in , ,

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Sah Nikah di Thailand

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Nikah

Selamat pengantin baru keppada pelakon Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, sah bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, di Songkhla, Thailand pada pertengahan Februari lalu. Bapa pemain bola sepak itu, Abdul Radzak Salleh, 59, berkata, Aidil Zafuan mengesahkan berita tersebut melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, dua hari lepas.   ‘‘Di sini, saya mahu mengesahkan anak lelaki saya sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita yang digempar-gemburkan sebelum ini adalah benar,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Selepas lebih 10 bulan bergelar suami isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, akhirnya membuka cerita ‘pernikahan rahsia’ mereka. Kepada Aidil, dia terbuka hati untuk mendedahkan kehidupan rahsia mereka itu kepada keluarga kira-kira sebulan lalu selepas Rita disahkan hamil dua bulan.

“Saya tidak berniat membelakangkan keluarga, cuma masanya belum sesuai. Saya mendapat kekuatan untuk memberitahu status kami selepas Rita hamil dan kami akan mendapat anak,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Rita di Hotel Crown Princess di sini semalam.

JIKA dulu makan pun sembunyi-sembunyi, kini Rita sudah selesa menyuap makanan ke mulut Aidil Zafuan selepas sidang akhbar mereka di Kuala Lumpur semalam. Hanya Aidil yang banyak bercakap pada sidang akhbar itu sementara Rita lebih suka mendiamkan diri selepas difahamkan sedang berhadapan dengan alahan teruk prakehamilan.

Pasangan itu bagaimanapun masih berahsia mengenai punca tindakan mereka bernikah di Selatan Thailand pada 25 Februari lalu. 

“Kenapa kami pilih nikah di sana, itu biarlah jadi rahsia kami,” katanya.

Menurut Aidil, dia mengambil keputusan menikahi Rita setelah yakin bersedia menjadi suami dan ketua keluarga meskipun usianya jauh lebih muda.

“Soal perbezaan umur kami bukan halangan bila sudah serasi,” katanya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. si rita nie pun 1 suka sangat sorok cerita. dah bernikah ngaku ajer lah nie tak twist & turn. @ last nikah kat golok ape kat m’sia tak leh nikah ke? umur 32 tahun tapi tak pakai kepala!

  2. anyway congratz to both of them…aku ske pasangan ni sbb sweet..umur bkn pghalang…pasal yg diorg rahsia 2 no komen la…kite org luar xtau ape sbb nyer…..

  3. dah nikah dah makcik rita kita nie..semoga kekal jodoh hingga ke akhir hayat.. awat nikah kat golok… nikahlaa kat mesia.. org sekarang tak kisah janda ke anak dara tua kaa..yang penting suka sama suka

  4. Amboi..awai Atuk..tak boleh mnoreh la tu..mklum la hjan..hehehe..
    kawen gak ye..ingat kot bercinta ja..tak kisah la tua 11 thn ka..20 thn ka jnji suka sama suka…jgn men’caras’ hak org sudah le ..tak gitu Atuk..
    sis Hnyb..meowwww….meowwww….heheheheh…

  5. Gelinye… ntah pape agknye diorang nie . Mengikut statement kat atas nun , rasanya orang tua si jejaka sengal tu tak tau tentang pernikahan tu . Benda baik watpe nak sembunyi2 . Masa kes bertarik rambut berebut jantan dulu tu bleh plak kecoh2 . Ni wat hal yang baik , bleh cover2 plak . tak faham betul . Agaknye tok kadi kat thailand tu lebih bagus dari tok kadi kat Malaysia nie .

  6. Alahai,,sedeynyer,,kiter minat giler kt Aidil Zafuan tuh!!huhuhuhu
    frust menongeng aku nih..
    Alahai A.Z aku cinta sgt kt A.Z..

  7. Mungkin da jodoh derang ni kot.. Tapi kalau bende baek macam ni kenapa nak disorok2 sampai nikah kat siam.. Mesti sumthing wrong sum where..

  8. apalah korg ni..org dah kawin korg kecoh2 pulak…masa kes gaduh dulu siapa yg kecohkan?aku rasa bkn dia..betul aku setuju tu..bukannya dia amik laki org pun, yg korg kesah sgt kenapa?pasal dia nikah kat thailand tu mmglah musykil ckit tapi bler dipikir balik lantak diorglah nak kawin kat mana pun…dari diorg buat dosa takde ikatan apa2..baik lagi korg dengar citer diorg kawin secara sah daripada citer diorg kena tangkap basah kat songkla, thailand tu..

