Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











SLOT SAMARINDA DRAMA OBSESI LISA SURIHANI, EZANY NIZARIFF, AIDA ARIS, KHAIRIL ANWAR



KISAH CINTA, DENDAM, HASAD DENGKI DAN PENYIASATAN DALAM SIRI ‘OBSESI’ MENERUSI SLOT SAMARINDA

Sejak ditayangkan slot Samarinda tetap menjadi tarikan dan menjadi antara slot yang mendapat tempat di hati penonton TV3. Melalui slot ini, TV3 telah menghidangkan pelbagai kisah dan pergolakan hidup manusia yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan. Keudara tiga hari berturut-turut setiap Selasa hingga Khamis, slot Samarinda sekali lagi menyajikan satu lagi kisah pergolakan hidup manusia melalui siri “Obsesi”. 

Drama siri 25 episod ini bergenre kemasyarakatan dan bakal menemui penonton TV3 mulai 5 November 2008 jam 10.30malam. Diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd., siri ini merupakan karya asal dan garapan skrip oleh Abdul Rahim Awang dan diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Muhammad Murali Abdullah. Siri yang menghiburkan ini sarat dengan kisah yang digarap dan disampaikan dengan menarik dengan unsur-unsur suspen, percintaan, kekeluargaan, dendam, hasad dengki, jenayah dan penyiasatan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “Siri ini juga memberi pengajaran dan mendidik penonton dengan mengetengahkan pelbagai ilmu berkaitan undang-undang yang diguna-pakai di Malaysia, adat resam orang melayu serta wasiat dan pembahagian harta mengikut undang-undang sivil.

Ia juga menyalurkan maklumat berkaitan dengan usaha pelbagai agensi kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, terutama pasukan polis, dan kerjasama yang diperlukan oleh agensi-agensi kerajaan daripada rakyat. Selain memberikan pengajaran dan teladan, ia juga sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.”

Siri ‘Obsesi’ ini bermula dengan perkahwinan Tengku Azzuddin (Remy Ishak) dengan Shirly Chua (Estelle Looi) yang tidak direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Walaupun rumahtangga mereka bahagia kerana saling mencintai, hidup mereka terpencil daripada kaum keluarga dan sanak saudara. Malah ada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang langsung tidak tahu tentang perkahwinan mereka.

Shirly berasal dari keluarga kaya, tetapi ibu dan ayahnya telah meninggal dunia. Dia cuma mempunyai seorang adik bernama Paul (Zachery F) dan sebahagian besar harta pusaka telah diwasiatkan oleh ayahnya kepada Shirly. Keadaan ini membuatkan Paul tidak berpuas hati dan apabila Shirly berkahwin dengan Tengku Azzuddin, Paul menganggap Tengku Azzuddin mahu membolot  harta Shirly, lalu memusuhinya.

Pada suatu hari, dua tahun lalu selepas Tengku Azzuddin dan Shirly mendirikan rumahtangga, Tengku Mariam (Hjh Fauziah Nawi), ibu Tengku Azzuddin, telah mengadakan majlis hari jadinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dia hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja namun oleh kerana Shirly merupakan menantu yang tidak direstui, dia tidak dijemput ke majlis itu. 

Shirly yang tidak mahu hubungan suami dengan ibu mertuanya terputus mendesak Tengku Azzuddin supaya menghadiri majlis itu. Untuk mengelakkan dari bersengketa disamping mencurigai isterinya curang, Tengku Azzuddin bersetuju untuk pergi namun di tidak ke rumah ibunya sebaliknya dia ke pejabat. Keadakan menjadi kelam kabut apabila Shirly ditemui oleh pembantu rumahnya mati dibunuh.

Polis mengklasifikasikan kejadian di rumah Tengku Azzuddin sebagai rompak dan bunuh namun Paul tidak bersetuju dengan klasifikasi yang dibuat oleh polis. Dia yakin Tengku Azzuddin bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila semua harta yang ada atas nama Shirly bakal menjadi milik Tengku Azzuddin. Dia tidak berpuas hati kerana Tengku Azzuddin tidak ditangkap dan didakwa.

