in

Sinopsis Novel LUKA

Cinta selalu dipersalahkan. Selalu dipercacatkan. Sebenarnya cinta itu tidak buta. Yang buta hanyalah mereka yang bercinta sehingga tidak mampu mengenal erti cinta yang sebenar.  Adakalanya mereka tidak sedar ada hati yang terLUKA kerana kebutaan itu.  

Alia hanya mampu memendam perasaan terhadap teman baiknya, LUKA. Cinta LUKA hanya untuk Rika, pelajar yang paling popular di sekolah yang juga teman sekamar Alia.  Bagi Rika, ”It’s all about the image, darling!” 

Maka itu kehadiran LUKA, seorang yang sangat jelek di matanya, langsung tidak dipedulikan.  

Namun LUKA berjaya menawan hati Rika di alam maya.  Apabila cinta internet mereka kecundang, LUKA membawa diri ke luar negara. LUKA sanggup melalui proses transformasi fizikal yang drastik-demi cintanya untuk Rika.  

Tatkala LUKA disatukan semula dengan Rika dan Alia, dia mula melihat cinta sebenar. Apakah LUKA akan berjaya menawan hati Rika di alam nyata? Dan masih mampukah Alia memendam sahaja perasaan cintanya terhadap LUKA?  

Informasi Novel

Harga Novel  : RM25.00

Penulis Novel  : Tris Zainol Abidin

Penerbit : Free Nature Sdn. Bhd, SKI Production & LUKAFILM SDN. BHD.

Laman web LUKA : www.luka.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pelakon Utama Drama Phua Chu Kang versi Malaysia

Sinopsis Teater Muzikal Sirah Junjungan