  9. waaaa…. aku kecewa la…
    pernah tengok dia main bola masa lawan chelsea ari tue…
    mmg handsome gak la mamat nie…
    anyway..
    selamat pengantin baru….
    aku harap kekal selamanya….
    hehehe…..

  10. Awan yang terpilu,frust menonggeng apanya.Tekellah adik beradik kembar
    nya,juga pemain bola kebangsaan.Doakan lah kebahagian Rita.

  11. 2la..sian kt bapaknye la..da la bpak c kmbr ni xbpe nk sht..skli dgr cte ank die cmni..xtau le cmne..nwy, bnde da jd so doakn jela yg t’baik tuk dorg b’2..da 2 plihan dorg..mse dpn & yg kwin 2,dorg..kte hnye sbg p’merhati je..=)

  12. akuu rasa taste rita ni kt org kembar kot..
    ex-husband(Akbar, pengacara scoreboard) dia dulu pun kembar gak..

  13. alah..kejap jak tu..yg pmpuan tu x lama lg kering la tu..nanti pandai lah yg jantan tu cari makan kat warung,entah mana la..

  14. Biar la diorang kawen. Kawen pun korang bising ye. At least diaorang tak berzina, perkahwinan diaorang pun sah tak kira di mana kahwin.

    Bab2 dia sorok tu ada la sebab agaknya yang tak perlu diberitahu pada semua orang.

    Mana korang tahu bapak dia tak setuju/tak tahu dia kawen?

  15. lar..bukan salah rita pun..mb family hubby die x suke.. yelar..janda..tp xde kntroversi sgt..cume kes ngn lisda tu jek..bkn die nk bende tu jadi..drpd dieorg wat bende x snonoh..baek dieorg kawen..x gitu..
    neway..congrates..

  16. myMetro >> Mutakhir

    Aidil Zafuan ‘berlakon’ bujang

    SEREMBAN: Keluarga Aidil Zafuan Abdul Razak tidak menyangka pemain bola sepak kebangsaan itu sudahpun berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini sejak Februari lalu kerana dia didapati pandai “berlakon” seperti seorang yang masih bujang.

    Bapanya Abdul Razak Salleh, 59, dan ibunya, Azizah Arshat, 56, baru mendapat tahu pada Ahad lepas mengenai perkahwinan yang dijalankan di Thailand daripada seorang anak perempuan mereka.

    “Tak nampak dia macam sudah sudah berkahwin. Perangai dia macam biasa, …terkejutlah kami,” kata Abdul Razak kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

    **Dh biasa brlakon sgt .. last2 kawin btul2 pun leh brlakon gak …. waduh …

  17. Ksian gak kat family Zafuan kan tp tu la..nk wat cmne..
    cinta tnpa restu keluarga kot???klu x,xkan kawen kat siam..tul tu..dri benda jd cam kes NH..lebih baik dorang kawen cuma tmpat dan cara tu je yg salah..apepe pun benda dh jadi..

  18. Inilah contoh anak yang tidak tahu membalas budi ibu bapa
    tak tahu jaga air muka org tua
    kerana perempuan & hati
    lupa rasa hormat ibu dan ayah
    hampa hati dan keringgat ayah bonda

  19. harap semua peminatku bertenang..
    saya akan berusaha meningkatkan mutu permainan..
    kalah kpd siam bkn bermaksud klh selamanya..
    kami akn bangkit..

  20. Kalau nak kawin pun buat apa tak jumpa dan beritahu mak ayah minta tu .Kecil hati mereka . Tengok muka maka ayah Zafuan kat TV tu kasihan ….Maklum la anak kawin tapi tak beritahu kan .Kenapa Zafuan dan Rita tu nak rahsiakan sangat . Apa 2 hal pun kena minta restu mal ayah supaya ada keberkatan .