Apabila perbincangan dengan peguam tidak mendatangkan hasil yang diingini, dia bersumpah akan mencari sendiri maklumat yang boleh membuktikan kesalahan Tengku Azzuddin. Manakala, Tengku Mariam yang kasihan dengan anaknya yang sentiasa murung ingin menjodohkan Tengku Azzuddin dengan Suriati (Lisa Surihani). Berjayakah Paul membuktikan Tengku Azzuddin sebagai pembunuh? Siapakah pembunuh sebenar Shirly dan dapatkah Tengku Azzuddin menerima Suriati dalam hidupnya?

Buat julung kalinya, ‘Obsesi’ merupakan drama pertama di TV3 dibintangi oleh Pemenang Anugerah Pelakon Harapan Festival Filem ke-21, Lisa Surihani yang membawa watak Suriati. Beliau digandingkan dengan Remy Ishak yang memegang watak Tengku Azzuddin.

Pelakon-pelakon lain yang turut membintangi siri ini termasuklah Hjh Fauziah Nawi (Tengku Mariam), Ezany Nizariff (Dr Amran), Aida Aris (Tengku Atikah) dan Khairil Anwar (Dato’ Adnan). Selain itu, siri ini turut dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Zachery F (Paul Chua), Haliza Misbun (Dr. Suriani), Balkisyh Semundur Khan (Mazlin Hani), Maimon Muttalib (Tg Zubaidah @ Mak Long Bedah), Wan Maimunah (Mak Piah) dan Estelle Looi (Shirly).

Kepada semua penonton TV3, jalan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan siri ’Obsesi’ ini setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam mulai 5 November 2008, hanya di TV3!

Tags: , , ,

Tags: , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Biru ABPBH2010
  • Gambar Lisa Surihani di Pelancaran Mimpi Kita
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Erra Fazira Happy Yusry KRU Kahwin Lisa Surihani
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO



  • 30 Komen untuk entri “SLOT SAMARINDA DRAMA OBSESI LISA SURIHANI, EZANY NIZARIFF, AIDA ARIS, KHAIRIL ANWAR”

    1. Honeybee kata:

      Lisa .. si cntik yg berilmu.. Dh lama x tgok Haliza M brlakon- welcome back! WMaimunah pun best gak .. kepoh!

    2. farid kata:

      kt mane nk donlod or stream siri ni?

    3. bubble kata:

      geramnye….tak sabar2 nak tau sape yang bunuh bini ku din tu…buat saspen je………

    4. Wawa kata:

      Kt mana kita boleh baca synopsis keseluruhan drama obsesi nie.

    5. Kuma_Kuma kata:

      Bole tak sape bgtau lagu-lagu dlm citer nih?

    6. mira kata:

      cerita nie diadaptasi dari novel…
      judul novel pon sama….OBSESI….
      kalo tak silap novel tu keluaran tahun 2001
      ermm…lagu2 dlm citer nie pon best2 gak…
      tak tau mana nak carik….
      kalo la dpt, syioknyeeeee……

    7. azurin kata:

      salam….best citer ni…tengh mencari novelnya sbb nk lg feeling bila baca disamping dpt bebas berimaginasi….

    8. mira kata:

      lagu2 dlm citer nih…

      1. intan nuraini – tak mungkin berpaling
      2. indah ruhaila – dengarlah kekasih

      slmt mencari dan slmt mendengar…

    9. eriena kata:

      assalamualaikum..
      me berharap sangat kalau sesaper yang tau 3 judul lagu dalam drama obsesi 2 please email me k..me nak sangat cari lagu 2…thanks coz sudi tolong carikan…ni email me..
      sweet_rebena@yahoo.com

    10. yus1976 kata:

      sapa tahu lagu pembukaan drama ni

    11. zai kata:

      citer ni memang best…tiap2 hari x sabar nak tgk episod seterusnya…dah la 3 hari je seminggu…suka tengok lisa dan remy..sama cantik sama padan..

