in , ,

Gambar Perarakan Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka

Salam Merdeka buat semua pembaca. Ya, hari ini bukan sahaja kita menyambut hari kemerdekaan, malah Jubli Emas Kemerdekaan Negara atau ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 tahun.

Ada 3 acara penting diadakan iaitu Perayaan Ambang Merdeka jam 8 malam di Dataran Merdeka, Perarakan Merdeka di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos dan Perayaan Raksasa Merdeka di Stadium Merdeka jam 8 malam. Harapannya tidak ada yang menyambut merdeka ini dengan perkara-perkara yang tidak elok dan tidak sihat. Berpesta arak dan aktiviti pesta seks beramai-ramai bukan mencermin kemerdekaan yang sebenar.

BlogApa erti kemerdekaan pada artis kita? Kalau ditanya soalan ini kepada Jaclyn Victor yang akan mengadakan showcase di Planet Hollywood pada Ahad ini, kata Jac, “Saya amat suka dengan kepelbagaian budaya kita, dan juga makanan kita. Tidak ada apa-apa yang harus ditukar, tetapi apa yang ada kena diperbaiki.”

Sebagai warga Malaysia, kita harus menghayati dan menjunjung semangat patriotisme dan kenegaraan supaya dapat melahirkan jiwa dan nilai yang tinggi. Bagi Budiey, ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia memberikan nafas baru dalam menghargai erti kemerdekaan sebenar. Mengimbas kembali sejarah pejuang bangsa yang sangat berjasa kepada Negara. Memartabatkan wira-wira negara yang terkorban mempertahankan bangsa. Jadi, sebagai tanda memperingati segala jasa dan perjuangan pemimpim ulung negara, saya tampilkan entri ini dengan potret-potret mereka.

Apa erti kemerdekaan bagi anda? Apa program anda di cuti merdeka ini? BlogSaya sempat ke Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos untuk melihat secara langsung Perarakan Merdeka. Orang tak usah nak cakap, memang ramai. Puluhan ribu manusia yang datang dari serata ceruk membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan melimpah sehingga ke Jalan Raja Laut. Bagi saya, lagi ramai yang datang, lagi meriah pesta perarakan.

Pemimpin Asean yang hadir ialah Perdana Menteri Thailand Surayud Chulanont, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, selain duta-duta asing.

Yang datang pun, tidak kira bangsa, tidak kira warna kulit, dari setiap peringkat umur dari setiap golongan masyarakat. Ini jelas menunjukkan pada kita bahawa masyarakat kita sebenarnya begitu bersemangat untuk merayakan kemerdekaan ini dengan jiwa muhibbah dan perpaduan. BlogPerarakan yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, dan pemimpin-pemimpin lain ini cukup simbolik dengan menggambarkan 5 era pembangunan Malaysia. Ianya signifikan pada kemajuan, kepimpinan, keamanan, pemodenan dan kecemerlangan yang ditelusuri oleh kerjasama rakyat dan pejuang bangsa sepanjang jalan kemerdekaan.

Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan dan sebelum itu kelihatan lima helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang dan bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Satu Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja.

Ia disusuli bacaan ikrar oleh 50 pelajar termasuk pelajar sekolah pendidikan khas yang diketuai Syed Nur Khairin Al-Safi sebelum melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Ketika Negaraku dimainkan Dataran Merdeka berubah wajah dengan kebanyakan pengunjung termasuk jurufoto berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan dan menghayati erti kebebasan yang dinikmati sejak 50 tahun lalu.

Malaysiaku Gemilang, tema untuk sambutan kemerdekaan kali ini amat sesuai dan selaras dengan apa yang dicita-citakan oleh Perdana Menteri yang ke-5 ini dengan teras pembangunan insan iaitu Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. BlogSebanyak 25 ribu peserta yang terdiri dari semua kaum dan bangsa Malaysia dan dari sektor awam dan swasta yang menggabungkan 100 kontinjen iaitu 12, 570 pejalan kaki, 14 kereta berhias dan 25 aset tentera juga tidak ketinggalan 52 pesawat. Memang meriah dan saya kira perarakan kali ini berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku. BlogPemimpin negara luar yang turut sama menyaksikan perarakan ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Duke of York Putera Andrew, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn dan Gabenor General Australia Major General Michael Jeffery.

Acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan tembakan meriam 14 das sebelum bergema lagu Jalur Gemilang, lagu Gemilang, Cemerlang, Terbilang, dan lagu tema sambutan, Malaysiaku Gemilang.

Dataran Merdeka kemudian bertukar lebih meriah dan penuh warna-warni apabila segmen persembahan padang dijayakan 10,000 peserta pertunjukan padang, koir, pasukan pergendangan dan komponen rakyat bersepadu (KRB), bermula.

Persembahan padang itu menyajikan formasi yang menunjukkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara ini sejak ia bebas dari cengkaman penjajah 50 tahun lampau. Kumpulan Gendang Simfoni Malaysia pula menampilkan semangat perpaduan antara kaum melalui muzik-muzik yang dimainkan.

Empat belas helikopter yang membawa 14 bendera negeri di Malaysia kemudiannya membuat lintas hormat di udara sejurus bermula acara perarakan dan perbarisan yang menampilkan konsep lima era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia.- Bernama

1290335843 8Dd63D7639 | 4
1291174184 8C44B77C70 | 5
1291221510 7815Fb67Eb | 6
1290364777 992C857Aeb | 7
1291216040 655093Dfa5 | 8
1291283170 2Bea444Cf8 | 9
1291339996 8E65D9D064 | 10
1291347016 4Fed8D223F | 11
1290496869 Cb0648Ac01 | 12
1290536253 D02A500734 | 13
1290534759 Aea8920Db0 | 14
1290546635 1Ea61B52Ec | 15
1290551457 F3Caab9Eb1 | 16
1290573457 6433E3D0Ab | 17
Milo Askar\
Merdeka Milo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farid Kamil Rambut Panjang

Sinopsis Filem ANAK HALAL Lakonan Farid Kamil

Synopsis Film Naraka 19