  21. WEH bluemoon.
    ko ni lg 1 bdh..
    sama je ngan rosnah mat aris tu..
    yg ko nak pgi samakna isteri nabi org yg mulia ngan si rita ni buat ape?
    rita tu dah la janda,,, pastu lak pelakon…
    pelakon sini pegang, pelakon sana pegang, tu pon ko nak samakna ngan isteri nabi lg?
    bleh x ko bezakan lg kecut kecut plk..
    dah nama nya pon artis kan…
    memg la truk gler…
    mak ayah zakuan tu x suker la tu sebb rita tu dah tua sgt.. anak dorg tu da la hensem gler, muda n mentah lgik plak tu..
    mana la pdn nagn anak mrk si zakuan tu
    lu org pikir la sendiri!!!!!!!!!!!!!!!111

  22. dorg khwn kt thailand sbb fmli aidil xrestu la 2..klu restu wat pe lak nikah kt sana..kekdg masyarakt mlyu ni ssh gak..klu lelaki tua khwn pompuan mda k je.tp bl part janda khwn lelaki muda,bjg lak 2,mle la ckp mcm2..kne mendrem la,xsuai la..umo xjd hal.yg tua 2 buruk sgt ke?..pd yg berkenaan bw la bebncg..benda baik bkn wat bnd xsnonoh..

  23. sori la wan..
    bkn xnk ajok..
    cumo den xckup bajet lor skg..
    pasai gaji bola pn xsberapo..
    bnyk kaloh plak tu

  24. skang nie problem bkn lg umur..tapi kahwin x mtk restu family!camne nak berhadapan dengan family lepas nie?yang family pula mesti malu gile!dah la kahwin dengan owg tua.si rita tu nama je dah tua..tp otak xtaw ntah p mana.wtf!

  25. nape kne nikah kat malaysia?

    supaya pernikahannye di jamin sah
    oleh jabatan agama islam(owg yg menikahkan di beri tauliah)
    proses dan syarat mengikut syarak
    so that mase akn dtg,anak2,cerai atau kes berkaitan agama xde masalah
    kan diowg owg islam
    bukan problem kahwin kat malaysia sebab owg tak terima

    skang siapa boleh buktikan nikah diowg sah atau x?
    anybody?

    pk lah hati family
    mak ayah…
    bela sampai jdk manusia yg berjaya

    pesan Rasulullah s.a.w
    ibumu,ibumu,ibumu
    kemudian ayahmu

    p/s: semua ini adalah pendapat peribadi shj

  26. klu family c zafuan tuy x restu apa masalahnya sampai kene kawen kat thailand….bukan lelaki tuy yg kene bwk bapak dia jadi wali…..lagipon rita tuy dah janda….kita ni jdkan la iktibar atas apa yg diorg wat tuy…tp jgn ikut lak yer….2 both of them selamat pengantin x bapa baru (sb kawen dah lama skg baru kecoh)….semoga tindakan yg anda lakukan tak memberi kekesalan kepada anda berdua di kemudian hari….jgn jadi anak derhaka…

  27. Bodoh2 rita tu… nk kawen wat la cara elok2. Ko tipu bdk mentah bongok tu blh la.

    Yang laki tu sangap ke hape ntah. X tahan sgt ke? Mak Pak ko besarkan ko susah2 ko wat cmni lak? Restu beb, restu. Korang x dpt.

  28. haishh…mmg xde pe yg blh d’ckpkn m’lainkn hnye ksian kt fmly aidil..mak pak die ssh pyh mengawal emosi tuk trime knyataan nih..~

  29. huhuhuhuh………..awat muda sangat aidil kawin. x pa ar……. adik dia kan ada. hehehe…… tp takkan zaquan pun tak taw.

  30. knpe laa nikah snyp2…skrng smua dpt malu!!ksian kat mak bpk aidil!!!harap mak bpk aidil tbh la yeark!!!!!!!!!

  31. myMetro >> 19 Disember >> Setempat
    ‘Kami tak larikan diri’
    Oleh Rudy Imran Shamsudin
    [email protected]

    KUALA LUMPUR: “Saya rayu pihak media memberi ruang kepada saya mahupun isteri menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami tampil memberikan sidang akhbar,” kata Mohd Aidil Zafuan, 21, yang dihubungi bagi mendapatkan kenyataan balas mengenai pernikahannya dengan pelakon popular, Rita Rudaini, 33.

    Mohd Aidil turut meminta semua pihak menghormati pendiriannya dengan tidak mengganggu atau cuba mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya mahupun keluarga Rita.

    “Saya akui dalam hal ini saya yang bersalah dan kerana itu kami memohon maaf kepada ibu bapa saya dan keluarga.

    “Tidak dinafikan dalam hal ini saya sepatutnya tampil dan memberikan kenyataan mengenai perkara ini, cuma masalahnya sekarang masa tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara yang perlu saya dan Rita selesaikan terlebih dulu.

