in

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Muncul buat kali pertama pada tahun 1998, NowSeeHeart tampil dengan muzik yang segar dan matang melalui album Wahyu Pertama. Pada tahun 2002, NowSeeHeart sekali lagi muncul dengan album Berjalan, Melihat dan Mentafsir. Melalui kedua-dua album tersebut, NowSeeHeart berjaya meraih Anugerah Artis Baru Terbaik Berkumpulan (AIM 1999) dan Anugerah Vokal Terbaik Berkumpulan (AIM 2003) di samping pencalonan-pencalonan lain.

[dropcap]S[/dropcap]elama tempoh penglibatan NowSeeHeart di persada muzik tanah air, album seperti Selawat 10 Hajat (Himpunan Selawat), Jalan Sehala (Kolaborasi bersama Saujana) dan Kembali (Kompilasi dan 4 lagu baru) disajikan kepada pendengar. Lagu-lagu seperti Damai yang Hilang, Ku Harap Cinta, Damai dan Inspirasi sentiasa meniti di bibir peminat mereka.

Kini NowSeeHeart tampil semula. Kali ini dengan ‘single’ berjudul FATWA HATI. Lagu ini dinyanyikan bersama pendatang baru, Fahd Ezuan. Fahd Ezuan pernah muncul dengan lagu Meniti Waktu ciptaan Adnan Abu Hasan yang sangat popular di pantai timur.

Lagu dan lirik Fatwa Hati merupakan ciptaan anggota NowSeeHeart sendiri iaitu Azahari Bin Abdul Rahman dan Idzhar Bin Jumali. Lirik lagu ini adalah adaptasi sebuah hadis hasan riwayat Imam Ahmad dan Ad- Daarimi berkisar tentang peri penting fitrah naluri hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Diterbitkan sendiri oleh Azahari NowSeeHeart dengan menggabungkan pemuzik-pemuzik berkaliber seperti Firdaus Mahmud, Nan, Eddie Marzuki, dan pemain ‘strings’, Aksana Yusupova, Yip Siew Keen, Angela Lou dan Nasran Nawi. ‘Mixing’ oleh jurutera bunyi terkenal Greg Henderson dan ‘mastering’ oleh Don Bartley di Australia menjadikan lagu ini boleh dikategori sebagai bertaraf antarabangsa.

‘Single’ ini akan dimuatkan di dalam album NowSeeHeart yang akan datang. Album yang akan muncul pada bulan September ini bakal menampilkan 7 buah lagu baru dendangan NowSeeHeart dan diterbitkan oleh UNICDOTMY Pro. Nantikan kemunculannya.

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Nowseeheart’s Featuring Fahd Ezuan Single Fatwa Hati

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin & Atilia Kongsi Tips Cantik di Aidilfitri

Semangat Ramadan Bersama COCA-COLA & HOT FM