in , , ,

Drama Online Terbaru Portal Gua JELMA Lakonan Naim Daniel

blogPada petang 17 Mac 2008 lalu telah berlangsung majlis pelancaran drama ketiga portal gua.com.my yang berjudul JELMA di Restoran Bora Asmara di Sungai Penchala. JELMA bakal tercatit dalam rekod menjadi sebuah drama seram pertama di Malaysia yang disiarkan secara online. Tahniah Gua! Gua caya lu, beb!

Kepada pembaca Sensasi Selebriti, Budiey ingin mengajak anda semua untuk mengikuti drama seram yang berdurasi 5 minit setiap episod ini yang ditayangkan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sebanyak 20 episod akan melengkapkan drama ini yang dibintangi oleh Norman Hakim (Rosli), Naim Daniel (Reza), Fauziah Nawi (Mak Tom), Aida Aris (Azizah), Maimon Mutalib (Nenek), Haliza Misbun (Dr. Mulyani), Kathy Azean (Halimah), Zaefrul Nordin (Ustaz Rashid) serta Iskandar Kamarudin (Wak Jang)

Sinopsis Drama JELMA
JELMA merupakan rentetan tragedi yang berlaku kepada pengurus restoran, Rosli dan keluarganya apabila anak yang dilahirkan sebenarnya jelmaan iblis bertopengkan manusia, yang berpunca daripada amalan khurafat. Rosli bergantung kepada azimat dan tangkal untuk melariskan perniagaannya. mereka tidak menyedari potensi sebenar kuasa anak itu sehinggalah waktunya telah terlewat.

Pengurus Besar Portal Hiburan dan Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli berkata penerbitan JELMA adalah berdasar kejayaan dan sambutan ramai pembaca portal hiburan dan gaya hidup itu untuk drama romantik KERANA KIRANA dan drama komedi MALAYSIANTALENTS.COM yang disiarkan tidak lama dulu.

Sudah menonton drama Jelma? Apa kata anda?

kredit foto: Blog M. Zul

[tags]drama jelma, portal gua, gua.com.my, restoran bora asmara, sungai penchala, jelmaan, Norman Hakim, Rosli khamis, Naim Daniel, Reza jomstar, Fauziah Nawi, Mak Tom, white champion, zeus, Aida Aris, Azizah, Maimon Mutalib, Nenek, Haliza Misbun, Dr. Mulyani, Kathy Azean, tun Halimah, Zaefrul Nordin, Ustaz Rashid, Iskandar Kamarudin, Wak Jang[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Prince Hours Lakonan Kang Doo, Heo Yi Jae di 8TV

Filem KL Samurai Lakonan Riz Ainuddin & Amber Chia Tergendala?