in

Selepas Saujana, Nowseeheart Pula Berempat?

Selepas Saujana, Nowseeheart Pula Berempat?

[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini, industri nasyid tempatan digemparkan dengan penampilan terbaru kumpulan Saujana yang kini hanya berempat. Terbaru, bakal mengikut jejak langkah Saujana merupakan kumpulan nasyid yang memang tidak asing lagi, Nowseeheart (NSH), yang mana salah seorang daripada anggota asal mereka, Firdaus Baharuddin, atau lebih dikenali sebagai Firdaus NSH telah membuat pengunduran dari kumpulan tersebut atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pengunduran Firdaus daripada kumpulan tersebut agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Empat anggota terkini Nowseeheart (NSH), Idzhar Jumali, Sariman Abd Manap, Huzaimi Zaini, Azhari Abd Rahman walaubagaimanapun tetap cekal dan tabah meneruskan perjuangan dakwah mereka dalam industri seni suara nasyid walaupun tanpa kehadiran Firdaus di dalam kumpulan.

Disamping itu, Nowseeheart (NSH) juga tetap optimis meneruskan penghasilan single terbaru mereka bersama UNIC Records dengan kerjasama Anugerah Entertainment.

Nantikan kemunculan single terbaru mereka yang bakal ke udara tidak lama lagi.

Nowseeheart

Nowseeheart

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Ruby Hanya Pada Mu Cinta Qaseh Janji Shirah di TV3

Jin & Ryan The New HitzFM Morning Crew