Serdang. BSC merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan rangkaian syarikat kerana FEN mensasarkan lebih banyak pusat beli belah dan tempat awam untuk pemasangan pusat pengecasan ini.

Memorable test drive

Kenangan pandu uji: Pelanggan BSC diberi peluang untuk pandu uji dan menikmati sifar emisi Nissan LEAF.

[pullquote align=”right”]Satu pengalaman baharu buat para pemilik LEAF, kini boleh Bangsar Shopping Centre untuk mengecas kereta mereka sambil membeli belah.[/pullquote]

Stesen Pengecasan di BSC terletak di tempat letak kereta Level LG dan para pemilik EV boleh mengecas bateri kenderaan masing-masing menggunakan DuraStation buatan GE ketika mereka berada di pusat membeli-belah tersebut. DuraStation yang merupakan pengecaj tahap ke-2 menawarkan proses pengecasan kenderaan lebih pantas berbanding pengecas plug-in (tahap 1). Ini adalah penyelesaian ideal untuk mengecas selain di rumah kerana DuraStation mampu mengurangkan masa mengecas dari 12-18 jam kepada 4-8 jam, berdasarkan kepada bateri 24kwh dan caj sepenuhnya.

Pemasangan Stesen Pengecasan EV di Kuala Lumpur (dan di bandar-bandar lain pada masa depan) melengkapkan pengenalan kereta elektrik sepenuhnya Nissan LEAF oleh ETCM pada suku ketiga 2013. Para pemilik Nissan LEAF pada masa akan datang yang tinggal di Bangsar dan kawasan sekitarnya boleh mengecas EV mereka secara percuma sepanjang fasa pertama di BSC ketika membeli-belah, makan atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di pusat beli-belah itu.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata:

“Sifar emisi sudah menjadi komitmen kami. Justeru, kami berusaha untuk meluaskan infrastruktur pengecasan EV secara perlahan-lahan di lokasi-lokasi lebih strategik dan relevan. Demi menjadikannya satu realiti, fokus kini diberikan di kawasan Lembah Klang. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak BSC untuk inisiatif hijau ini dan berharap lebih ramai orang akan menggunakan Nissan LEAF sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka tidak lama lagi. Kami juga berbangga kerana mempunyai GE sebagai sebahagian daripada inisiatif ini.”

Penolong Pengurus Besar, Pengurusan Aset dan Hartanah BRDB, Vincent Tan berkata:

“Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan ETCM dan FEN, serta dipilih sebagai lokasi pembinaan stesen pengecasan EV. Sejak dahulu lagi, BSC telah mengalami evolusi menjadi pusat gaya hidup utama dan penghubung dalam kalangan komuniti setempat. Jadi, inisiatif berkaitan pemuliharaan alam sekitar adalah sesuatu yang dekat di hati kami. Melihat kepada profail klien kami, saya yakin ramai bakal mendapat manfaat daripada stesen pengecasan yang terletak di tingkat LG. Kami akan terus meningkatkan usaha hijau kami di dalam pusat beli-belah ini demi komuniti yang lebih sihat.”

Pengarah Akaun Utama dan Inisiatif-insiatif Pertumbuhan GE ASEAN, Azli Mohamed berkata,

“Kami berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada usaha FEN untuk meningkatkan kesedaran dan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia. Keterlibatan ini membentuk sebahagian daripada strategi keseluruhan kami, selain komitmen untuk membawa Malaysia lebih dekat dalam membangunkan rangka tindakan bagi Rangka Kerja Infrstruktur EV.”

Sejak tahun lalu, ETCM telah menjalankan Program Perintis Duta Nissan LEAF untuk mewujudkan kesedaran mengenai manfaat dan aspek pemanduan kenderaan elektrik. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga kumpulan berbeza dijemput untuk memandu Nissan LEAF selama enam minggu, berkongsi pengalaman mereka dengan rakan masing-masing dan dalam media sosial.

Program Perintis Duta Nissan LEAF secara rasminya telah berakhir dengan kejayaan program tersebut serta siri jelajah di seluruh Negara. ETCM dijangka melancarkan Nissan LEAF menjelang suku ketiga tahun 2013. EV itu telah memenangi pelbagai anugerah seperti ‘Car of the Year’ di Eropah dan Jepun. Di samping anugerah ‘Green Award of the Year’ dan ‘Eco Innovation Award of the Year’ di Malaysia. Dengan enjin sifar emisinya, ia telah memulakan dimensi baharu pemotoran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web: www.nissan.com.my.

The EV Charging Station launch

Pelancaran stesen pengecasan EV: Dari kiri: Azli Ahmad, Pengarah Growth Initiatives dan Key Account, GE Asean, Dato’ David Chen, Pengarah Eksekutif ETCM, Vincent Tan, Penolong Pengurus Besar, Asset dan Property Management, BRDB and Reza Mutalib, Pengarah FEN melagakkan tanda sifar melambangkan sifar emisi Nissan LEAF.

Electric driven

Gaya hidup baru: Dato’ David Chen, Pengarah Eksekutif ETCM mengecaj Nissan LEAF di stesen pengecasan EV di aras LG, BSC, dengan memperkenalkan gaya hidup baru kepada masyarakat Malaysia.

A brand new lifestyle

Dato’ David Chen, Pengarah Eksekutif ETCM mengecaj kereta elektrik sepenuhnya Nissan LEAF semasa pelancaran gambit stesen pengecasan EV di Bangsar Shopping Centre.

Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan sayap jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, Kumpulan terlibat dalam proses pemasangan dan pengedaran kenderaan. Untuk melengkapkan perniagaan auto TCMH, ia menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap seperti perkhidmatan selepas jualan kenderaan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggannya di ASEAN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amazing Thailand Grand Sale with AirAsia’s Promotional Fares

Sakinah Bakal Isteri Kedua Ashraf Muslim?