in , ,

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa di Sibu

Salam Takziah buat keluarga penyanyi Stacy di atas pemergian abangnya iaitu Chaq yang meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 3.20 pagi tadi.

Sebelum ini Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga dirawat di hospital kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa di Hospital Sibu

Berita duka itu dikongsi oleh adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.

“Abang saya sudah tiada,” katanya.

Sebelum ini, Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam seminggu ditidurkan akibat kecederaan dialaminya itu.

Buat masa ini, mayat Chaq masih berada di Hospital Sibu dan mereka sekeluarga akan menguruskan membawa mayat kembali ke kampung halaman di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah untuk urusan pengebumian.

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bertarung Nyawa di Hospital Sibu

Menurut Aldrich juga, kakaknya, Stacy pula dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur esok bagi bersama-sama keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chaq.

Mendiang Chaq terlibat dalam kemalangan di Bintangor, Sarawak sehingga mengakibatkan dia mengalami pendarahan dalam kepala.

Susulan tragedi itu, Chaq yang juga peserta sebuah program reality dan penyanyi sambilan bertarung nyawa di hospital walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.

Difahamkan, penyanyi itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.

Doktor turut memalumkan pada keluarga, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.

Beberapa hari lalu, Stacy turut meminta doa ramai berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya Chaq. Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV ALHIJRAH

TV AlHijrah Lancar Kempen Ramadan 1444H, Imarahkan Ramadan Eratkan Jalinan

TOYOTA VIOS

Toyota Lancar Kereta Toyota Vios Serba Baharu 1.5G & 1.5E Memenuhi Keperluan!