Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Filem Selamat Pagi, Cinta! Lakonan Fazura



SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

Apakah kesudahan kisah dua cinta ini dan apakah kaitan antara keduanya, SELAMAT PAGI, CINTA! ada jawapannya.

[tags]synopsis film selamat pagi cinta, klu, slogan terbaik, pemenang kuiz, court case fazura, quirrel, que haidar, haziqa, tom cruise gay, sesuci lebaran mp3, kisah isteri curang, isteri lesbian, lelaki metroseksual, natalie glebova wedding, cari forum gossips, murai.com, gua.com, portal hiburan malaysia, proton pesona baru[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri
  • Gambar Nur Fazura di Karpet Merah FFM24
  • Sharifah Amani & Que Haidar Bercinta?
  • Norliana Shamsudin, Pengarah Wanita Termuda Malaysia
  • Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi, Cinta!
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta



    • pe2 jer

      pengarah filem ini patut baca akhbar metro rabu (29 okt 08)..ish3

    • fiza

      I just cant wait!!!

    • http://yahoo.com ima

      kacak ceta towkk..bezzz..buk baca sinopsis ajak dah ku tauk ceta towk kacak……………..

    • http://yahoo.com ima

      dahla muka si fazura ya kacak..cesssssshh…ntam nya la ceta towk kacak

    • nis

      Buatlah ceta lain lak nti, asyik2 cinta. Cuba wat ceta yg lbh menarik hingga kta x mau berganjak..ni awl2 da tau hero akn mati. Mls nak tgok sdih..

    • http://www.ogran.com nuyu

      ermm.entah la..
      aku pon rasa citer ni cam familiar jer..
      same cam ‘cinta’

    • jai LC

      ak mls g tgk……………tggu cite ni kuar kat tv raye tahun dpn,hahahahahahaha?!?!?!?!?!?!?!?

    • http://deleted ainul

      nak try tgk gak.. tapi mgkin ikut tema filem CINTA sebelum ni.2 cite dlm 1 filem ..
      apepun nak tgk amani ngan que haidar berlakon..ok x. :)

    • epenzcool

      ape tajuk lagu filem slmt pg cinta?? puas mencari…

    • nuurul

      aku pun mok ngga cita tok juak ekhhh,,, mcm bezzz jakkk upa….. kita kamboh pawagam hoiii….

    • Lazerzzz

      Lak Memey serabot habih..nak nye rampas laki org!dh r bru msok dnia seni…sedar diri skit kak oi!Abg Norman pun satu knp la g syok kat budak cam2…pe pun kak AB brsabar la..laki mmg bgitu MIANG!

    • elvi

      saya rasa cerita ini agak unik…bagi saya la…sebab..saya amat menyukai jalan cerita yang simple…dan lakonan yang mantap dan tidak berlebihan..saya rasa sesiapa pernah kehilangan orang tercinta,cerita ini pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam

    • Nami

      Cerita ni simple dan dapat di agak jln ceritanyer..apa yg menarik adalah penghayatan Fazura yg mmg superb…menangis sakan saya tengok cerita ni…Lakonan Amani agak keras…sy mengharapkan suci (lakonan Amani) adalah seorg yg lebih lemah lembut dan manja..

    • olivia

      gue suka bangat sama si cantik fazura

    • http://t-a-s-h-a-b-e-l-l-a.blogspot.com/ tashabella

      ermm….kenapalah kisah cinta kesudahannya camni erkk…Sinopsis ni kena ubah arrr buatlah suspens sikit huhuhuhu…dah tahu ceta camni malas nak masuk panggung dah…

    • febby

      Sangat bagus film selamat pagi cinta,,sy mau tnya apa judul lagu dan penyanyi di dalam cerita itu ketika julia ditinggal pergi oleh suaminya ilham,julia sdg menangis melihatin foto kenangan julia dan ilham stelah itu julia mnemukan disc lalu julia tengok disc itu trnyata kenagan julia dgn ilham,bait dr lagu di dalam cerita itu ( berhentilah menangisi aku,kau tak bisa melawan kehendaknya,) voc : wanita ???siapakah yƍ mnyanyikan nya ?karena sy sgt mnyukai lagu ini ??thx



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK