in

Stacy Jadi Tamu di My Starz LG

Penyingkiran demi penyingkiran berlaku setiap minggu, kini tinggal 7 lagi peserta My Starz LG iaitu Wana, Hairi, Mimie, Nashrin, Cassie, Feroq dan Azri yang masih bertahan. Konsert ke-9 minggu ini akan menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir dari perjuangan merebut gelaran juara My Starz LG musim kedua.

Konsert malam itu nanti bertemakan ‘Pop’ dan penonton turut dihiburkan dengan persembahan dari Stacy yang dijemput sebagai penyanyi undangan memeriahkan lagi kerancakan konsert. Korang pun tahu, apa lagu yang akan dinyanyikan oleh Stacy, kan? Hehehe… mesti mantap dengan stamina yang begitu tinggi seperti persembahannya di AJL23 yang lalu.

Mereka akan diadili oleh oleh juri tetap, Hattan dan Liza Hanim bersama dengan guru vokal dan penyanyi yang tidak asing lagi, Hazami sebagai juri undangan.

Tarikh : 25 Januari 2009 (Ahad)

Masa : 7.30 malam (Siaran langsung bermula jam 8.00 malam)

Tempat : Dewan Auditorium, MBSA Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Secret Of The Heavenly Book & Aku Nak Jadi Wira di TV2

BRITANNIA HIGH LAKONAN MATT WILLIS, EASTENDERS