    “Nantilah, apabila segalanya sudah beres, saya bersama Rita akan mengadakan sidang media dan menjemput semua rakan wartawan serta menjawab segala soalan berbangkit,” katanya.

    Mohd Aidil juga menafikan dia dan Rita cuba melarikan diri daripada media dengan menegaskan tiada apa yang mahu disorok kerana perkara sudah berlaku dan perkahwinan itu dibuat dengan tujuan baik.

    “Saya bimbang kalau sidang akhbar diadakan sekarang, nanti ia akan berpanjangan, sekali gus memberikan kesan kepada semua orang bukan saja saya dan Rita, malah keluarga.

    “Tekanan diberikan pihak luar yang mahu mendapatkan kenyataan balas kami mahupun ahli keluarga lain juga akan mempengaruhi kesihatan ibu bapa saya.

    “Kasihanilah mereka dalam hal ini kerana ibu bapa saya tidak bersalah,” katanya lagi tanpa mahu mengulas panjang.

    Kelmarin keluarga Mohd Aidil, mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai pernikahan Mohd Aidil dan Rita di Selatan Thailand 25 Februari lalu.

    Dalam kenyataan diberikan bapa Mohd Aidil, Abd Radzak Saleh, 59 menyatakan keluarganya menerima kenyataan membabitkan pernikahan itu tetapi terkilan kerana ia dirahsiakan.

    *10 bulan .. klau sbur- mau Rita dlm pantang dh ni! Hiii..

    *Brcinta ..wat PC, nk brtunang.. wat PC, nk kawin.. wat PC, brcerai .. wat PC .. hmm .. kawin sorok2 pn wat PC gak .. aduihhh…

  32. Benda baik pun kalau tak dapat restu mak bapa mcm mana?? Jgn kecewakan bapa yg membesarkan kita. sakit hati mak ayah kalau buat benda yg mereka tak restu. .. jadi lah anak yg taat ibu bapa.. kalau nak bau syurga..

    Susah-susah suruh ja Rita tu kawin dgn ayah Zafuan pulak… baru ngam..

  33. waduh2! da kawen no si aidil 2..huhu..huhu…mlepas lar aku..ensem bangat la dier..aku suka…aku suka…tut2 da jd laki owang,ape pn camat pgantin br la….bcoz dier kawen ngn rita xper g coz aku minat gak si rita ne…nsb kawen ngn rita..lau dier kawen ngn fasha ke..silap aribln aku p tembak pakai m16…smoga bhgia ke ank cucu aku doakn…nti ank diorg mesti comey2 kn…adios…

  34. ntahh lerr susah nak ckp..kesal ada,kesian pun ada,nape aidil ngn rita??xbrapa sesuai.. mka ensem cr la bini muda n cun..
    WHATEVERR….

  35. whatever.. mga zaquan dpt jd penyejuk hati mak ayah depa…
    aku tetap minat zaquan wlaupun aidil lg ensem..huhu

  36. adoi… sengal tol la si rita ni mcm la m”sia ni HARAM kalu nk kawen. name jek artis wat jatohkn martabat kaum wanitala die ni bg llk kawen FREE dok betolla minah ni… t senang2 jek die pasang lain sb die tau ppuan skrg senag DAPAT muke cun tp HAMPEH!!!!! SENGAL…………………

  37. Alamak Rita..
    Mu janda, Aidil teruna.. nikah ajelah pat sini yg pi nikah pat golok buat aper… Kan dah kecoh satu malaya pasai perbuatan u all..
    Apa nak jadi dgn artis2 msia kita ni ya..
    Yg Rosnah Mat Aris nikah pat cni tapi tak ngaku dah nikah..
    Kecoh2…

  38. Lagi satu baru ku perasan yg Rita ni suka lelaki yg berkembar eh..
    dulu ex hubby dia pun berkembar… yg ni pun berkembar..
    Wat a coincidence eh !

    Naper nak senyap2.. Nikahkan pekara yg baik..
    Nasib baik rita tak bunting.. kalo tidak kan dah dtg fitnah bidaah buat orang mengata yg bukan2.. padahal korang dah jadi suami isteri.

