Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
Filem Kala Malam Bulan Mengambang mengungguli Festival Filem Malaysia Ke-21 dengan memenangi dua hadiah utama di bawah Anugerah Perdana.
Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi sutradara Mamat Khalid dan kategori Filem Terbaik, sekaligus menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan piala iringan.

Kala Malam Bulan Mengambang yang dihasilkan dalam bentuk hitam putih turut memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan cemerlang Rosyam Nor.
Selain itu, filem tersebut turut ditabalkan sebagai pemenang untuk kategori Penataan Seni Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.
Sementara itu, pelakon jelita Maya Karin yang kini berada di Itali untuk majlis perkahwinannya pula ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem arahan Othman Ali, Anak Halal.
Beliau menewaskan Erra Fazira (Anak), Nurfazura (Kayangan), Nasha Aziz (Otai) dan Vanida Imran (Akhirat) untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan piala iringan.
Selain Pelakon Wanita Terbaik, Anak Halal turut memenangi kategori Cerita Asal Terbaik.

Senarai pemenang bagi kategori lain ialah:
Lakon Layar Terbaik: Hans Isaac (Cuci)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Evolusi KL Drift)
Penyunting Terbaik: Nik Haslinda dan Kamarudin Abu (1957 Hati Malaya)
Skor Muzik Asal Terbaik: Sharon Paul (1957 Hati Malaya)
Filem Animasi Terbaik: World War
Filem Dokumentari Terbaik: Making The Cut
Filem Pendek Terbaik: Tiffin
Filem Digital Terbaik: Jarum Halus
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Zul Huzaimy Marzuki (Wayang)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ruminah Sidek (Pensil)
Penataan Bunyi Terbaik: Add Audio (Susuk)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Erynne Erynna (Congkak)
Pengarah Harapan: Hans Isaac (Cuci)
Pelakon Harapan Lelaki: Kamaruzaman Taib (1957 Hati Malaya)
Pelakon Harapan Wanita: Lisa Surihani (I’m Not Single)
Lagu Tema Asal Terbaik: Hati 1957 (1957 Hati Malaya)
Poster Terbaik: Susuk
Anugerah Khas Box Office: Duyung
Anugerah Khas Veteran (Wanita): Ruminah Sidek
Anugerah Khas Veteran (Lelaki): Wahid Satay
Anugerah Khas Juri:
1. Shuhaimi Baba (1957 Hati Malaya)
2. M Subash (Pensil)
3. UiTM (Wayang)
4. Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift)
- BERNAMA
Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang!
Tags: Festival Filem MalaysiaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 10th, 2008 at 11:19 am
Congrats 2 da winners … Maya mnepati ramalan!
August 11th, 2008 at 10:31 am
FFM 21 x best!sgt2 kelam kabut. stacy…what’s up with u?persembahan ntah pe2. blaja dari kslpn k.pe2 pun hrp FFM akn terus maju dan brtmbh maju.
August 11th, 2008 at 11:37 am
congrats 2 all d winner…
bes sbb zul huzaimy menang pelakon pembantu lelaki terbaik..
sememangnye dia pelakon yg baik…dan buat kita geram kalo dia bawak
watak jahat@ samseng…eeeee geram tauuu!!!
but zul mmg bes!!!
August 11th, 2008 at 3:17 pm
huhu Stacy stacy
lagi best Mila laz year
akekkekeke
August 11th, 2008 at 9:27 pm
linda onn looks like a dead chinese mayat!
August 12th, 2008 at 9:10 am
sayang…. duyung tak menang. juri tak ada mata.
August 12th, 2008 at 11:12 am
Juri tak adil. filem Duyung terbaik,sebab itu kutipan tertinggi.Penonton lebih pandai menilai.
August 12th, 2008 at 2:35 pm
acara tak happening….. poyo je persembahan artis ntahlah… kesian dato ct nyanyi dengan geng budak budak realiti yang kelam kabut ….
patutnya grand lah…. kan….
mmmm bro masukkan lah gambar Fazura masa FFM tu..
si Gegirl fasha tak payah lah pic dia bro bukan cantik pun…
Kak Erma pun cakap gegirl… yek!!!
Yang penting sekali lagi padan muka Fasha Sadha tak de senarai pun
harap Anugerah skrin pun dia tak de… Kehangatan lantak hang le fasha….
January 8th, 2009 at 3:00 pm
hahaha………
smua menang kan sng citer…..
May 19th, 2009 at 10:10 pm
Saya ingin berjinak dalam seni lakonan.Bagaimanakah caranya???