in , , , , , , ,

Saleem, Kristal, Syura, Nowseeheart, Ash Nair, Anis Salwa di Konsert Gegar Olimpik

KONSERT GEGAR OLIMPIK 2008 DI TERENGGANU MENERUSI RTM1

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil inisiatif menambahkan kemeriahan Sukan Olimpik 2008 dengan menyiarkan Konsert Gegar Olimpik 2008 pada 6 Julai ini, jam 3.05 petang di RTM1. Bertempat di Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu, RTM menjanjikan para penonton akan mendapat kepuasan berhibur dengan konsert ini.

Menariknya, Konsert Gegar Olimpik 2008 bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi pilihan lagu popular masing-masing dalam menghiburkan penonton sepanjang dua jam siarannya.

Barisan artis popular yang menjayakan konsert ini adalah Saleem, Kristal, L. Ramlee, Syura, Nowseeheart, Akbar, Ash Nair, Anis Salwa dan Amin Bintang RTM. 

Syura

Pastinya penonton ternanti-nanti kemunculan kumpulan rock remaja popular, Kristal yang terkenal  dengan lagu-lagu seperti Memburu Impian, Delaila, Nurani, Seragam Hitam, Ku Membisu, Resam Pak Belalang dan banyak kali. Buat peminat setia kumpulan Kristal jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kumpulan ini beraksi. 

Bukan itu sahaja, kerinduan para peminat setia bintang pop yeh yeh, L. Ramlee yang popular dengan lagu hit Dara Pujaan bisa terubat dengan kemunculan eksklusifnya di pentas Konsert Gegar Olimpik Terengganu. L.Ramlee akan mendendangkan seleksi lagu popularnya yang suatu masa dahulu menjadi siulan muda-mudi pada zaman kegemilangannya.   
 
Namun tidak dikecualikan juga penyanyi lelaki yang bersuara serak-serak basah, Saleem yang turut akan menghiburkan para penonton. Saleem cukup terkenal dengan lagu berentak balada dan ‘slow rock’  yang bisa meruntun emosi para pendengar lagu-lagu popularnya.

Kepada anda yang ternanti-nanti konsert yang mampu memberikan kepuasan berterusan. Jangan lepaskan peluang menonton Konsert Gegar Olimpik Terengganu pada 6 Julai ini pada jam 3.05 petang menerusi RTM1.

Akbar

Ash Nair

[tags]Konsert Gegar Olimpik 2008, Taman Bandar, Chukai, Kemaman, Terengganu, slow rock, Saleem, Kristal, L. Ramlee, Syura, Nowseeheart, Akbar, Ash Nair, Anis Salwa, Amin Bintang RTM, juara, bank, maybank2u.com, berita harian, utusan malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini

Gambar Awal Ashaari di Pengambaran Filem Syurga Cinta