in , ,

Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin di Istana Budaya

Ulasan Teater Kanak-Kanak Aladdin
Dari tenaga produksi Siti Di Alam Fantasi, maka lahirlah satu lagi epik pengembaraan yang mengagumkan, Aladdin. Satu teater yang cukup memberikan satu kelainan dan membuatkan anda terpesona dengan hasil dari produksi ini.Teater muzikal kanak-kanak hasil produksi Istana Budaya mengetengahkan hampir 60 orang kanak-kanak berusia seawal enam tahun hinggalah kepada dua belas tahun. Bagi menambahkan germerlapan teater ini, pengarah telah mengundang Faizal Ismail dan juga Erma Fatima akan menyerikan lagi persembahan.

Aladdin menjanjikan satu kelainan berbeza dengan persembahan tahun lepas. Dari sudut jalan cerita, gerak tari, nyanyian hasil nukilan Pak Ngah, yang cukup mengasyikkan dan pasti tidak dapat dilupakan. Anda perlu menyaksikan, untuk merasai pengalamannya. Ini peluang untuk bersantai bersama keluarga.

Aladdin akan memukau di Istana Budaya pada 11 hingga 18 Disember 2007. Tiket-tiket berharga RM20, RM30 dan RM 50 boleh didapati sekarang di kaunter tiket Istana Budaya. Bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, diskaun sebanyak 50 peratus dari harga tiket diberikan.

Alamilah Dunia Fantasi Yang Pasti Memukau, Aladdin di Istana Budaya! Dapatkan tiket anda sekarang!

Jangan lupa baca sinopsis kisah teater muzikal ini di sini.

2070713109 810099B06A | 4

Mahu Tiket PERCUMA! Cepat Jawab Soalan!
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Istana Budaya ingin memberikan 3 pasang tiket PERCUMA kepada pembaca bertuah bagi menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin pada 18 Disember 2007, jam 8.30 malam. Kepada pembaca yang betul-betul dan lapang masa untuk menonton pada 18 Disember ini (hari terakhir tayangan tu beb!), jom sertai peraduan ini! Apa yang korang perlu buat ialah menjawab 3 soalan dan ciptakan slogan berikut:

  1. Siapakah pelakon yang memegang watak Jin dalam Teater Muzikal ini?
  2. Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin bermula ____ dan berakhir pada ____
  3. Siapakah pelakon wanita popular yang turut berlakon dalam pementasan Teater Muzikal ini?

Sambungkan ayat berikut dengan gaya yang kreatif:
Jikalau saya jadi Aladdin, saya akan… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Hantarkan jawaban besertakan dengan slogan kreatif anda ke:

301679647 9798145995 O | 5

Subjek Email: Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin.

Jangan lupa serta dengan nama, alamat dan no telefon bimbit untuk dihubungi. Peraduan ini akan tamat pada 12 Disember 2007 (Rabu), jam 12.01 tengah malam. Pemenang akan dihubungi pada 13 Disember 2007.

Jangan lupa layari blog Sensasi Selebriti untuk peraduan yang akan datang dengan hadiah yang lebih menarik!

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?

Sinopsis Filem Selamat Pagi, Cinta! Lakonan Fazura