Sinopsis Filem Anak Halal
SINOPSIS FILEM ANAK HALAL
Hisham seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, perempuan gila di jalanan. Hisham ditangkap dan dipenjarakan. Mariam yang gila membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Di zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna berkawan rapat dengan seorang lelaki dewasa, Abi. Mereka bertiga sering melakukan aktiviti bersama, yang paling digemari mereka ialah bermain gitar/seruling di jalanan. Namun saat indah itu berakhir apabila Abi didapati mati akibat mengambil dadah berlebihan. Lebih memburukkan keadaan apabila Mariam, ibu tempat Putra bergantung harap telah dibawa pergi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, setelah dituduh tidak mampu memelihara dan membesarkan Putra dengan baik.
Tinggallah Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Bu Leha membawa Putra dan Johanna berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Diusia remaja mereka telah bekerja demi sesuap nasi. Putra bekerja di kedai potong, manakala Johanna dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboy, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak dan jamming bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri.
Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak beramai-ramai, mereka ditangkap dan ditahan di lokap. Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan, disamping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka. Keesokannya Putra terjumpa mereka berdua dan naik angin. Amiera melarikan diri. Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu.
Erzan yang mempunyai banyak hutang telah dibelasah teruk dan meninggal di hospital. Putra begitu sedih dan marah. Ketika Erzan dikebumikan, Amiera sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal. Sekembalinya Putra ke rumah, didapati orang ramai sedang mengerumuni sesuatu, dan ia adalah Johanna yang terjatuh daripada flat tersebut. Putera jadi bertambah marah dan benci pada mereka yang telah merosakkan dan membunuh orang-orang yang disayanginya. Dia nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut. Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra, anak mereka.

Para pelakon ketika melawat Pie, pelakon Anak Mami yang sedang terlantar sakit baru-baru ini.
Pengarah: Osman Ali
Penulis Skrip: Osman Ali
Lakon Layar: Osman Ali
Antara pelakon yang membintangi filem Anak Halal ialah Farid Kamil (Inderaputera), Maya Karin (Jo), Fasha Sandha (Amiera), Ady Putra (Erzan) dan Raja Farah (Milya).

[tags]sinopsis anak halal, filem anak halal, tayangan unggul, tayangan percuma, pelakon filem anak halal, anak haram, persetubuhan haram, halal logo, sirim, Farid Kamil (Inderaputera), Maya Karin (Jo), Fasha Sandha (Amiera), Ady Putra (Erzan), Raja Farah (Milya), gossip fasha sandha hans isaac, skandal fasha sandha hans isaac, gambar seksi maya karin, ady putra famili foto, laman web tayangan unggul, anugerah era 2007, trend dan tradisi fesyen artis, gambar artis, budak comel dalam lrt, kekasih gelapku ungu lirik, raja farah pelakon duranni, pengarah osman ali, kontroversi filem anak halal, kisah anak terbiar, teaser anak halal, trailer anak halal youtube, lirik kaum hawa krisdayanti, download mp3 soundtrack filem anak halal, lirik kurnia perasaan krisdayanti, piala merdeka malaysia myammar analisis, kisah minah rempit jijik harian metro, utusan malaysia, akhbar malaysia, portal terbaru astro, mrt, kak tim pora[/tags]
Tags: Filem, Sinopsis, Ady Putra (Erzan), ady putra famili foto, akhbar malaysia, anak haram, anugerah era 2007, budak comel dalam lrt, download mp3 soundtrack filem anak halal, Farid Kamil (Inderaputera), Fasha Sandha (Amiera), filem anak halal, gambar artis, gambar seksi maya karin, gossip fasha sandha hans isaac, halal logo, kak tim pora, kekasih gelapku ungu lirik, kisah anak terbiar, kisah minah rempit jijik harian metro, kontroversi filem anak halal, laman web tayangan unggul, lirik kaum hawa krisdayanti, lirik kurnia perasaan krisdayanti, Maya Karin (Jo), mrt, pelakon filem anak halal, pengarah osman ali, persetubuhan haram, piala merdeka malaysia myammar analisis, portal terbaru astro, Raja Farah (Milya), raja farah pelakon duranni, sinopsis anak halal, sirim, skandal fasha sandha hans isaac, tayangan percuma, tayangan unggul, teaser anak halal, trailer anak halal youtube, trend dan tradisi fesyen artis, utusan malaysiaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



