Siapa Pemenang Separuh Akhir Muzik-Muzik Pop Rock Malam Ini?
Malam ini pertaruhan terakhir untuk memilih lagu-lagu yang bakal berentap di AJL akan diadakan. Agak-agak koranglah lagu manakah yang akan terpilih?

Teka-teki Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori Etnik Kreatif dan Balada sudah pun terjawab. 8 buah lagu telah pun berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 23 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2009. Lagu-lagu tersebut termasuklah “Doa Dalam Lagu” (Ajai/Loloq) nyanyian Mawi & Heliza, “Persoalan Cinta” (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) nyanyian Farawahida “Dusta Berkalang” (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtry Yahya) nyanyian Aiman, “Sampai Syurga” (Audi Mok/Faizal Tahir) oleh Faizal Tahir, “Bila Nak Saksi” (Tam/Loloq) oleh Spider, “Hanya Di Mercu” (Aubrey Suwito/Habsan Hassan) nyanyian Ayu, “Cuba” (Audi Mok/Faizal Tahir) nyanyian Faizal Tahir dan “Lagu Kita” ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh penyanyinya Aizat.
Kini, hanya tinggal kategori Pop Rock untuk berentap bagi melengkapkan pencarian lagu-lagu hebat yang bakal berentap ke Anugerah Juara Lagu 23. Siapakah antara artis, komposer dan penulis lirik dalam kategori ini yang akan sama-sama menyertai kategori Etnik Kreatif dan Balada pada malam penuh gilang-gemilang tersebut?
Kategori Pop Rock menyaksikan artis-artis hebat bakal membuat persembahan mempertaruhkan lagu masing-masing dan antara mereka termasuklah Elyana, Mila, The Lima, Fiq, Hattan, Meet Uncle Hussein, Estranged, Spider, Shah & Ella, Stacy dan The Faboulous Cat manakala komposer dan penulis lirik yang berentap termasuklah Aidit Alfian, Audi Mok, Edry Abd Halim, Edrie Hashim, Tam (Spider), Ajai Ad Samad, Loloq dan ramai lagi.
Tarikh : 12 Disember 2008 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam (Pintu akan ditutup pada jam 8.45 malam dan siaran langsung bermula pada jam 9.00mlm)
Tempat : Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral

Eh! Eh! Tangan vokalis Meet Uncle Hussain ni nak merayap ke mana tu? Mila lak gelak bukan main lagi. Seronok tu. Malam ni sukses la Mila. Good luck, bebeh!

Bro Hattan, you look so serius la… senyum sikit la kat pembaca Sensasi Selebriti.

Alalala, Dina ni anak manja rupanya. Lentok di bahu Zulfekar… mmm… empuk macam tilam vono kata Dina.
Tags: Anugerah Juara LaguClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 12th, 2008 at 7:40 am
etnik kreatif ke pop rock?
December 12th, 2008 at 7:53 am
apa etnik kreatif ni bro?
December 12th, 2008 at 8:04 am
iye lah…..pop rock kan budiey?
December 12th, 2008 at 10:05 pm
Bestnyee tngok muzik2 separuh akhir pop rock..tahniah le pd yg dpt ke separuh akhir…cuma yg tak bestnye lagu rimas n bukti tak dpt ke final..
apepe pun mmg Uc mengharapkan STACY n ELYANA dpt ke final sb lagu dorang best sangattt….STACY…yg paling besttttt…… n tahniah gak kat akak zz sebab dpt ke final dgn lagu dingin….tak sabo nak tunggu juara lagu…….harap2 STACY dpt jd juara……go STACY..go STACY…
December 12th, 2008 at 11:50 pm
persembahan stacy dan elyana paling best..
December 13th, 2008 at 12:48 am
elyana sempoi…stacy very energytic…meet uncle hussien super power vocal for male…exstranged strong music compose for pop rock genre…sofaz ur luck…and ziana zain…she deserve to…
January 19th, 2009 at 4:51 pm
best giler ajl 23.semuanya meletup…lagu kalis rindu best .tapi persembahan elyana nmpak biasa je,kesian komposer..
October 7th, 2010 at 11:20 pm
siapa artis belada yg akan ke final pada 2010. apa ka sabhi saddi . yg cukup mantap dan best giler dengan gaya hebat serta penampilan yg sopan walau pun baru muncul .tetapi mesra tidak sombong walau pun bergelar anak dato. beliau memang hebat.