    12. dirly kata:

      he i geram r tengok citer ni.ntah ape2.mengarut.laen kali kalo xreti wat cter xpyh la nak buat.faham.tapi comel gak lisa tu.aku minat gler a kat dia

    13. niera kata:

      mintk tlg sesaper yg tau kt ner nk cr novel nih??/

    14. arezu kata:

      aper kesudahan cta nie…pnt r nak tgu nie……..pueh cr x dpt pun…..

    15. tulips kata:

      best…best…bengkek je tgk tgku din yg kaki betina ni.
      sweet je lisa surihani!

    16. zu1991 kata:

      sape bunuh shirley + mazlin???? ak gram tgk..
      an din?? mayb bukan kudin,,,

    17. atilia kata:

      cter ni mmg best gler…
      kami skluarge x pnah miss tngok… coz mnat gler kt lisa n remy..
      bleh x wat dlm bntuk vcd..
      ckp la kt murali pngarah drama 2.. nnt xde lah asyik nk tggu iklan je..
      ktorang grenti beli pnye la.. plz……
      lastly, kim slm kt lisa n remy…
      wish u all da best..

    18. kakigossip kata:

      1 lg lagu utk cite ini, Bukan Disini by Sofaz.

      i pernah bertemu lisa beberapa kali, dan i rasa dia sedikit sombong.

      novel ini tidak dicetak lagi. kalau adapun ambil masa 6 bulan paling kurang untuk keluar di pasaran.

    19. AS kata:

      harap ade part 2 cite obsesi ni.sbb pembunuh mazlin ialah tengku atikah(aida aris).ezany cume cederakan je.die tk tau mazlin masih hidup waktu die tikam tu.isteri die yg abiskan keje.hope murali pertimbangkan.kalau boleh tambah pelakon baru yg top2 skrg.mcm fasha sandha dan erry putra.

    20. ws kata:

      hi. mak saye merupakan seorg fan Obsesi. ttp saye rase die terlepas episod terakhir sbb hari ni start cite baru. she’s so disappointed, and i feel bad for her.

      dah lame dia kejar cite Obsesi, and dia ingat 1st Jan last episode manatau tv3 tak show pun.

      so may i know if Obsesi dah end ke belum? klu sudah, blh x somebody tlg citekan kat saye psl last episode and i will tell my mom about it?

      thank you. :)

    21. Iqa kata:

      Kat mne nk download slot samarinda drama obsesi ni???
      cit die best…

    22. june kata:

      kat tv3 takde ke…

    23. Fiza kata:

      Hi all… saya memang peminat setia cerita obsesi ni… tapi sayang nyer cerita ni takde video nak download… i missed few episode.. kalau boleh ada sesiapa yg boleh tolong kasi link video obsesi to download? tolong~~~~

    24. Fiza kata:

      kat tv3 takde… mana nak cari cerita obsesi ni?

    25. allissamu kata:

      yerr…confuse ni obsesi dah tamat ker blm? puas cari last episode tp xda….tolong

    26. BettyBeth kata:

      cite ni best… tiap kali msti tk sabar nk tgk, sampai gado2 nk tgk….but so sad bile xleh tgk lg n download. tk best dar cte org je ending nye… :-(

    27. pulut_pagi kata:

      cter ni best sesangat..ieqa mnt sngt kt remy ishak..dia hensem ler
      klau ble nk jmpa tp syg x ade pluang ..ieqa hrp remy sabar dgn ape2 dgaan yg mnimpa abg.wassalam

    28. azza kata:

      sekarang di ulang tayang semula pada pukul satu tengahari setiap isnin sampai khamis

    29. yasmin kata:

      please sapa2 ade link tuk download cter obsesi ni boleh tak bd link……..dh byk cari x dpt gak……..harap sapa2 yg ade link tu pls email tu me k…terima kasih sgt….

    30. hawa kata:

      jualkn vcd obsessi…buat mcm siri2 citer korea tu

      mesti dpt sambutan hangat

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK