in

Siapakah 12 Orang Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-3

Setelah menobatkan penyanyi Siti Nordiana sebagai juara program Gegar Vaganza pada musim lalu, pertandingan nyanyian popular yang menampilkan barisan penyanyi yang pernah mencipta nama di persada seni suatu ketika dahulu kini kembali lagi untuk musim yang ketiga.

Siti Nordiana, menewaskan lima peserta lain iaitu, Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Sekalung tahniah Budiey kalungkan buat vokalis kumpulan Ilusi, Ayai yang telah dinobatkan juara pertama program realiti Gegar Vaganza musim pertama malam tadi. Budiey kira kemenangan Ayai sudah dapat dijangka dan ianya menepati ramalan ramai pihak. Dengan

Gegar Vaganza kali ini bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.

Siapakah barisan 12 orang peserta yang bakal menggegarkan pentas pada tahun ini? Siapa pula yang bakal menduduki kerusi panas selaku juri tetap? Bagaimana pula dengan pasangan pengacara untuk musim ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi nanti.




Namun belum lagi kehangatan Gegar Vaganza 2 habis, kini timbul pula ura-ura yang mengatakan senarai peserta Gegar Vaganza 3 yang dikatakan sudah terbocor.

Senarai-senarai ini menjadi bualan peminat-peminat di laman media sosial dan juga forum hiburan.

Antara nama-nama yang disebut adalah Nora, Siti Sarah,  Elly Mazlien, Intan Sarafina, Azharina, Razis Ismail, Ram, Gmie, Zarul Umbrella, Maya Matahari, Bandi Amuk, Zamani, Tomok, Misha Omar, Zur Eda dan ramai lagi.

Siapakah penyanyi otai yang anda ingin tengok persembahan mereka di Gegar Vaganza.

Gegar Vaganza Musim Ke-3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PAGARI BULAN Ditayangkan di World Premier Eurasia International Film Festival di Kazakhstan

Lords Tailor Lancar Koleksi SS17 Ready To Wear 2016