    Aidil ko lelaki tak perlukan wali.. w’pun orang tua mu tak restu tapi ada baik jgn membelakangkan dorang.
    Kalo btol2 ko ikhlas nak peristerikan rita. nikah je lah.. yg ko gi bohong kedua orang tua yg membesarkan ko buat apa… ish!!
    Takpe tiba masa nanti.. ko jugak akan jadi orang tua.. tat time baru lah ko rasa mcmana susahnyer nak membesarkan anak.

    Mendapat restu dari orangtua lebih berkat hidup kita.

  39. tahniah rita… korg ni x baek taw… karg nanti jd cam sorg artis tu, putus cinta sampai skrg, umo dah dekat 50 masih x kawin2. klu merana selama2nya lagi susah…mungkin rita dah byk menderita. jika sudah namanya cinta, lautan api pun sanggup di redah. jodoh pertemuan semuanya ketetapan tuhan. ko x tau tabuan… ko jgn cakap sebargn. ko x penah rasa betapa deritanya cinta yg x memuaskan hati masyarakat. perkahwinan itu sesuatu yg suci. menggelakkan sesuatu yg keji & mungkar seperti zina. bersama menderita, x bersama bagai x ada jiwa.

  40. x pela.. klau kak rita n abg aidil dah nikah pun, tak salah.. tp apa kata kak rita n abg aidil buat kenduri kecil-kecilan untuk peminat kat luar sempena meraikan kehamilan kak rita n pernikahan abg aidil.. setujukan.. n saya nak ucapkan tahniah buat kak rita n abg aidil , semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke anak cucu.. SELAMAT PENGANTIN BARU….

  41. Dark >>> Siapa yg kata pernikahan tu tak baik… aku tak kata pun..
    yg ku katakan.. tak baik membelakangkan orang tua..
    Sila terangkan PART MANA YG KU KATA SEMBARANGAN…..?

  42. Dark kata sebenarnya tak faham maksud open minded dari perspektif Islam dan adat orang Melayu. Dalam soal jodoh dan pergaulan dalam Islam tiada perkataan Open minded. Sebenarnya kerana sikap open minded inilah yang menjadi punca ramai remaja bersekedudukan tanpa nikah. Ingatlah bahawa agama yg memandu kita ke arah kebenaran . Jangan ikut nafsu dan salahkan org tua ……Fikirkanlah…….

  43. tahniah kat aidil n rita..dah kahwin pun diorang,baguslah..selesailah teka-teki psal diorang ni bercinta ke,kwn tapi mesra ke..tapi yang tak bagusnya,knpla nk srok2 kalau diorang dah kahwin.bkn ke tu perkara yang elok,tak yah lah nak prgi kahwin jauh-jauh bazir duit je.kita rkyat malaysia..org lain tak ada hak nk halang diorang ni kahwin sbb suka sama suka.di harap cepat2 la dapat anak..hehehe…

  44. kenape dieorang kahwi kt thailand?boleh x aidil atau rita jelaskan,,aku minat giler kt rita,,tmbah2 die sesuai peganng watak yang baek2 sbb perwatakan fizikal perfect sgat,,,

  45. congratz 4 aidil N rita….dyowg tuw ssuai sgt!!! dua2 perfect!! sama cAnTIK,sama cuTE…n x lpa sama brBakat….. apePown hope kowang ap alWays N 4EVER!!!!

  46. aPe La kOranG sUme nEy..
    RiTa kAweN nG aidiL aTs nmE cntE..
    RiTa tA bT mAksiAt,..
    riTa kAweN crE sAh..
    cUmE crE jE tA btoL..
    tP taKpE..
    sUmE 2 bLeY dbToLkAn..
    ritA aKn mTk mAaf kAt pArEnts aiDiL..
    InSyAALlah..
    dYorAng aKn mAafKn aNd tRimE ritA..
    sDgkN nAbi AmpUnkAn umAt..
    kPd sUmE..
    dOakNLa kbAhAgiAAn riTa..
    tHanX..
    AmInnnnnnN..

