Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Siluet Band Kembali Menggegarkan Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Siluet Band Kembali Menggegarkan Hard Rock Café, KL
Siluet Band, kumpulan yang terdiri daripada enam orang pemuzik yang berbakat besar, akan mengadakan persembahan di Hard Rock Café, KL selama dua bulan; bermula pada 1 April ini hingga 31 Mei 2008.

Kumpulan yang berasal dari Makassar, South Sulawesi Indonesia ini dianggotai oleh Roy & Rury (vokal), Ilo (gitar), Ago (bass), Chawi (drums) dan Anjang (keyboard). Ditubuhkan pada Jun 1993, Siluet Band merupakan di antara kumpulan live-band yang paling di kenali di Indonesia. Penglibatan mereka yang berdiri kukuh lebih dari sepuluh tahun berjaya membuktikan kehebatan mereka ini.  

Siluet Band memulakan karier dengan mengadakan persembahan di festival-festival muzik sama ada di universiti-universiti tempatan, mahupun kafe-kafe di sekitar Makassar. Dari situ, mereka mula mengorak langkah lebih besar apabila mula menerima jemputan untuk membuat persembahan di pusat-pusat hiburan. Nama mereka mula menjadi sebutan dan selalu sahaja persembahan mereka di penuhi dengan para penonton. Kebolehan mereka dalam mengadakan persembahan bertenaga, menghiburkan dan juga kebolehan berkomunikasi cukup jarang sekali mengecewakan sesiapa yang menontonnya. 

Genre muzik yang dipersembahkan terdiri daripada beberapa variasi, dari Latin, R&B, Dance House, Hip Hop sehinggalah ke Pop Rock dan mereka berjaya mempersembahkannya dengan cukup baik sekali. Sesungguhnya Siluet Band bukanlah calang-calang penghibur!

Hard Rock Café terkenal kerana ia menyediakan kumpulan-kumpulan pemuzik tempatan dan pemuzik asing yang handal. Sememangnya anda akan di janjikan persembahan yang hebat.

Jangan lepaskan peluang berhibur bersama Siluet Band di Hard Rock Café KL sepanjang bulan April dan Mei 2008 ini. Persembahan akan bermula pada pukul 11 malam, Isnin hingga Sabtu. 

Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 603- 2715 5555.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Show SILUET BAND di Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • Show Live Band Redemption di Hard Rock Cafe
  • Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Show Bobby Kimball Toto di Hard Rock
  • Telefon Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur
  • John Ford Coley Live Di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur
  • Gwen Stefani Concert Live - The Sweet Escape in Kuala Lumpur
  • Sunburst KL International Music Festival 2008
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET