in , ,

Peraduan Menangi Dua Pas Ke Konsert Stacy di Dewan Filharmonik Petronas 

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) di Menara Berkembar PETRONAS bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa menampilkan penghibur berbakat besar Stacy pada hari Sabtu, 25 Februari 2023 jam 8.30 malam.

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Untuk konsert istimewa di DFP ini, Stacy dijangka membawa peminat-peminat menyusuri perjalanan seni beliau yang menjangkau 15 tahun menerusi lagu-lagu hit pelbagai genre seperti pop, rock, dance dan balada. 

Konsert malam itu bakal menampilkan suami Stacy, Akim Ahmad, yang akan mendendangkan beberapa lagu duet. Akim & The Majistret pernah membuat persembahan di DFP pada tahun 2017. 

Tiket-tiket berharga RM169, RM219, RM269, RM319 dan RM369 (Meet & Greet) boleh didapati di kaunter Box Office DFP atau layari www.dfp.com.my.  

Sertai Peraduan Menangi Dua Pas Jemputan Ke Konsert Stacy di Dewan Filharmonik Petronas Pada 25 Feb ini. Budiey ada 5 pasang tiket Untuk Dihadiahkan!


Kepada pembaca yang nak menonton Konsert Stacy di Dewan Filharmonik Petronas, Budiey mahu mencari 5 orang pembaca untuk hadir menonton konsert pertama penyanyi terkenal ini pada 25 Februari 2023 jam 8.30 malam. 

Setiap pemenang akan diberikan 2 tiket percuma untuk menonton konsert ini.

Saya mahu menonton persembahan Stacy di Dewan Filharmonik Petronas kerana….(tidak lebih dari 100 perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Konsert Stacy di Dewan Filharmonik Petronas

Tarikh tutup peraduan:
23 Februari 2023

5 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih Dewan Filharmonik Petronas atas penajaan tiket jemputan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang Bernilai RM2Juta, Pecah Rekod Malaysia

Lelaki Juga Perlu ‘Cantik’, PU Riz Buka Klinik Estetik, Airiz Aesthetic Center