  47. biar lar per die nak wat..
    die nak kawin pown wet die..
    kte peminat pandai pkir mne bek mne bruk..
    so, skong mne yg btol..
    die main bola bkn msok dunia hiburan..
    kte sokong die dlm sports jerk lar..
    xyah nak sbok hal peribadi die..
    nak kutuk die nape?? jeles??
    die kawin ngan rita??
    taw lar rmai peminat kecewa..
    kempunan makan aty nak kat aidil kan??
    hahaha…. dah kte sokong die ngan skill die atas padang..
    bkn msok campor hal peribadi die…

  48. aku sebagai peminat dram2kau,tak sangka kau dah kahwin rupanya.. knape kau kahwin senyap,kau kan orang popular,aku harap kau akan buat majlis di malaysia.semoga kau bahgia disamping zafuan

  49. wow..ksian kt ampa noh..dk cndemn2 rita ni knp???punya pasai la..2 nma dia jodoh!sapa yg jodohkn rita ngn aidil tu????pikiaq la wei…nk lawan takdir lak..nie la org melayu,busy hal org..rita ngn aidil ckit pnya sweet..dok kecoh lak hampa ni..klw rita kawen gn bapak hampa ok la kut noh…yg aidil lak gn mak hampa..ceria malaysia nie!!psal kwen kt mna ka xpa..asal sah babe!cme..psal ngn family 2 myb ada poblem..kita xyh msuk campoq laa..2 depa pnya psai..okey baikk..!!!

  50. dahlah, x usah kecoh2, yg pnting diorg da slmt nikah, moge rita berbhgia dgn suaminya yg ganteng tu..

  51. Hi…
    Xyah la nk komen lebey2 pasal org sbb setiap org ade rahsia masing2 dan itu hak peribadi mereka kalo x nk dedahkan. Tp I rase I sebab yg paling kukuh mungkin knp dorg kawen kat Thai ialah sbb parents mane2 x suke kot. So, drpd dorg buat maksiat, baik dorg nikah dan ade hubungan yg sah rite? This is soo similar as my situation la…my bf stil study but i da keje. I dulu graduate..my bf lak ade lg 1 n half year kat university. But ktorg nie…couple pon da mcm org yg dah kawen. Sume benda pon buat sama2…ktorg bkn xnk kawen tp parents bf I x kasi sbb die study lg. So, ktorg da decide utk kawen kat Thai. Nk buat cmane…xde choice.Bukan niat membelakangkan keluarga…tp keluarga kadang2 x faham ape yg ktorg perlukan. So..in that case ktorg terpakse jgk membelakangkan family la. So, I nk tanye…kawen kat siam ni sah ke tak?? Pls bg pendapat plssss….

  52. Hish..Hish..Asalamualaikum…
    Aku ni sbenarnya bukanlah benci kat Rita tu..tapi bila dia dah kacau Lisdawati..aku meluat tengok dia..dahlah background rosak..dah tu kaki gaduh plak tu…aha…baru kau rasa…takde lagi ker..lelaki matang nak kau pau…budak2 la pla..hish..hish…ntahlah…jaga diri kau la bebaik..jaga si Zakuan tu…lagi penting jaga kelakuan kau tu ..JGN SAMPAI BERCERAI UTK KALI KE 2.Biasanya pkr yg tak direstu ni…takkan ke mana..

  53. aku baca paper..si aidil nih inform kt bapa dia bila mendapati si rita dah hamil..percintaan dia org memang ikhlas..tp tu la..family aidil ni tk terima rita nih..tp si aidil nak jugak..tu yg kawin kt siam sorok2..tp sampai bila nk sorok kan..? agaknya kalo rita tk ngandung sampai bila dia nk rahsia..n sanggup plak dia buat cam tk de apa2 n balik umah makbapak cam biasa..org bole komen mcm2..sokong atau tk sokong..tp bila kita dah tua sok..bila anak buat camtu kt kita..belum tentu kita bole terima..aku ada anak..aku doa byk2 supaya anak aku tk buat sesuatu yg memalukan aku ngan ayahnya…semoga anak aku menjadi anak yg bole membahagiakan aku n ayahnya yg memelihara dia dgn susah payah dr kecik hingga dewasa..amin…sabo je la ye…mmmm ntah la…

  54. apa pun yg mana xpuas hati 2 besa r…..manusia ni mana pernah puashati tentang hak orang lain….jodoh dan pertemuan semua kuasa Allah….ajal maut pun kuasa Allah..ingat tu lebih baik kita sebagai insan yg kerdil dimuka bumi ini..doakan yg terbaik tuk pasangan ini…itu yg lebih bagus..itu hak masing2..jgn suka melukakan perasaan dan hati sesama insan…yg mana frust anggap itu tiada jodoh dengan dia…apa pun rita n aidil semoga kekal ke akhir hayat..tuk aidil nombor bukan satu masalah…..dan rita jgn anggap apa yg berlaku ini sebagai kejatuhan diri anda…semoga berjaya dalam kehidupan….zasssssssssssssss

  55. apapun sya xpuas hati dgn rita sebab dia kahwin dgn piminat kagemarn saya aidil yg kembr zaquan sebab aidil muda lgi pd kakrita.klau bolh kakrita jgn lah mrhpla sebab saya nk ambl keduaq dua kembr mnjdi abg angkt saya.”

