in

Street Dance Battleground Astro 2010

Pada hari Jumaat lalu, Budiey sempat ke Sidang Media Battleground 2010 yang diadakan di perkarangan pintu masuk Berjaya Times Square. Event ini adalah anjuran Astro yang telah mengumumkan 18 finalis berentap dalam pertandingan tarikan jalanan BATTLEGROUND 2010.

Pertandingan ini bertemakan BATTLEGROUND, THE BATTLE ZONE dan semua finalis dipilih berdasarkan persembahan mereka di sesi ujibakat yang diadakan pada 28 Ogos 2010.

Battleground 2010

Budiey dapat tahu, pada awalnya pihak juri mahu pilih 16 kumpulan sahaja tapi memandangkan peserta semuanya hebat-hebat ditambah lagi dua kumpulan.

18 finalis yang terpilih ialah Unbreakable, VersuStylez, Fresh Moo, Ruffneck’z, Metalliod, Centre Line, The Puzzle, Soul Krazy, Fresh Beat Rockerz, HMC Phlow, Twister Mix, Floor Digital, Dynamix, Floor Fever, Bionic Funk, Blazin Squad, Max Identity dan Mustang. Tahniah buat semua grup yang terpilih.

Pada 25 dan 26 September lalu, pertandingan telah diadakan dan Astro telah memilih 10 finalis terbaik untuk mara ke peringkat semifinal.

Musim ini juga bakal menyaksikan pengasas tarian Free Style Hip Hop, Loose Joint akan menjadi salah seorang juri.

Semua finalis akan diberikan latihan khusus secara peribadi oleh penari yang profesional.

Battleground 2010
Serina C

Pertandingan ini akan dihoskan oleh Gan Mei Yan (MyFM DJ) dan Serina C (MixFM DJ).

Hanya 4 grup yang akan dipilih ke peringkat akhir pada 18 Disember 2010. Battleground menawarkan wang tunai sebanyak RM50,000 yang ditaja oleh Gatsby dan pelbagai hadiah menarik yang lain untuk pemenang.

Battleground 2010
Juri

Juara pertandingan ini berpeluang menyertai pertandingan tarian jalanan antarabangsa seperti juara musim lalu iaitu Katoon Network yang telah menyertai Taiwan Metro Street Dance Competition pada 20 Ogos lalu dan berjaya memenangi tempat ke-3 bagi kumpulan B serta menerima hadiah istimewa untuk Taipei International Flower Expo.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan Battleground ini di Astro Wah Lai Toi (saluran 311) setiap Ahad jam 7 malam bermula 23 Oktober 2010. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/astrobattleground.

Battleground 2010

Battleground 2010

Battleground 2010

Battleground 2010

Battleground 2010

Battleground 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mawi & Ekin di Open House Aidilfitri Astro

Parkson’s New Style Ambassador Nadine Ann Thomas