  56. pecaye x kalo aku ckp aidil ade pmpuan lain?bkn fitnah tp kenyataan.bdk sekolah dia jugak.same baye ngan aidil.kalau betul cinta kenapa mesti carik yg lain?haih xkan kene pakse kawin kot.tu la dr dlu mak abah da ckp xske.tp degil.nk jugak denga kate janda tu.konon cinta sanggup berkorban ape je.mak abah pon sggp dkorban kan.janda tu konon nye da berpengalaman.kot ye pon kesian la kan mentua ko tu.ko da penah nek pelamin.ank mentua ko tu lum penah lg.raye da dkt.camne la perasaan aidil tu nnti.buat aidil,scandal ko tu lg lawa,muda,berpelajaran tggi,menghormati org tua n ko sendiri tau la kan.adios!

  57. kpd pnyokong lisda..dh thu citer sbnr psl gaduh ker blum..
    x kan paper tulis yg rita mnang hal nie kat court..arap2 jgn melulu ble brtduh
    lgpown..rita pown x ingn nk ngn fauzi 2..suami rita lg ok..btol x kwn2..
    so,,dont judge the book by its cover..bye2 penyokong lisda

  58. hai rita tahniah pergi kaalan yang lebih serius lagi .. saya berharap biarlah hubungan kekal hingga ke akhir hayat hendaknya,, amin jabgan kerana rita seorang artis mudah untuk melafaskan cerai,,, gegar tiang lahat nanti.

  59. As’kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di [email protected].

    Terima Kasih.

  60. nikah kat mane2 pn xpe asalkan sah..aku suka pasangan nie..org yg ske kutuk2 nikah kt thai 2 lah yg sbenayner xpakai kepala..nk kutuk artis konon..

  61. insyaallah nikah yg dibuat melalui betong ini adalah sah & cukup dr hukum syarak.

    kerana itu lah akad nikah di buat di dalam pejabat majlis agama wilayah yala cawangan betong, bkn di bawah pokok, atau dlm rmh kadi yg tidak ditauliahkn seperti nikah sindiket yg lain.

    hati2 dgn pihak yg menawarkn khidmat nikah yg diragui.

    di betong nnti segalanya akan diuruskn oleh sy & naib kadi di betong.

    setiap pasangan yg bernikah bole berkenalan dgn kadi2 yg ditauliahkan dlm wilayah yala (ada 30 org kadi di wilayan yala yg dilantik setiap 6thn, 2 drpdnya telah meninggal dunia)

    alhamdulillah setakat ini byk pasangan yg sy bawa telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka tanpa sebarang masalah.

    kpd yg memerlukan khidmat sy bole la menghubungi sy melalui email [email protected] atau call sy di no 0175955633 (helmi).

    sy akan memberikan segala butir dgn lebih terperinci. sebaik2nya di jelaskan segala keraguan sblm nk ke sana.

  62. dah jadi mak cik pown x sedar lg…nk jugak rase yg muda…aidil dgn dye dh mcm kakak ngan adik…nape dye kawen kat thailand erk??phm2 le…

  63. pape pun….tahniah la……terbina satu lagi masjid…..jgn la druntuh ikatan suci……….dah jodoh….lari macam mane sekalipun tetap sampai juga….bila Allah Kata Kun FayaKun….maka jadilah… moga mampu terus tingkatkan nama negara….walau ak tak minat bola…..badminton dihatiku….hehe….berkasih biar satu……setialah….aurat terjaga maruah terpelihara….Assalam…

  64. rita n aidil sye harap korang bleh hidup bahagia hingga akhir hayat … tp aidil sye nak awak wat yg terbaik for n.s dilain kali tau !!! harap awak bleh promise ngan sye huhuhu … all the best … sentiasa sokong awak n adek awak iaitu zaq …

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pesona Nona Musim Ketiga Di TV3 Tajaan Safi dan Rafflesia

AG TERSINGKIR DARI GELANGGANG MY STARZ LG